Adaptasi Dari Kisah Benar, Ini 9 Filem Patriotik Malaysia WAJIB Ditonton Sempena Hari Merdeka

Filem patriotik Malaysia memaparkan kehidupan dan pengorbanan nenek moyang dahulu memperjuangkan tanah air wajib ditonton bersama keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda merancang untuk berada di rumah dan tidak kemana-mana pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos kali ini? Kami cadangkan untuk anda tonton beberapa filem patriotik Malaysia sebagai aktiviti bersama keluarga.

Diambil dari kisah sebenar yang berlaku pada zaman dahulu, filem patriotik ini sekaligus mampu mendidik anak-anak kecil untuk cintakan tanah air dan bersyukur dapat menikmati kebebasan hidup.

Senarai filem patriotik Malaysia yang sesuai ditonton sempena Hari Merdeka

Sempena tema Hari Merdeka tahun 2022 iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama, ibu ayah boleh menggunakan waktu cuti yang diberikan ini dengan meluangkan masa bagi mengeratkan lagi hubungan dengan anak.

Antara inisiatif yang boleh diambil bagi meniupkan semangat kemerdekaan dalam diri adalah dengan menonton filem patriotik Malaysia. Ibu ayah jangan lupa untuk menjelaskan pengajaran yang boleh diambil daripada sejarah dahulu kepada anak-anak.

#1. 1957 Hati Malaya

Ia diterbitkan pada tahun 2007 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50, filem hebat ini diarahkan oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba mengisahkan golongan muda tempatan berusaha menerbitkan sebuah buku bergambar yang bertajuk 1957-Hati Malaya.

Filem ini turut menyelitkan kisah benar mengenai perjuangan untuk mencapai kebebasan.

#2. Leftenan Adnan

Filem Leftenan Adnan yang diadaptasi daripada kisah benar Leftenan Adnan Saidi membawa penonton menyelami kisah seorang wira yang sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan tanah air tercinta sewaktu peperangan bersama tentera Jepun.

Lakonan Hairie Othman berjaya membuatkan penonton menyelami semangat juang seorang pahlawan negara demi tanah air tercinta.

#3. Bukit Kepong

Bukit Kepong merupakan filem sejarah penting menceritakan perjuangan anggota polis mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 daripada serangan komunis.

Diterbitkan pada 1981, karya hebat itu melibatkan 150 anggota polis dan menjadi filem kebanggan Polis Diraja Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun diserang pengganas komunis, anggota polis yang bertugas di balai itu tetap berjuang hingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan negara.

Filem yang menelan belanja sejuta ringgit itu membabitkan babak letupan, tembak-menembak juga aksi pertempuran yang berlaku dalam hutan. Filem ini juga sudah ditayangkan kembali di laman penstriman Netflix.

#4. Paloh

Filem ini menceritakan kisah benar penduduk daerah Paloh, Johor, yang terpaksa hidup dalam tekanan akibat berlakunya konflik antara pihak tentera Jepun dengan Parti Komunis Malaya. 

Filem ini merupakan arahan Adman Salleh dan ditayangkan pada tahun 2003 dan dibintangi oleh Janet Khoo, Nam Ron, Ellie Suriaty dan ramai lagi.

#5. Tanda Putera

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Filem ini memaparkan hubungan persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

Ia juga merupakan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Tanda Putera dibintangi oleh Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim dan ramai lagi.

#6. Sarjan Hassan

Filem Sarjan Hassan merupakan antara filem yang mengangkat nama Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam persada perfileman. Karya ini turut mendapat sentuhan dan arahan beliau sendiri.

Sarjan Hassan mengisahkan kehidupan seorang pemuda kampung iaitu Hassan yang menyertai Askar Melayu untuk menentang komunis ketika darurat pada tahun  1942.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sarjan Hassan bersama plantunnya memaparkan keberanian dan semangat juang yang tinggi meski berdepan dengan pelbagai ancaman pihak musuh.

#7. Embun

Filem yang diterbitkan tahun 2002 ini turut menjadi antara filem terkemuka yang mengangkat nama Datin Seri Umie Aida sebagai salah seorang aktres wanita terkemuka.

Embun mengisahkan semangat juang seorang wanita yang hidup di zaman penjajahan namun mindanya tidak dijajah oleh keadaan semasa. Filem ini turut mendapat pengiktirafan di Festival Filem Malaysia dan Festival Filem Asia Pasifik.

#8. Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

Filem yang baru diterbitkan pada tahun ini sangat dekat di hati ramai rakyat Malaysia. Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi fenomena dan merekod jualan tiket lebih RM90 juta selepas sebulan ditayangkan di pawagam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia mengisahkan perjuangan seorang pahlawan sebelum zaman kemerdekaan dalam penentangan terhadap British di Pahang. Tekanan yang diberikan oleh British terutama dalam soal cukai membuatkan Mat Kilau dan rakan-rakannya nekad melawan British.

Filem ini dibintangi oleh Dato’ Adi Putra yang memegang watak Mat Kilau, Fattah Amin sebagai Awang dan Beto Kushairy sebagai Wahid.

#9. Air Force The Movie: Selagi Masih Bernyawa

Air Force The Movie mula ditayangkan pada 25 Ogos 2022 dan telah berjaya mengumpul sebanyak RM6 juta dalam tempoh tiga hari.

Filem ini mengisahkan PASKAU yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan, telah ditugaskan untuk misi kemanusiaan yang berkhidmat di negara yang bergolak, Namburi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat yang dinaiki telah ditembak jatuh oleh pengganas. Mengetahui akan hal ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi menyelamatkan mereka semua.

Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang juruterbang SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Semoga bermaanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Filem Menarik Terbitan Disney Untuk Tontonan Anak Anda, Penuh Nilai Murni & Pengajaran

Baca juga:  7 filem Korea tentang kekeluargaan yang WAJIB anda tonton, pasti meleleh air mata!

Baca juga: 6 filem Bollywood yang sesuai ditonton dengan anak, no. 2 boleh buat kita berendam air mata!