Siapa yang tidak kenal Fatin Afeefa, pelakon cilik dari filem popular ‘Tentang Bulan’? Setelah bertahun-tahun dalam industri seni, dia kini lebih memahami cabaran yang ada.
Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan tegas untuk tidak membenarkan anak-anaknya terlibat dalam dunia hiburan sama seperti dirinya. Sebaliknya, Fatin mahu mereka fokus pada pendidikan dan agama supaya seimbang dunia dan akhirat.
Fatin Afeefa Tidak Mahu Anak Ikut Jejak Langkahnya
Pada usia 30 tahun, Fatin Afeefa ingin melihat anak-anaknya, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia cemerlang dalam pelajaran serta hafazan al-Quran.
Walaupun ada yang mungkin tidak bersetuju, baginya pendidikan dan agama jauh lebih penting daripada dunia seni.
Dalam satu siaran langsung di TikTok, Fatin menegaskan, “Saya tak akan benarkan anak-anak berlakon. Mereka perlu belajar dan hafal al-Quran. Walaupun ada tawaran, jawapan saya tetap ‘tidak’.”
“Tidak kisah apa pun orang nak cakap, tapi anak-anak saya tidak akan jadi pelakon”, jelasnya.
Keputusan ini dibuat kerana sebagai seorang ibu, bukan niat untuk mengongkong sebaliknya Fatin Afeefa merasa dia berhak dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masa depan anak-anaknya.
“Anak-anak saya di bawah jagaan saya, jadi saya berhak tentukan. Suka hati sayalah”, sambungnya lagi.
Dia yakin keputusannya adalah demi kebaikan mereka, walaupun mungkin ada yang tidak sependapat dengannya dan merasakan anak-anak berhak menentukan hala tuju hidup mereka.
Sebelum ini, Fatin pernah mengumumkan pengunduran dirinya dari dunia seni atas permintaan suaminya, Aliff Awang, untuk fokus pada keluarga.
Meskipun tidak lagi aktif berlakon, Fatin masih terlibat dalam kempen produk dan aktif di media sosial.
Fatin kini bahagia bersama suaminya, Opai, selepas mendirikan rumah tangga di Subang Jaya pada Disember 2022.
Untuk rekod, dia pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia, kini berusia 9 tahun.
Pelakon kecil molek itu juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian, hasil perkahwinan pertamanya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Aeril Zafrel Pilih Sekolah Biasa Berbanding Asrama, Ingin Nikmati Momen Hantar & Ambil Anak Sekolah
Baca juga: 10 Wajah Anak Selebriti Sebijik Ikut Muka Ibu Bapa Mereka!
Baca juga: Cara Belajar Anak Lelaki & Perempuan Tak Sama, Tapi Dua-Dua Boleh Berjaya Dalam Hidup