BALIK PULAU ( THE NEWS STRAIT TIMES / THE STAR / ASIA NEWS NETWORK) – Seorang pengawal sekuriti sedang mengutip cengkerang di persisiran pantai Tanjung Assam di Penang pada hari Ahad (12 Februari) apabila dia kejutkan dengan penemuan yang menyedihkan.
Encik Mohd Zuhairi Shamri bergegas dan apa yang dijumpainya menyebabkannya hilang kata-kata. Beliau sangat sedih melihat mayat bayi lelaki yang masih dengan tali pusatnya itu. Bayi itu dibuang ke dalam tandas pantai di Kampung Gertak Sanggul.
“Bagaimana sesorang itu boleh menjadi sangat kejam? Sekurang-kurangnya balut dia dengan kain,” katanya. Encik Zuhairi kemudian menelefon pihak polis.
Awal sebelum ini, dua lelaki telah menemui mayat bayi di bawah paip air di dalam salah sebuah tandas pada kira-kira jam 9 pagi.
Pemilik gerai makanan, Shara Effa Che Omar juga turut bersedih apabila diberitahu tentang penemuan itu. “Nyawa yang berharga telah hilang. Ibu bapanya sepatutnya memberikannya untuk dijadikan anak angkat,” tambah wanita yang berusia 35 tahun itu. “Saya tidak kisah membesarkannya sebagai anak saya sendiri kerana anak perempuan saya sudah besar.”
Kejadian dua bulan lepas ialah insiden pembuangan bayi di Penang. Khamis lalu, seorang lelaki berusia 81 tahun sedang membongkar tong sampah di Bandar Perda telah menjumpai mayat bayi lelaki. Dan bulan lepas, fetus berusia enam bulan dijumpai di dalam tong sampai di Taman Chai Leng.
OCPD Balik Pulau Supritendan Anuar Omar berkata, pasukan polis telah masuk ke dalam tandas tersebut untuk membuat siasatan setelah menerima panggilan kurang menyenangkan pada jam 9.25 pagi. “Mayat itu telah dihantar ke Hospital Balik Pulau bagi tujuan bedah siasat,” katanya. “Kami sedang menjejak ibu bayi dan siapa sahaja yang bertanggungjawab membuang bayi tersebut.”
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Pulau Pinang, Chong Eng berkata bahawa ibu bapa yang tidak mampu menjaga bayi baru lahir sepatutnya meletakkan bayi mereka di “baby hatch” Hospital Pakar KPJ Penang di Bandar Perda, Bukit Mertajam.
“Mereka juga boleh mendapatkan bantuan dari organisasi bukan kerajaan atau Jabatan Kebajikan negeri,” katanya lagi.
Sehubungan dengan seruan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Pulau Pinang, Chong Eng, di sini kami akan menyenaraikan bagaimana anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan setiap negeri di Malaysia.
Senarai Jabatan Kebajikan:
‘Baby hatch’
Sedikit penjelasan tentang ‘baby hatch’ oleh OrphanCare; Baby Hatch adalah ruang khas untuk meletakkan bayi bagi membolehkan mana-mana ibu terdesak yang tidak mampu atau tidak mahukan bayi mereka, meninggalkanya dengan selamat. Baby Hatch pertama ditubuhkan di Malaysia di N0.6, Lorong SS 1/24A, Petaling Jaya, Selangor yang dikendalikan oleh OrphanCARE Malaysia.
- Penubuhan OrphanCARE adalah untuk memastikan setiap BAYI yang dilahirkan tidak mengira apa juga latarbelakang agama atau bangsa mendapatkan keluarga yang sesuai melalui proses pengambilan anak angkat yang cepat dan teratur. Pihak OrphanCARE juga akan membantu ibubapa angkat dalam urusan dokumentasi seperti sijil kelahiran dan proses pengangkatan.
- OrphanCARE adalah sebagai satu tempat transit kepada BAYI yang ditinggalkan sebelum diambil sebagai anak angkat sekaligus memberi peluang kepada mereka membesar dalam sebuah institusi kekeluargaan yang sempurna. Slogan OrphanCARE “Every Child Needs a Family”
Bagaimana OrphanCARE berfungsi :
Imej : OrphanCare
Kriteria Pengambilan Anak Angkat di OrphanCARE :
- Pendapatan isi rumah.
- Keutamaan kepada pasangan yang tiada anak selepas 5 tahun berkahwin.
- Seluruh keluarga besar MENERIMA anak yang diangkatkan itu.
Lain-lain Faktor : Ekonomi. kesihatan, dan usia perkahwinan.
- OrphanCARE bukan pusat jagaan bayi kerana setiap bayi yang diterima akan diserahkan terus kepada keluarga angkat.
Maklumat mengenai OrphanCARE :
Beralamat di : No.6, Lorong SS 1/24A Kampung Tunku,
Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-7876 1900 dan 010-283 0528 selepas jam 6.00 petang.
Faks : 03-7875 1900
Lokasi ‘baby hatch’ di seluruh Malaysia:
Imej : OrphanCare
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu mengurangkan kes membuang bayi hingga menyebabkan kematian mereka.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!