Fakta Bulan Kelahiran, Ini 15 Ciri Unik Yang Ada Pada Pasangan Kelahiran Bulan Jun

Fakta bulan kelahiran individu yang dilahirkan pada Jun. Kenali perwatakan pasangan anda mengikut kajian Datuk Dr. Fadzilah Kamsah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda atau pasangan dilahirkan pada bulan Jun? Sejauh mana anda mengetahui dan mengenali mereka yang dilahirkan pada bulan tersebut. Di sini kami senaraikan fakta bulan kelahiran Jun dari segi sikap dan perwatakan mereka.

Maklumat yang dikongsikan ini berdasarkan artikel pada laman kashoorga yang memetik hasil kajian daripada pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Fakta bulan kelahiran: sikap dan perwatakan individu lahir bulan Jun
  • Teladan dan azam untuk berubah

Fakta bulan kelahiran: sikap dan perwatakan individu lahir bulan Jun

Seperti yang dipetik di dalam artikel tersebut, ini adalah sikap dan perwatakan individu lahir pada bulan itu:

  • berfikiran jauh dan berwawasan
  • mudah ditawan kerana sikap baik
  • berperangai lemah lembut
  • mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood
  • idea yang terlalu banyak di kepala
  • bersikap sensitif
  • otak aktif (sentiasa berfikir)
  • sukar melakukan sesuatu dengan segera
  • bersikap suka menangguh
  • bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
  • cepat marah dan cepat sejuk
  • suka bercakap dan berdebat
  • suka buat lawak dan bergurau
  • otak cerdas berangan-angan
  • mudah berkawan dan pandai berkawan

Teladan dan azam untuk berubah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam senarai tersebut, terdapat perwatakan yang baik manakala, ada juga disertakan sikap buruk mereka yang lahir dalam bulan Jun.

Sehubungan itu, artikel itu turut menyebut, senarai sikap dan perwatakan ini adalah hanya sebagai pengetahuan dan pembacaan sahaja sekali gus tidak perlu terlalu serius.

Jika ada sikap buruk yang berada dalam senarai itu kebetulan anda sering mengamalkannya, ia boleh dijadikan teladan seterusnya azam untuk berubah serta meninggalkannya.

Sekiranya ada sikap yang baik dan positif berada dalam senarai itu dan anda yang lahir pada bulan Jun sering melakukannya, semoga ia terus berkekalan dan diamalkan untuk manfaat diri anda serta orang lain.

Sementara itu untuk makluman anda antara selebriti yang lahir pada bulan Jun pula seperti Wardina Safiyyah, Intan Ladyana, Johan Raja Lawak, Ning Baizura, Haqiem Rusli dan Aiman Tino.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: “Salah Ke Anak Saya Lahir Bulan 12?” Ibu Sedih Anak Dilabel Lembab Belajar & Lambat Besar

Baca juga: Anak Kuat Berimaginasi? Rupanya Zodiak @ Bulan Kelahiran Mereka Memainkan Peranan Besar!

Baca juga:  Kajian: Anak Lahir Bulan Oktober Dikatakan Lebih Sihat? Ini Penjelasannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan