Bayi Saya Mengalami Ereksi Ketika Penukaran Lampin - Adakah Ini Tanda Akil Baligh?

Ketika kita berada di dalam kelas Sains dahulu, guru-guru kita tidak pernah menceritakan bahawa bayi lelaki juga boleh mendapat ereksi jadi apabila kita berdepan dengan perkara tersebut, pasti ia akan membuahkan rasa terkejut dan perasaan ingin tahu jika ini adalah normal. Mari kami kupaskan di dalam artikel ini!

Sebelum kita berkenalan dengan suami kita, mungkin tidak pernah tahu apa-apa yang terlalu mendalam tentang kemaluan seorang lelaki, iaitu zakar mereka. Tetapi, apabila bayi lelaki kita sendiri mengalami ereksi, ia adalah satu perkara yang mengejutkan. Bila fikirkan kembali, peliknya ereksi bayi lelaki – mengapa ini terjadi?

Mungkin pada kali pertama anda melihatnya, anda akan berasa terkejut dan khuatir jika perkara tersebut adalah normal. Oleh sebab itu, kami akan mengupaskan perkara ini kepada ibu-ibu yang tidak berpengalaman dengan bayi lelaki dan cara berfungsinya zakar seorang bayi lelaki.

Bayi Lelaki Saya Mengalami Ereksi Ketika Penukaran Lampin—Adakah Ini Normal?

Kredit: Freepik

Jawapannya: ya! Ia sangat normal untuk bayi lelaki anda mengalami ereksi terutamanya ketika penukaran lampin. 

Walaupun puncanya masih tidak jelas mengapa seorang bayi lelaki boleh mengalami ereksi, tetapi ia adalah satu perkara yang biasa dan ia mungkin juga bermakna, secara biologinya, zakar anak anda berfungsi dengan baik sehingga mereka meningkat dewasa.

Ada juga pakar yang berpendapat bahawa sekiranya si manja anda mengalami ereksi, ia disebabkan oleh mereka hendak membuang air kecil jadi berjaga-jaga ketika menukar lampin bayi dan melihat mereka mengalami ereksi!

Tetapi, kadang-kala, ia hanya berpunca dari angin sejuk yang bertiup lalu menyebabkan kemaluan si kecil anda mula naik dan mengeras.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau bahawa ereksi bayi akan terejakulasi, kerana ia tidak akan terjadi sekiranya bayi anda masih belum baligh dan kanak-kanak lelaki akan mula ejakulasi setelah berusia 12 tahun ke atas (seawal 10 tahun pun boleh!).

Jadi, Apa Perlu Saya Lakukan Jika Bayi Mengalami Ereksi?

Kredit: Freepik

Biarkan sahaja! Ereksi seorang bayi lelaki akan turun secepat mereka naik. Jadi, jika anda perasan bahawa kemaluan si kecil anda mula menurun sejurus sahaja selepas ia naik, maka tidak apa-apa yang perlu anda risaukan.

Tetapi, jika kemaluan mereka masih mengeras walaupun setelah satu jam dan terdapat tanda kemerah-merahan serta pembengkakan pada bahagian tersebut, segeralah berjumpa dengan pakar kanak-kanak anda untuk memastikan si manja anda tidak menghadapi masalah yang lebih serius pada bahagian itu.

Bagi bayi baru lahir, terdapat kandungan testosteron yang banyak pada beberapa bulan awal mereka dilahirkan yang mungkin akan menyebabkan ereksi. Walau bagaimana pun, ia tidaklah menyebabkan ketidakselesaan kepada anak anda.

Walau bagaimanapun, eloklah untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga ini sekiranya si manja anda mengalami ereksi.

1# Meletakkan kain untuk menutup kemaluan anak

Ketika dalam proses penukaran lampin, pastikan anda menutup kemaluan bayi lelaki anda menggunakan sehelai kain terutamanya jika mereka mengalami ereksi.

Ini kerana pundi kencing mereka mungkin sedang penuh dan perlu dikosongkan, dan jika si manja mula memancutkan air kencing, ia boleh memancut terus ke muka mereka dan tentulah itu tidak seronok bagi mereka serta ibu yang perlu membersihkan mereka!

2# Mengajar mereka tentang privasi alat sulit

Bagi kanak-kanak kecil, ereksi mereka boleh menjadi menghiburkan. Jadi, anda kadang-kala akan dapat melihat si kecil anda bermain dengan kemaluannya untuk mendapatkan ereksi.

Walaupun ia agak mengerikan untuk melihat seorang kanak-kanak kecil berkelakuan begitu, sudah menjadi tugas anda untuk menjelaskan kepada mereka tentang makna privasi alat sulit dan mengapa mereka tidak boleh melakukan perkara tersebut.

3# Memujuk mereka sekiranya mereka nampak ketakutan

Sesetengah kanak-kanak lelaki mungkin akan berasa takut dengan perubahan pada badan mereka, jadi anda perlulah meyakinkan dan memujuk mereka bahawa perkara tersebut ialah normal.

Ketika waktu mandi atau waktu tukar lampin, pastikan si manja berada dalam keadaan selesa dan tidak malu serta takut akan alat sulit mereka sendiri.

Walaupun ereksi pada bayi lelaki boleh menjadi agak menakutkan pada para ibu ketika kali pertama mengalaminya, ketahuilah bahawa perkara tersebut adalah normal dan sebarang persoalan yang anda mungkin anda; ibu bapa lain juga sedang memikirkanya!

Jadi, jangan segan silu untuk bertanyakan soalan walaupun tentang ereksi bayi lelaki anda. Apabila menjadi ibu bapa, tiada soalan tentang anak-anak yang akan dicap mengarut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: TheAsianParent Singapore, San Francisco Bay Area Moms

Baca juga: Terkejut Lampin Bayi Berdarah? Bayi Perempuan Pun Boleh Datang Haid Juga!