Benarkah Wanita Lebih Bijak Daripada Lelaki? Ini 10 Fakta Wanita Yang Amat Menakjubkan!

Jika anda rasa menjadi perempuan itu membosankan, anda pasti teruja dengan beberapa fakta tentang perempuan yang kami senaraikan ini!

Pada zaman Yunani Kuno, wanita dianggap sebagai spesis yang berbeza dari lelaki kerana perbezaan ketara dari segi tubuh dan kelebihan mereka. Terdapat beberapa fakta perempuan yang dikira sangat menarik, malah masih menjadi misteri kenapa terjadi perbezaan sedemikian!

Fakta Perempuan Yang Tiada Pada Si Lelaki

Kredit: Shutterstock

Mungkin ada di kalangan anda yang rimas menjadi perempuan terutamanya bila datang bulan, terpaksa menghadap senggugut, PMS dan menjaga hal rumah tangga.

Jangan risau, kami ada senaraikan beberapa fakta tentang perempuan yang kami yakin ada sendiri tidak pernah tahu mengenainya! Jom semak 10 fakta tentang perempuan ini!

 #1 Morning Sickness Sebenarnya Bagus Untuk Bakal Ibu

Sumber: Tribunnews.com

Para saintis dari University of Colorado mendapati morning sickness semasa mengandung sebenarnya merupakan mekanisme ketahanan badan, bagi membantu janin menghindari toksin daripada ikan, daging, dan ayam yang dimakan ibu.

Selain itu, jika anda mendapat morning sickness, ia boleh jadi tanda bayi yang kuat kerana mengikut Quantity Review of Biology, wanita yang mengalami sakit pagi mempunyai peluang yang lebih rendah untuk keguguran.

#2 Perempuan Boleh Mendengar Nada Tinggi Dengan Lebih Baik

Dari umur yang sangat muda, wanita sudah dapat mengenali bunyi-bunyi yang kuat. Bayi perempuan berusia 1 minggu sudah dapat cam suara ibunya dari kelompok tangisan bayi yang berbeza.

Kemahiran ini berguna dalam pendengaran apabila orang berbohong kepada anda kerana wanita boleh menangkap sedikit perubahan dalam nada suara  orang yang berbohong.

 #3 Perempuan Lebih Bijak

Walaupun otak lelaki lebih besar, wanita menunjukkan kira-kira 3% hasil yang lebih baik dalam ujian kecerdasan.

Selain itu, perempuan juga mempunyai keupayaan melakukan pelbagai perkara sekaligus disebabkan oleh perbezaan dalam struktur sereblum mereka. Kawasan otak ini lebih besar pada wanita dan mempunyai sekitar 30% lebih banyak sambungan saraf di dalamnya berbanding otak lelaki!

#4 Kromosom X  Merupakan Sebahagian Dari Imun Baik

Sumber: depositphotos.com

Menurut saintis dari Universiti Gent, kromosom X yang bertanggungjawab untuk kelahiran seorang bayi perempuan membawa lebih banyak mikro-RNA yang menguatkan sistem imun bayi dan menurunkan risiko kanser.

#5 Perempuan Lebih Cepat Sembuh Dari Sakit

Maya Saleh dari Pusat Penyelidikan Universiti McGill mengenai Complete Traits mendapati hormon estrogen yang lebih banyak terdapat pada wanita berbanding lelaki berfungsi untuk menindas proses keradangan. Itu bererti badan wanita berurusan dengan penyakit lebih cepat dan lebih mudah.

Malah estrogen juga melambatkan penuaan badan, jadi mereka lebih cenderung untuk hidup lebih lama!

#6 Simptom PMS Akan Datang dan Pergi Seiring Umur

Kredit: Shutterstock

Perempuan lebih cenderung mengalami gejala PMS pada usia awal dan selepas 40-an, memandangkan tahun-tahun tersebut merupakan di mana perempuan mengalami perubahan hormon yang banyak. 

Gejala mungkin termasuk  sakit kepala, perubahan kulit, dan sakit sendi dan otot.

#7 Perempuan Secara Biologinya, Boleh Mengesan Perempuan Alfa

© Mean Girls / Paramount Pictures

Dari segi biologi, perempuan lebih cenderung untuk mengawal perbualan dalam kumpulan berbanding lelaki. Dan perempuan alfa merupakan penanda bagi tingkah laku sosial dan penjaga perdamaian.

Jadi, bagaimanakah wanita melihat wanita alfa jika tidak ada perjuangan kuasa?

Dalam sekumpulan wanita, arah hujung kasut mereka biasanya menunjuk ke arah perempuan alfa. Perempuan lain mudah untuk mengikut isyarat yang diberi oleh alfa, malah jumlah masa ketawa perempuan juga akan sama dengan si alfa yang mengawal kumpulan tersebut!

#8 Buah Dada Setiap Wanita Tidak Sama

Sejumlah kecil wanita di dunia mempunyai payudara bersaiz yang sama, malah kebiasaannya salah satu adalah lebih besar daripada yang lain. Tidak ada bahagian tubuh manusia dengan sempurna simetrinya.

#9 Rangsangan Nafsu Adalah Sama Dalam Pemikiran Perempuan

Di dalam otak wanita, bahagian yang sama akan “menyala” pada MRI dalam kes-kes rangsangan yang disebabkan oleh pasangan serta yang disebabkan oleh pemikiran tentang makanan.

Hal ini semakin menjadi apabila wanita mempunyai keinginan makanan semasa mengandung.

#10 ‘Birth Control’ Boleh Mempengaruhi Daya Tarikan Perempuan

Kredit: Shutterstock

Hal ini terbukti secara saintifik apabila lelaki biasanya tertarik dengan wanita yang subur walaupun ia bukan matlamat dalam hubungan mereka.

Mereka mengambilnya daripada bau dan kecenderungan biologi yang lain. ‘Birth control’ atau kawalan kelahiran menurunkan daya tarikan wanita kerana ia menambah hormon “kelakian” dan menghilangkan keupayaan untuk hamil.

Wah! Menarik betul fakta tentang perempuan ini kan? Fakta mana yang anda dapati mengejutkan dan mana yang benar-benar masuk akal? Pastikan berkongsi pendapat anda di dalam komen di bawah!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Brightside.me

Penulis

Beto Rahman