Ezlynn Mahu Cari Saham Akhirat Dengan Bermadu, Harap Dapat Lengkap Madu 4 Buat Suami

Penyanyi popular Ezlynn ingin bermadu, berhajat untuk suaminya berkahwin empat. Katanya dia tak mahu apa-apa lagi di dunia, hanya ingin kumpul saham akhirat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ditanya para isteri berkaitan hidup bermadu, tentu ramai yang tidak bersetuju. Tak semua isteri sanggup berkongsi suami, apatah lagi berkongsi 4 sekali gus! Berbeza dengan penyanyi terkenal dengan lagu ‘Hi Hi Bye Bye’ ini, Ezlynn ingin cukupkan korum dengan memberi ‘madu 4’ buat suami. 

Tapi apa yang membuatkan Ezlynn ingin berbuat sedemikian? Kalau kita sebagai isteri, itulah perkara terakhir yang kita mahu berikan kepada suami, banyak lagi kebahagian lain kita boleh beri. 

Selepas mengumumkan pernikahannya dengan penderma hati pertama negara Wan Mohd Hafizam Wan Ismail pada September lalu, Ezlynn tampil membuat kenyataan ingin bermadu, dalam erti kata lain ingin beri ‘isteri baharu’ untuk suaminya. 

Ingin suami kahwin lain kerana terlalu menyintainya

Kata penyanyi ini kepada Harian Metro, dia membuat keputusan itu atas dasar kerana terlalu menyintai suaminya, selain itu dia juga ingin mencari ‘saham akhirat’. 

“Dalam Islam pun membolehkan lelaki berkahwin empat. Saya nak cukupkan suami saya ada empat isteri. Kalau ada yang sanggup bermadu dengan saya, boleh terus mesej di Instagram.

“Kita hidup hanya sementara, mesti kena gembira. Jom mengorak langkah menuju ‘jannah’. Saya mengangkat sunnah Rasullullah SAW, dan saya yakin boleh hidup bermadu,” katanya berterus terang kepada Harian Metro.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang lebih menarik, Ezlynn akui sudah merisik beberapa wanita untuk dijadikan isteri kepada suaminya, malah ada yang sudah bersetuju untuk menjadi madunya.

“Cuma saya masih lagi mencari calon yang sesuai untuk dia. Suami memang tahu mengenai perkara ini kerana saya yang mengutarakan ‘hajat’ dan kami sudah pun berbincang mengenainya.

“Dan saya sudah putuskan untuk cari madu yang dan sesuai dan isteri yang baik untuk suami saya, dan yang penting sudilah terima saya sebagai madu.”

“Maksudnya berkahwin dengan saya sekalilah dan bukan dengan suami saja. Sebabnya, nanti banyak perkara perlu dilakukan bersama-sama,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Demi kebahagiaan suami dan mencari saham akhirat

Ezlynn turut menegaskan yang mereka mereka ingin mengikut sunnah Rasulullah SAW dan dia juga cukup mementingkan kebahagiaan suaminya. 

“Kebahagian suami amat penting bagi saya. Dalam dunia ini saya dah tak perlu apa-apa lagi. Saya nak cari saham akhirat saja.

“Mana-mana yang boleh saya dapat reda Allah dan ‘syafaat Rasulullah’, saya akan ikut. Inilah hadiah buat suami saya,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum ini Ezlynn pernah mengatakan, suaminya itu Wan Hafizam yang berusia 45 tahun, memiliki ciri-ciri lelaki idamannya, seorang yang taat pada agama dan boleh menjadi imam dalam hidupnya. 

“Saya tertarik dengan suami saya kerana hatinya. Dia orang yang hebat bagi saya dan tak berkira serta banyak membantu orang. Dia bukannya buat untuk dunia, tapi lebih kepada akhirat,” katanya.

Detik perkenalan Ezlynn dan suaminya kini, Wan Hafizam bermula apabila sama-sama terbabit dalam aktiviti amal dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun lalu.

Jadi apa pendapat anda? Patutkah kita sebagai isteri merasakan memberi ‘lampu hijau’ untuk suami berkahwin lain adalah jalan terbaik untuk buat mereka gembira? Dan adakah itu satu-satunya cara untuk kita mengutip saham akhirat?

Jodoh dan pertemuan itu ditangan tuhan, sebaik mana pun anda tidak mahu untuk bermadu namun jika sudah ditakdirkan begitu, maka mungkin itu yang terbaik buat kamu. Begitu juga semahu mana pun mereka ingin bermadu, jika ia bukan takdir untuk mereka, maka tiadalah rezekinya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga doa yang baik-baik saja untuk mereka ya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Harian Metro

Baca juga: Jangan Bergurau Nak Kahwin Lain Bila Bini Tak Mampu Beri Zuriat, Remuk Teruk Hatinya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan