Suami Memang Tak Boleh Lari Kalau Menipu, Dalam Diam Isteri Tahu Semua

Asyik-asyik nak tipu saja kerja suami ni, tapi nak lari mana lambat laun semuanya isteri tahu! Sebab dia boleh baca tingkah laku yang pelik dari suami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang menjadi lumrah dalam fasa perkahwinan bila suami suka sangat sorok sesuatu dari pengetahuan isteri.

Tapi percayalah lambat laun isteri pasti tahu juga. Kenapa? Sebab naluri isteri ini sangat kuat mereka boleh tahu sendiri sama ada suami berbohong atau tidak.

Hal ini kerana, isteri tak perlu berleter panjang untuk nasihatkan suami tapi dari reaksi suami mereka sendiri dapat hidu.

Jadi sebagai suami jangan pernah menyimpan perasaan untuk tidak berlaku jujur pada isteri. Tapi, berterus teranglah dengan mereka. 

Fasa perkahwinan, suami memang tak boleh lari kalau berbohong pada isteri 

Berikut ini adalah perkongsian daripada Firdaus Shakirin berkaitan hal ini.

Tahukah anda bahawa betapa ajaibnya seorang isteri ini kerana…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia lebih mengenali siapa suaminya berbanding ibu kandung suami sendiri

Meskipun baru hidup setahun dengan suami, baru tidur sekatil dan sebantal tapi percayalah isteri lebih kenal luar dalam suaminya.

Malah dia tahu perangai suami melebihi daripada orang tua suami sendiri.

Bayangkan, bila suami diam, dia tahu masalah yang dialami suaminya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila suami menggelabah, dia tahu suaminya ada buat salah…

Bila suami baik semacam, dia tahu suami inginkan sesuatu

Bila suami pulang dari kerja tak bersenyum, dia tahu suaminya dalam keadaan tertekan.

Tapi… bila kita bawa telefon bimbit dalam tandas, dia tahu suami ada skandal. Ha…ini kena hati-hati ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri lebih kenal suaminya sendiri berbanding orang lain

Kalau nak tahu, isteri ini boleh baca emosi dan bahasa tubuh suaminya. Percaya atau tidak, tanpa kita panggil dia untuk luahkan masalah yang membelenggu diri dia sendiri yang datang approach suruh kita luahkan apa yang terpendam di hati.

Malah bila kita tengah ‘sengkek’ tak ada duit pun, isteri sendiri secara tiba-tiba datang hulurkan bantuan.

Pendek kata, dia kenal siapa suaminya dan apa yang diperlukan pasangannya itu. Malah, dia tahu apa yang berlaku di sebalik gerak geri dan tindak tanduk yang dilakukan suaminya. Pasti ada sesuatu.

Makanya sebagai suami, jujurlah dengan isteri anda. Jangan pernah menipu mereka, berselindung atau apa saja di belakang mereka kerana di kemudian hari isteri pasti tahu. Inilah yang dikatakan fasa dalam perkahwinan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nafkah isteri dan mak ayah mana lebih perlu didahulukan?

Bagi anda anak lelaki yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin tak lama lagi.

Tahukah anda bahawa tanggungjawab sebagai pemberi nafkah untuk mereka adalah di bawah tanggungan anda.

Dalam pemberian nafkah, seorang suami itu mestilah mendahulukan isteri dan anak-anaknya berbanding orang lain termasuklah kedua ibu bapanya.

Berikut ini adalah urutan nafkah yang harus didahulukan seperti berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Diri sendiri
2. Isteri
3. Anak
4. Bapa
5. Ibu
6. Cucu
7. Datuk
8. Saudara
9. Ahli keluarga yang berikutnya

Urutan ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang menegaskan:

” Mulailah dengan diri kamu, Bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi maka untuk begini dan begini. Yakni untuk orang yang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu – Riwayat Imam Muslim dan An- Nasai dari Jabir R.A.

Imam an-Nawawi turut mengulas berkaitan hadis ini di mana hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut dalam hadis.

Selain itu, nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami meskipun isteri kaya dan banyak harta. Suami yang gagal memberikan nafkah sewajarnya kepada isteri mengikut kemampuannya mereka dianggap berhutang dengan isterinya kecuali jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaan hati.

Malah, isteri juga boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya dalam memberikan nafkah terhadap dirinya.

Nafkah terhadap orang lain selain isteri?

Nafkah terhadap orang lain selain isteri adalah tidak wajib melainkan memenuhi dua syarat seperti berikut:

  • Mereka miskin dan tidak mempunyai harta serta tiada sumber pendapatan. Sekiranya mereka ada segalanya, tidak menjadi wajib untuk suami menyara mereka. Namun ia digalakkan bagi mengekalkan kasih sayang dan silaturrahim antara saudara.
  • Berkemampuan untuk menyara mereka dengan sumber pendapatannya. Kos tersebut mestilah lebihan selepas menyara diri sendiri dan isterinya.

Kesimpulannya, suami tidak harus mengabaikan nafkah terhadap isteri dan anak-anaknya semata-mata nak bantu orang tuanya. Ini kerana memberi nafkah kepada isteri adalah WAJIB.

Kalau nak bantu ibu bapa pastikan nafkah isteri dan anak-anak telah ditunaikan terlebih dahulu. Kemudian, barulah dia boleh membantu yang lain mengikut kemampuan dirinya sendiri.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Firdaus Shakirin

Gambar: Baituljannah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comsuami-mengabaikan-perasaan-istri