Kematian dan kecemasan adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka. Jadi adalah sangat penting untuk kita bersiap sedia awal bagi memudahkan urusan jika perkara tidak diingini berlaku. Paling utama adalah menyediakan fail dokumen penting.
Apa maklumat yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Fail dokumen penting perlu disediakan awal, mudahkan urusan ketika kecemasan
- Lebih mudah buat banyak salinan
Banyak kisah yang dikongsi di laman media sosial mengenai pengurusan selepas berlakunya kematian seseorang. Yang paling terkesan tentunya waris yang ditinggalkan seperti anak dan isteri.
Juga bila berlakunya kecemasan, lebih mudah untuk dokumen dibawa kemana-mana. Tidaklah merata-rata perlu mencarinya.
Fail dokumen penting perlu disediakan awal, mudahkan urusan ketika kecemasan
Sebagai contoh, proses pengurusan harta selepas kematian seseorang amat rumit. Malah ia memerlukan banyak dokumen untuk urusan berkenaan. Jadi jika dokumen penting diletakkan merata-rata, lebih susah jadinya.
Disebabkan itu, ada baiknya anda kumpulkan dalam satu fail untuk memudahkan jika ia diperlukan. Malah jika berlaku kecemasan pun, mudah.
Lebih mudah buat banyak salinan
Perkongsian seorang pengguna Facebook, Ismi Sabiha mengenai kepentingan perkara ini wajar dicontohi dalam memudahkan urusan jika berlaku kecemasan.
Ikuti perkongsian wanita ini:
Antara fail penting kami sekeluarga. Nampak tak penting sekarang, tapi akan jadi sangat-sangat penting jika berlaku kematian (bila-bila saja boleh berlaku). Pesan kat pasangan dan anak, apa-apa jadi semua dokumen ada dalam fail ini.
Antara isi kandungan fail:
- Salinan kad pengenalan diri sendiri dan ahli keluarga. Saya standby buat 10 keping setiap salinan
- Salinan sijil nikah
- Salinan sijil kematian ahli keluarga
- Senaraikan nama ahli keluarga serta pertalian waris
- Senaraikan aset (Geran rumah, geran kereta, geran tanah, geran rumah-kedai, emas dan lain2)
- Nota Hutang / loan bank.
- Polisi2 takaful yang kita ada (Kemaskini senarai penama atau pemilik hibah , jumlah pampasan hibah dan nyatakan nama agent untuk dihubungi)
- Kemaskini maklumat akaun bank dan kata laluan akaun bank
- Senaraikan maklumat KWSP,Tabung Haji, ASB, Share-holder, saham, unit trust, fixed deposit dan lain-lain
Ini hanyalah sebagai rujukan. Jika anda rasa ada maklumat lain yang perlu, letakkan saja dalam fail berkenaan untuk memudahkan urusan waris jika berlakunya sesuatu. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Lupa Bawa 3 Dokumen Penting Ini Masa Pemeriksaan Kesihatan Kali Pertama Ibu Hamil
Baca juga: Panduan Lengkap Daftar Kelahiran Anak, Ini Dokumen Yang Perlu Ibu Ayah Bawa Bersama