Fattah Amin, Fazura Sah Cerai Talak Satu, Abai Nafkah Antara Punca Utama Perceraian

Perkahwinan selebriti terkenal, Fattah Amin Fazura cerai talak satu selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga hari ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemelut rumah tangga menemui noktah apabila pasangan selebriti Fattah Amin Fazura cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini setelah tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga.

Kira-kira jam 9.45 pagi tadi, Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, atau lebih dikenali sebagai Fattah, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Lafaz tersebut dilakukan selepas mahkamah meluluskan permohonan cerai yang difailkan oleh Fazura di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Selepas talak dijatuhkan, Hakim Syarie mengesahkan perceraian talak satu antara Fattah dan Nur Fazura Sharifuddin, 40. Sebelum ini, mahkamah menangguhkan kes tersebut selepas menerima cadangan baharu daripada pihak defendan untuk menyelesaikan isu itu secara damai.

Culas Bayar Nafkah Salah Satu Punca Fattah Amin Fazura Cerai

Dalam sidang media tersebut, peguam yang mewakili Fazura memaklumkan bahawa nafkah idah dan nafkah anak telah dipersetujui oleh Fattah, manakala hak penjagaan anak akan difailkan kemudian.

Berkenaan punca perceraian, Fazura menjelaskan bahawa antara sebabnya ialah Fattah didakwa berlaku curang dan tidak memberikan nafkah yang sepatutnya kepada Fazura serta anak mereka untuk tempoh yang lama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fazura meluahkan bahawa sepanjang perkahwinannya, mental dan emosinya terkesan akibat layanan yang diterimanya, malah Fattah didakwa tidak pernah mempertahankannya ketika berdepan isu dan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya sebelum ini.

Dia juga menambah bahawa dirinya telah menanggung derita bertahun-tahun dan kini hanya mampu pasrah menerima apa yang telah ditentukan untuknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ditambah dengan rasa kecewa terhadap tindakan Fattah yang didakwa mengambil kesempatan ke atas dirinya meskipun banyak pengorbanan telah dilakukan.

Namun begitu, Fazura tetap menghormati keluarga mentuanya.

Terdahulu, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap Fattah pada 13 September yang lalu. Ketika prosiding pertama, Fattah enggan melepaskan Fazura, dan prosiding kedua yang diadakan pada hari ini menyaksikan mereka berpisah secara baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fazura dan Fattah telah melangsungkan perkahwinan pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Fatima Aisya, 4.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Seven Year Itch Dalam Perkahwinan Terjadi Bila Pasangan Mula Rasa Bosan, Fakta Atau Kebetulan?

Baca juga: Pahit Untuk Ditelan, ‘Orang Ketiga’ Punca Perceraian Di Malaysia Berlaku Setiap Seminit Satu Lafaz Cerai!

Baca juga: Apa Itu Cerai Taklik Dalam Perkahwinan Dan Bagaimana Ia Berlaku, Panduan Lengkap Untuk Suami Isteri

Penulis

Noorhidayah