Bila sudah jadi ibu, amat mudah untuk kita terlepas pandang tentang gaya fesyen ibu moden yang betul. Disebabkan sibuk mengurus suami dan anak-anak, tema fesyen kita yang dulunya dikenali sebagai ‘hijabista’ atau ‘stailo’ kini berubah menjadi fesyen…asal sempat!
Yang dipentingkan hanyalah fesyen anak. Jangan begitu.
Sebagai seorang ibu, kita juga perlu menunjukkan contoh yang baik kepada si kecil dan salah satu caranya adalah dengan berpenampilan menarik. Jangan risau, masih ada masa untuk kita betulkan semula penampilan diri supaya sentiasa kelihatan kemas dan cantik.
8 kesilapan fesyen ibu moden yang perlu anda hindari
1. Tidak memakai bra yang sesuai
Baiklah, kesilapan ini tiada siapa yang tahu kecuali jika anda memberitahu mereka. Tapi, ia selalu dilakukan oleh para ibu, lagi-lagi selepas bersalin.
Kalau dulu, bra yang dipakai serba cantik dan seksi, namun sekarang ada yang masih memakai bra yang sudah lusuh.
Selepas bersalin, saiz payudara pun mula berubah. Jadi, elakkan dari memakai saiz yang salah kerana ia boleh membuatkan anda rasa tidak selesa atau payudara semakin kendur dalam jangka masa panjang!
2. Memakai seluar low rise jeans
Mungkin ketika anda membeli seluar jeans, anda tidak perasan yang anda telah memilih jenis “low rise” jeans.
Agak berisiko sebenarnya jika anda memilih jenis jeans yang satu ini. Ketika anda tunduk untuk mendukung anak, takut-takut anda telah mendedahkan seluar dalam secara tidak sengaja.
No, no, no! Jom elak “kemalangan” seperti ini ya.
Sebaliknya, pilih jenis “mid” atau “high waist” jeans. Ia memberi lebih sokongan pada bahagian perut anda. Nak tunduk dukung anak pun tak berasa ragu-ragu!
3. Pakai baju yang lusuh sebab berat tak turun-turun
Selepas bersalin, pasti ramai mak-mak yang cakap pada diri sendiri:
“Tunggulah lepas dapat turun 10kg, barulah saya beli baju baru. Pakai je baju yang dah reput ni…”
Alamak, kalau ini anda, janganlah begitu. Siapa kata seorang ibu perlu nampak selekeh, penat dan tiada seri? Walaupun berat anda belum turun, pilihlah saiz yang bersesuaian dan masuk dengan fesyen ibu moden.
Bak kata mat saleh: “Embrace your curves!” Selain itu, lengkapkan juga penampilan dengan cara solekan natural yang ringkas tapi cantik.
4. Memakai seluar leggings
Bagi sesetengah orang, seluar leggings sangat selesa untuk dipakai. Tetapi, ia sangatlah tidak sesuai untuk dipakai di luar.
Malah, ia juga tidak berada bagus untuk bahagian kaki anda (mungkin kerana terlalu ketat!).
Kalau pakai sebagai pakaian dalaman dan dilapisi dengan skirt atau seluar tunik, maka itu lebih sopan dan cantik.
5. Memakai baju dress Maxi
Baju dress Maxi memang selesa, cantik dan beralun. Tapi, tahukah anda yang kalau anda salah memilih jenis dan saiz, anda mungkin boleh nampak gemuk?
Lagi-lagi kalau anda sememangnya sudah pun bertambah berat badan selepas melahirkan anak!
6. Memakai baju suami
Selepas menjadi ibu, bentuk dan berat badan mula berubah. Baju lama pun sudah tidak muat. Apa solusi yang paling mudah? Haaa….pinjam saja baju suami. Pasti muat!
Eh, jangan begitu. Ya, baju tshirt atau kemeja suami memang besar dan labuh, tapi kalau salah pakai, anda boleh nampak gemuk pula!
Jangan berasa kedekut untuk membeli kemeja atau blouse wanita. Ia lebih masuk dengan bentuk badan anda yang feminin dan lebih anggun untuk dipakai.
7. Tidak alter baju mengikut kesesuaian badan sendiri
Bila membeli seluar terlalu labuh, anda membiarkannya sahaja dan melipat-lipat bahagian kaki seluar yang panjang itu.
Bila membeli baju lengan panjang dan ia terlebih lengan sampai mengurai-urai, anda abaikan dan lipat sahaja sampai tebal.
Sebenarnya, kalau anda mahu tampil lebih cantik dan kemas, bawa baju tersebut ke kedai jahit atau tailor kegemaran anda. Pasti dia dapat mengubahnya agar ia masuk dengan diri anda!
8. Asyik memakai capal atau selipar jepun
Berapa kali kita sudah lihat para ibu sibuk mendukung anak di shopping mall sambil memakai capal atau selipar jepun?
Mungkin kerana masalah kekangan masa, kita tiada waktu untuk mencari kasut yang lebih baik untuk diri?
Sebenarnya, antara aksesori fesyen ibu moden yang paling membantu dalam menaikkan seri adalah kasut! Pilih jenis kasut kegemaran anda dan pastikan yang ianya cantik dan masuk dengan pakaian. Pasti anda nampak lebih kemas dan anggun nanti.
Jadi, mulai hari ini, mari jauhi kesilapan fesyen di atas dan perbetulkan penampilan diri. Ok ibu? Share juga artikel ini supaya para ibu muda lain dapat manfaat darinya.
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
7 cara berpakaian yang betul supaya anda nampak lebih tinggi