Pernah atau tidak ibu mendapatkan firasat hamil kembar berdasarkan keadaan anda sewaktu mengandung?
Hamil anak kembar adalah hadiah paling istimewa buat bakal ibu dan ayah. Selalunya, kalau nak tahu ibu mengandung anak kembar perlu jalani pemeriksaan ultrasound tetapi ada juga yang meneka bayi yang dikandung adalah kembar berdasarkan keadaan ibu sewaktu mengandung.
Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?
- Firasat hamil kembar, perhatikan beberapa petanda penting ini
Ada yang mengatakan morning sickness yang berlebihan adalah salah satu keadaan yang akan dialami oleh wanita hamil anak kembar.
Selain daripada morning sickness, ada juga beberapa firasat hamil kembar lain yang para ibu boleh pelajari.
Firasat hamil kembar, perhatikan beberapa petanda penting ini
#1. Perut lebih besar sejak awal kehamilan
Sejak awal mengandung, saiz perut yang besar daripada biasa sering dikaitkan dengan si ibu mengandung anak kembar.
Namun, hal ini masih belum dapat dipastikan lagi. Ini kerana tulang belakang wanita Asia rata-ratanya pendek sehingga ketika hamil, perut boleh menjadi sangat besar.
Perut besar yang menjadi petanda anak kembar tidak sesuai untuk wanita yang berbadan tinggi. Maklumlah, walaupun mengandung anak kembar, ibu yang memiliki tubuh tinggi lampai tidak nampak macam mengandung anak kembar.
#2. Detak jantung berganda
Biasanya degupan jantung bayi dapat dikesan dengan alat ultrasound Doppler pada penghujung trimester pertama.
Bagi pakar, mereka akan dapat mengenal pasti sama ada anda mengandung kembar melalui beberapa degupan jantung (lebih daripada satu). Bagaimanapun, menurut Persatuan Kehamilan Amerika (APA), ini mungkin tidak tepat kerana degupan jantung bayi boleh dikesan di beberapa kawasan perut ibu.
Tahap hormon Human Chorionic Gonadotropin (HCG) yang lebih tinggi boleh menjadi petanda ibu hamil anak kembar. Tahap hormon ini boleh dilihat menerusi ujian air kencing yang dibuat pada awal kehamilan.
Namun, teori ini tidak boleh dipastikan kerana bagi wanita yang menjalani ujian kesuburan, tahap hormon HCG adalah lebih tinggi berbanding wanita lain.
Menurut APA lagi, peningkatan hormon HCG tidak semestinya menunjukkan ibu mengandung anak kembar bahkan wanita hamil yang memiliki tahap HCG yang tinggi perlu diperiksa dengan lebih lanjut.
Ini kerana ia boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan ibu. Salah satunya adalah simptom Hyperemesis Gravidarum.
#3. Morning sickness yang teruk
Morning sickness yang teruk sehingga sukar untuk menelan dan mengunyah makanan sering dikaitkan dengan hamil anak kembar.
Bagaimanapun, menurut pakar, tidak semua ibu yang hamil anak kembar akan mengalami moning sickness yang teruk. Bahkan, ada sahaja ibu hamil anak tunggal yang mengalami mual pagi yang teruk.
Bukan bermakna anda hamil anak kembar, sakit pun akan berganda, ya!
#4. Berat badan naik mendadak
Menurut pakar dari General Hospital di Boston, wanita yang hamil kembar akan memerlukan lebih banyak kalori daripada wanita hamil dengan satu bayi.
Jadi, ibu mengandung kembar dinasihatkan untuk menambah berat badan sebanyak 17-25 kg. Tetapi, harus ingat untuk jaga pemakanan kerana ia memainkan peranan penting dalam tumbesaran dan perkembangan janin.
Tambah pakar lagi, wanita yang hamil kembar cenderung untuk menyimpan lebih banyak air di dalam badan, jadi, badan mereka akan jadi lebih bengkak daripada biasa.
Tetapi jika anda alami bengkak melampau, adalah sebaiknya berjumpa dengan doktor kerana ini mungkin disebabkan oleh edema. Bengkak di tangan, muka dan kaki boleh menjadi tanda keadaan yang lebih serius seperti (preeklampsia).
Menurut APA, wanita yang hamil anak kembar boleh memiliki berat kira-kira 10 kilogram daripada wanita hamil satu bayi sahaja.
#5. Hidung dan gusi sering berdarah
Dikatakan gusi dan hidung ibu yang mengandung anak kembar lebih sensitif semasa mengandung.
Ini disebabkan oleh tekanan darah tinggi dan turun naik hormon yang boleh menyebabkan rangkaian saluran darah halus di hidung dan mulut melebar.
Menurut pakar, keadaan ini juga boleh menyebabkan hidung berdarah, hidung tersumbat, dan gusi berdarah selepas memberus gigi.
Gusi berdarah adalah normal ketika hamil. Jadi, para ibu jangan takut untuk menggosok gigi kerana penjagaan gigi yang tidak baik boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan mungkin juga preeklampsia.
#6. Sakit pergelangan tangan
Carpal Tunnel Syndrom adalah antara salah satu simptom buat sesetengah wanita hamil. Dikatakan ibu yang mengandung anak kembar akan mengadu tentang ini.
Sindrom ini disebabkan oleh jumlah darah tambahan pada wanita hamil. Ini menyebabkan saraf median di pergelangan tangan menjadi sempit secara semula jadi.
Oleh itu, tangan atau pergelangan tangan akan rasa sakit, kebas atau kesemutan. Tetapi, jangan risau, kerana menurut pakar, sindrom ini biasanya bersifat sementara dan akan hilang dalam tempoh 6 hinga 12 minggu setelah bersalin.
#7. Payudara lebih lembut dan anjal
Payudara yang lembut dan anjal dipercayai antara tanda biasa hamil anak kembar.
Selain itu, sakit pada otot payudara, keradangan, dan bahagian areola yang gelap juga turut dikaitkan sebagai tanda seorang ibu mengandung anak kembar. Biasanya, wanita hamil yang mengalaminya, akan mengalami ketidakselesaan apabila memakai baju dalam.
Anda boleh cuba untuk legakan rasa tidak selesa ini dengan memampatkan payudara dengan air suam atau sejuk, bergantung kepada keperluan. Pakai baju dalam yang menyokong payudara dengan betul.
Pastikan juga anda kerap melakukan terapi relaksasi untuk mengawal tekanan dan sakit yang berkaitan dengan payudara. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tanda Awal Kehamilan Yang Paling KETARA, Ibu Tidak Sedap Badan & Keluar Keputihan
Baca juga: Waspada Berat Naik Mendadak Ketika Hamil, Ibu BERISIKO Sukar Bersalin & Kena CZER
Baca juga: Kencing Kotor Ketika Hamil Boleh Menmbahayakan Ibu & Bayi, Perhatikan 7 Perkara Ini!