Apa kata sempena Hari Ibu ini, anda ajak ibu anda movie marathon. Mesti seronokkan luangkan masa bermalas-malasan di sofa sambil menonton 9 senarai filem Hari Ibu ini dengan ibu kesayangan anda?
Apa tunggu lagi? Pergi beli snek dan popcorn dan ajak ibu anda tonton filem-filem ini!
1. Filem hari ibu: Freaky Friday
Filem komedi tentang penukaran badan ini dapat beri pengajaran untuk kita lebih menghargai semua yang ibu anda telah lakukan. Kadang-kadang kita lupa yang ibu kita sanggup melakukan segalanya untuk kita.
Freaky Friday mempunyai dua versi, jika anda suka cerita klasik, versi original adalah pada tahun 1976, manakala versi 2003 dilakonkan oleh Lindsay Lohan dan Jamie Lee Curtis.
2. Filem hari ibu: The Joy Luck Club
The Joy Luck Club merupakan kisah tentang 4 pendatang wanita dari China dan anak perempuan mereka yang mempunyai kacukan Cina-Amerika.
Filem ini fokus pada pengalaman wanita-wanita ini dalam membesarkan anak mereka dalam budaya yang berbeza, dan macam mana berbeza pun kehidupan mereka dan anak mereka hubungan mereka tetap kuat.
Walaupun filem ini agak berat, tapi jika anda tonton bersama ibu anda, ia akan menjadi lebih bermakna.
3. Filem hari ibu: Room
Pelakon Brie Larson memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar atas persembahannya sebahai Joy dalam filem ini. Joy adalah seorang ibu yang cuba untuk melepaskan diri selepas diculik dan dikurung di dalam bilik bersama anaknya.
Kisah ini menunjukkan jalinan ikatan antara ibu dan anak yang kuat, di mana setiap apa yang Joy lakukan adalah untuk anaknya, Jack.
4. Filem hari ibu: Easy A
Lakonan Emma Stone sangat menakjubkan dalam Easy A sebagai Olivia. Olivia juga berkongsi beberapa momen yang sweet bersama ibunya.
Keluarga mereka juga merupakan keluarga yang fun dan sangat berbeza dari keluarga yang lain.
5. Filem hari ibu: The Parent Trap
Filem ini sangat menghiburkan untuk anda tonton dengan ibu anda. Ia menceritakan tentang kembar yang terpisah dan bertemu semula dan membuat pelbagai ramcamgan untuk menyatukan ibu bapa mereka semula.
6. Filem hari ibu: Lion
Filem 2016 ini menceritakan tentang seorang lelaki India, Saroo yang cuba mencari keluarga kandung selepas diambil menjadi anak angkat pada usia yang sangat muda.
Nicole Kidman membawa watak sebagai ibu angkatnya yang menyokong pilihannya sepenuhnya. Saroo akhirnya berjumpa dengan ibu kandungnya, tapi pertemuan mereka akan buat anda dan ibu anda menangis berhari-hari.
7. Filem hari ibu: Lady Bird
Filem yang tercalon dalam Oscar tahun lepas ini adalah cara yang perfect untuk anda tunjukkan anda sayang pada ibu anda tanpa perlu mengucapkan dengan kata-kata.
Lady Bird berada dalam dilema apabila dia hendak ke kolej tapi pada masa yang sama dia hendak cuba memulihkan hubungan dengan ibunya.
Mereka sering bergaduh setiap masa. Akhirnya mereka cuba untuk berbaik perlahan-lahan. Ini adalah filem yang sempurna untuk anda tonton bersama ibu anda.
8. Filem hari ibu: Juno
Juno berusia 16 tahun mempunyai hubungan yang sulit dengan ibu tirinya. Tapi apabila dia mengandung, dia banyak meminta pertolongan dengan wanita-wanita dalam hidupnya termasuk Vanessa yang akan mengambil anaknya selepas dilahirkan.
Dengan segala huru-hara yang terjadi, ia mengajar Juno bagaimana untuk menjadi seorang ibu.
9. Filem hari ibu: Boyhood
Penggambaran filem ini mengambil masa 12 tahun menggunakan pelakon yang sama. Ia merupakan tentang perjalanan sebuah keluarga dalam mengharungi kehidupan.
Ibunya memainkan peranan yang penting dengan keputusan-keputusan yang dia pilih kerana ia menentukan masa depan anak-anaknya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Elite Daily
Baca juga: