X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Seorang remaja yang melaporkan menjumpai bayi, rupanya ibu kandungnya

4 Mar, 2017
Seorang remaja yang melaporkan menjumpai bayi, rupanya ibu kandungnya

Seorang remaja telah mereka cerita tentang menjumpai seorang bayi baru lahir di luar tingkapnya supaya ibunya tidak tahu yang dia baru sahaja melahirkan bayi tersebut.

KUALA LUMPUR (THE STAR/ASIA NEWS NETWORK/THE STRAITS TIMES) – Seorang remaja telah mereka cerita tentang menjumpai seorang bayi baru lahir di luar tingkapnya supaya ibunya tidak tahu yang dia baru sahaja melahirkan bayi tersebut.

Remaja berusia 19 tahun itu berkata yang dia telah mendengar suara tangisan bayi diluar tingkap rumah mereka sekitar jam 7.30 pagi Selasa, 28 Februari 2017.

OCPD Supritendan Hulu Selangor, R. Supramaniam berkata yang ibu remaja tersebut telah pergi menyiasat dan menjumpai kain hitam mengandungi bayi terbalut di dalamnya terikat pada gril tingkap rumahnya.

Beliau menghubungi pihak polis dan pasukan penyiasat telah didatangkan ke rumah teres dua tingkat di Bandar Utama, Batang Kali itu.

“Tiada akses terus ke gril tingkat tersebut melainkan suspek yang meninggalkan bayi tersebut telah memankat tiang telefon, atau menyelinap dari beranda jiran sebelah.”

“Anak perempuan pemilik rumah tersebut berkelakuan pelik dan kelihatan sangat lemah. Apabila kami menyoal siasatnya, dia mengaku telah melahirkan bayi tersebut,” Supritenan Supramaniam menjelaskan.

Beliau berkata remaja tersebut mengaku telah melahirkan bayi lelaki tersebut pada lebih kurang jam 6.45am dan telah menipu ibunya.

Remaja tersebut juga telah memberitahu pihak polis tentan teman lelakinya yang berusia 17 tahun telah menghamilkannya. Kedua remaja telah dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
Remaja perempuan tersebut juga telah dirujuk ke Hospital Kuala Kubu Bharu.
Kes tersebut telah disiasat di bawah Seksyen 317 kandung keseksaan kerana mengabaikkan bayi di bawah umur 12 tahun.
Pembuang bayi bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh. Kes seperti ini sering kali berpunca dari gejala sosial yang melanda golongan anak muda zaman sekarang. Sebagai ibu bapa pastinya kita runsing, apa lagi yang harus kita lakukan bagi memastikan keselamatan anak-anak.
Berikut merupakan beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda mengawasi anak-anak…

1. Jadi sahabat mereka

Apabila anak-anak kian meningkat remaja, keperluan mereka juga berubah. Mereka mahukan ‘kuasa’ mengawal hidup mereka sendiri dan bukan dikawal. Jadi, bagi memastikan jurang di antara anda dan anak anda kekal rapat, jadi sahabat karib mereka. Kenal pasti hobi dan kesukaan mereka. Biar mereka selesa dengan anda tanpa perlu menyorokkan sebarang perihal dari anda.

2. Kenali kawan mereka

Jemput rakan-rakannya ke rumah. Kenali mereka. Supaya anda tahu dengan siapa mereka berkawan dan bagaimana kawan-kawannya. Ini kerana pengaruh rakan sebaya sangat besar di dalam di usia mereka. Jadi dengan mengenali kelompok kawan mereka, kita lebih tahu sedikit sebanyak bagaimana pergaulan mereka.

3. Selalu mendengar

Di usia meningkat remaja, pelbagai isu yang mereka lalui. Dari perubahan fizikal akibat akil baligh hingga perubahan emosi. Mereka memerlukan tempat meluahkan apa yang mereka rasa. Seseorang yang tidak mengadili mereka tetapi hanya berada di sisi mereka dan dengar apa yang ingin mereka luahkan. Ini juga dapat membina lebih kepercayaan terhadap ibu bapa mereka.

4. Tidak berkasar

Fasa remaja ialah fasa di mana anak-anak mudah memberontak. Mengajar mereka dengan kasar mungkin akan mengakibatkan mereka lebih memberontak. Ketahui masa sesuai untuk menggunakan pendekatan kasar atau lembut.

5. Berbicara hati ke hati

Seorang remaja yang melaporkan menjumpai bayi, rupanya ibu kandungnya

Cari masa sekurang-kurangnya sekali sehari seperti sebelum tidur, untuk luangkan masa untuk berbicara dengan mereka. Bermula dari perkara biasa dan lama kelamaan tentang perkara yang anda tidak mahu mereka lakukan.

6. Perubahan

Kenal pasti perubahan dari segi tingkah laku anak anda dan segera ambil tahu apa yang menyebabkan perubahan tersebut.

7. Konsisten

Semua pendekatan yang anda cuba lakukan, walaupun mereka tidak memberi respon yang positif, teruskan dan jangan putus asa separuh jalan.

8. Tunjukkan kasih sayang

Seorang remaja yang melaporkan menjumpai bayi, rupanya ibu kandungnya

Walaupun mereka sudah meningkat remaja, mereka masih perlu rasa disayangi. Jangan takut tunjukkan sayang anda kepada mereka.

9. Contoh

Dalam apa-apa situasi pun, impak terbesar di dalam hidup mereka ialah kita sebagai ibu bapa. Jika kita sendiri tidak menunjukkan batas pergaulan antara tetamu atau rakan-rakan, bagaimana mereka hendak faham tentang apa yang betul dan salah. Segalanya berpunca dari kita.

Sebagai ibu bapa, setiap fasa anak mempunyai cabarannya tersendiri. Disebabkan itulah, anak dikatakan amanat dari Tuhan. Kita harus sabar dan konsisten jika ingin membentuk mereka menjadi manusia yang baik. Sekiranya terdapat masa kitarasa buntu, terdapat banyak badan bukan kerajaan yang boleh membantu dari segi kaunseling untuk anak dan ibu bapa.

Anda mungkin juga berminat dengan :

Mayat bayi lelaki baru lahir dijumpai di dalam tandas di Penang

Sumber: nhs

 

 

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Remaja
  • /
  • Seorang remaja yang melaporkan menjumpai bayi, rupanya ibu kandungnya
Kongsikan:
  • Remaja berusia 17 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat empat

    Remaja berusia 17 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat empat

  • Ibu 'Sporting' Biar Anak Tidur Dengan Abang Angkat? Parents, Didik Anak Remaja Anda Berpada-Pada

    Ibu 'Sporting' Biar Anak Tidur Dengan Abang Angkat? Parents, Didik Anak Remaja Anda Berpada-Pada

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Remaja berusia 17 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat empat

    Remaja berusia 17 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat empat

  • Ibu 'Sporting' Biar Anak Tidur Dengan Abang Angkat? Parents, Didik Anak Remaja Anda Berpada-Pada

    Ibu 'Sporting' Biar Anak Tidur Dengan Abang Angkat? Parents, Didik Anak Remaja Anda Berpada-Pada

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.