X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Susu Ibu Cair Ketika Cuaca Panas? Ini 7 Fakta Menarik Tentang Ajaibnya Susu Ibu!

4 min bacaan
Susu Ibu Cair Ketika Cuaca Panas? Ini 7 Fakta Menarik Tentang Ajaibnya Susu Ibu!

Antara fakta menarik tentang susu ibu adalah lebih banyak kandungan air dihasilkan untuk memastikan bayi kekal terhidrasi ketika cuaca panas

Pernah tak ibu-ibu perasan perahan susu ibu ketika cuaca panas yang dialami sekarang ini kelihatan lebih cair berbanding sebelumnya? Bukan kerana tanda susu kurang berkualiti atau jarak terlalu jauh memerah susu, sebenarnya ada fakta menarik di sebaliknya yang ibu perlu tahu.

Tanggapan bayi tidak cukup susu semasa musim panas adalah salah, malah susu ibu sudah cukup membantu bayi kekal terhidrasi tanpa memerlukan sebarang air tambahan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti perkongsian oleh Nad Masrom, Kaunselor Laktasi berkenaan 7 fakta menarik tentang keajaiban susu ibu.

 

Tulisnya, “normal sahaja waktu panas sekarang bayi akan menyusu sekejap tapi kerap. Ini adalah untuk memastikan bayi dapat lebih banyak foremilk dan kekal hidrasi. Elakkan bayi tidak menyusu dalam satu tempoh masa yang lama”.

7 fakta tentang keajaiban susu ibu yang ibu perlu tahu

fakta susu ibu

Penghasilan dan pengeluaran susu ibu adalah bergantung kepada rangsangan dua hormon yang penting iaitu prolaktin dan oksitosin. Oleh itu, golongan ibu sebaiknya tidak membuat sebarang andaian dan berhenti menyalahkan diri sendiri jika tidak dapat menghasilkan susu ibu yang pekat lebih banyak berbanding cair kerana ada sebabnya. 

1. Waktu cuaca panas, lebih banyak kandungan air dihasilkan dalam susu ibu.

Susu nampak sedikit cair bukanlah kerana terlalu banyak foremilk seperti kes ibu yang jarakkan sesi memerah atau ibu yang ada masalah saluran tersumbat. Susu nampak sedikit cair kerana susu ibu pada waktu panas mengandungi air yang lebih tinggi untuk mengelakkan bayi dehidrasi.
 
Bayi akan nampak menyusu sekejap-sekejap juga. Ini adalah untuk memastikan bayi dapat lebih banyak susu awal (foremilk) yang tinggi kandungan air dan bukanlah kerana susu ibu tak berkualiti.
 
Jadi, kerapkan sahaja penyusuan seperti biasa untuk memastikan bayi kekal hidrasi. Jika waktu bekerja, pam susu seperti biasa mengikut jadual yang ibu dah atur seperti sebelum ini. Susu akan kelihatan pekat apabila ibu memerah mengikut tempoh yang optimum dan hindmilk (susu akhir) dapat dikumpulkan.
 
Waktu musim sejuk pula, lebih banyak lemak yang dihasilkan untuk memastikan bayi mendapat lemak mencukupi untuk melindungi bayi dalam cuaca sejuk.

2. Kuantiti susu ibu berubah mengikut pertambahan usia bayi

Seawal kelahiran, jumlah susu yang terhasil sangat sedikit dan kita sebut ia sebagai kolostrum. Kemudian kuantitinya akan bertambah seiring dengan usia dan saiz perut bayi.
 
3. Susu ibu berubah ketika bayi alami growth spurt atau ketika bayi sakit
 
Ketika bayi melalui fasa growth spurt di mana bayi perlukan lebih banyak kalori untuk pembesaran, bayi akan menyusu lebih kerap dan ibu merasakan bayi macam tak cukup susu. Keadaan ini akan menjadikan penghasilan lemak dalam susu ibu meningkat.
 
Sama juga ketika bayi sakit, payudara akan menghasilkan antibodi yang spesifik untuk melawan jangkitan pada tubuh bayi.

4. Susu ibu berubah dari siang ke malam

Waktu siang terutama awal pagi, lebih banyak susu dihasilkan kerana aras hormon prolaktin yang lebih tinggi ketika ini. Menjelang malam pula, susu yang dihasilkan mengandungi tinggi hormon melatonin yang membantu bayi untuk tidur lena.

5. Susu ibu di satu payudara dah cukup ‘air dan nasinya’.

Penghasilan susu ibu pada awal proses penyusuan akan dimulai dengan foremilk. Dan selepas lebih kurang 10 minit, hindmilk akan mula dikeluarkan. Tidak perlu bertukar-tukar payudara pada satu sesi.

6. Susu ibu berubah warna

Selain warna kekuningan pekat pada awal kelahiran (kolostrum), susu awal ibu juga boleh terdiri dari pelbagai warna yang lain seperti warna jernih, kebiruan, oren atau warna krim.

7. Susu ibu berubah rasa

Apa yang ibu makan mempengaruhi rasa susu ibu. Jadi tak hairanlah kalau bayi teruja nampak ibu balik dari kerja sebab nak cuba ‘rasa’ susu ibu yang baru.
 
fakta susu ibu
Dalam tempoh penyusuan ibu kepada si manja, tidak kiralah memberikan penyusuan secara terus atau melalui pemerahan adalah penting untuk mendapatkan sokongan berterusan daripada orang sekeliling supaya ibu lebih termotivasi untuk terus menyusukan bayi. 
 
Ketika cuaca panas yang melanda negara ketika ini, sebaiknya ibu minum air kosong secukupnya dan mengambil pemakanan yang berkhasiat supaya dapat menghasilkan susu badan yang berkualiti. Pada masa yang sama, anda juga boleh membantu melindungi bayi untuk mengekalkan tahap hidrasi dan mengelakkan dari terkena simptom strok haba. 
 
Sentiasa berfikiran positif dan yakinlah bahawa anda mampu menyusukan bayi dengan lebih kerap mengikut kehendak bayi. Semoga anak-anak anda sentiasa dilindungi sepanjang masa.
 

 

Facebook: Nad Masrom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Fakta Menarik tentang Bayi Yang Mungkin Akan Memeranjatkan Anda

Baca juga: 5 Perkara ‘Aneh’ Yang Terjadi Pada Newborn Tetapi Sebenarnya Normal, Ibu Sila Take Noted!

Baca juga: 6 Fakta Menarik Tentang Tendangan Bayi dalam Kandungan

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • Susu Ibu Cair Ketika Cuaca Panas? Ini 7 Fakta Menarik Tentang Ajaibnya Susu Ibu!
Kongsikan:
  • Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

    Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

  • Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

    Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

  • Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

    Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

  • Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

    Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

  • Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

    Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

  • Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

    Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham