Fasha Sandha Kongsi Tips Kembalikan Bentuk Badan Ideal. Salah Satunya Adalah Tak Makan Ayam

Tak makan ayam adalah salah satu tips yang dikongsikan oleh Fasha Sandha demi untuk mengembalikan bentuk badan ideal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mana yang tidak mahu kembalikan bentuk badan ideal seperti sebelum bersalin bukan? Selebriti terkenal tanah air, Fasha Sandha berkongsikan caranya untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak ketiga.

Sememangnya kita tahu bahawa menjaga pemakanan dan mengamalkan senaman adalah kunci untuk seseorang itu menurunkan berat badan sekaligus mendapatkan bentuk badan yang diidamkan serta sihat.

Kita semua tahu bahawa ia bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi dengan kehidupan masa kini yang sibuk bekerja, tiada masa untuk beriadah mahupun bersenam. Tetapi percayalah yang ia adalah satu cara yang berjaya Fasha Sandha lakukan untuk menurunkan berat badannya sehingga 10 kilogram selepas melahirkan cahaya matanya yang ketiga.

Menurut Fasha Sandha lagi, dia kini sudah boleh melakukan diet ketat selepas anak ketiganya, Aisha sudah boleh minum susu formula.

"Sejak Oktober lalu, saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula," jelasnya.

Yang cukup mengagumkan adalah apabila pelakon terkenal tanah air ini menyatakan yang dia boleh tidak makan daging dan ayam langsung selama lima hari dan hanya memakan ikan sahaja. Boleh dikatakan yang ia cukup membanggakan kerana tidak semua orang mampu menahan nafsu untuk tidak makan ayam dalam seminggu. 

Memetik kata-kata Fasha Sandha kepada Astro Awani, "Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Manakala Sabtu dan Ahad, hari saya 'melantak' (cheat day)."

 Jelas di situ yang tidak apa untuk sesekali mempunyai 'cheat day' biarpun kita sedang menjaga diet makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan, Fasha Sandha turut mendedahkan yang mana dia adalah seorang dengan jenis genetik tubuh besar. Jadi jika dia terlebih makan sedikit sekalipun, badannya akan cepat naik mendadak.

"Syukur pengorbanan dan usaha saya nak langsing kali ini dipermudahkan,” jelasnya lagi mengucapkan kata syukur kerana usahanya menjadi.

Mungkin bagi sesetengah orang akan merasakan yang ia agak sukar untuk menjaga diet makan serta bersenam, tetapi sekali anda mula amalkan, pastinya ia akan membuahkan hasil yang cukup memuaskan serta pada masa yang sama menjamin kesihatan tubuh badan yang berpanjangan. Cubalah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

Baca juga: Cara Turun Berat Badan Lepas Bersalin Dengan Cepat, Elak 8 Makanan Ini!

Baca juga: Kurangkan berat badan tanpa ke gym?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad