Tanpa Disedari, Fitbit Wanita Ini Telah Mengesan Yang Dia Hamil!

Tahukah anda yang kadar denyutan jantung anda akan meningkat apabila anda hamil? Ikuti bagaimana fitbit wanita ini berjaya mengesan kehamilannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fitbit mengesan wanita hamil?

Fitbit adalah peranti kecergasan yang semakin popular kerana ia boleh memantau kadar denyutan jantung, dan pengambilan kalori seseorang. 

Tapi, ini kali pertama kita mendengar kisah tentang fitbit yang berjaya mengesan kehamilan apabila wanita itu belum tahu lagi yang dirinya hamil!

Ceritanya begini…

Apabila terkejut melihat kadar jantung isteri yang lain dari biasa, pengguna Reddit YoungPTone telah membuat pertanyaan di laman web pengeluar peranti.

Suami yang cuma ingin tahu jika fitbit isterinya telah rosak, tidak menyangka kejutan yang menggembirakan itu.

Beliau dipetik mengatakan – 

“Fitbit isteri saya telah menunjukkan denyutan jantung yang tinggi secara konsisten sejak beberapa hari yang lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2 hari lepas, Fitbit telah merekodkan zon pembakaran lemak selama 10 jam. Ini mustahil berdasarkan tahap aktivitinya tapi jumlah kalori yang dibakar nampak tepat.

Jika isteri saya berada di zon pembakaran lemak. dia sepatutnya membakar kalori yang banyak juga, jadi ini tidak masuk akal.

Saya tidak pasti jika sensor peranti ini telah rosak atau sebab lain.

Bolehkah saya mereset semula peranti ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya ingin cuba sendiri dulu sebelum menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapat gantian. “

Wanita ini tidak tahu dirinya hamil!

Beratus-ratus komen mula masuk tapi salah satu daripadanya telah menarik perhatian. Soalan tersebut adalah:

“Adakah isteri anda rasa tertekan beberapa hari yang lalu? Adakah isteri anda hamil?”

Barulah suami itu sedar mungkin isterinya hamil! Dengan teruja, suami itu membalas –

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya tak tahu apabila wanita hamil, kadar denyutan jantungnya meningkat! Wah! Saya akan jadi seorang ayah. Sekarang saya pula yang perlu menjaga kadar denyutan saya sendiri!”

Perubahan kadar degupan jantung apabila hamil

Apabila seorang wanita hamil, dia mengalami banyak perubahan tubuh. Antara perubahan-perubahan ini termasuk peningkatan kadar denyutan jantungnya. 

Semasa kehamilan, badan wanita akan bekerja lebih keras, serta kadar degupan jantung dan pernafasannya akan menjadi lebih cepat.

Ini adalah perkara biasa dan untuk memudahkan tumbersaran dan perkembangan janin. Tapi kenaikan kadar jantung juga boleh menandakan masalah kesihatan yang tidak diketahui.

Menurut Livestrong.com, jumpa doktor dengan segera jika kadar jantung anda meningkat dengan tiba-tiba, dan jika anda rasa pitam atau kesesakan nafas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Trimester Pertama: Sepanjang masa ini, kadar denyutan jantung pada masa rehat akan meningkat sekitar 15 hingga 20 denyutan seminit. Kadar jantung normal adalah kira-kira 60 hingga 100.

Apabila tidak menghadapi sebarang masalah semasa hamil, kadar denyutan jantung anda akan meningkat sebanyak 15 hingga 20 denyutan seminit.

Perubahan kardiovaskular ini adalah akibat hormon, terutamanya peningkatan progesteron dan estrogen untuk memberitahu tubuh tentang kehadiran janin.

Perubahan kadar jantung boleh dikesan bermula dari trimester pertama kehamilan.

Timester Kedua: Menjelang bulan ke-4, kuantiti darah yang dipam oleh jantung akan meningkat sebanyak 30% hingga 50%. Peningkatan ini akan menyebabkan kenaikan kadar denyutan jantung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Otot jantung juga lebih kendur untuk meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan.

Ini juga masanya anda boleh mengesan masalah jantung yang sebelum ini tidak diketahui.

Trimester Ketiga: Pada kira-kira 40 minggu kehamilan, jumlah peredaran darah dalam tubuh wanita hamil akan bertambah dari 40% hingga 90%.

Semasa tempoh ini, kadar jantung dan bekalan darah akan meningkat mengikut keperluan oksigen dan nutrien untuk ibu dan bayi.

Apabila persalinan bermula, kadar denyutan jantung juga akan meningkat akibat tindak balas biasa terhadap kontraksi dan kesakitan.

Bila anda perlu risau?

Sebarang masalah jantung yang sebelum ini tidak diketahui hanya akan muncul di trimester kedua.

Ini disebabkan jantung yang terpaksa bekerja kuat untuk membekalkan nutrien dan oksigen yang secukupnya untuk tumbesaran janin.

Dapatkan rawatan segera jika anda sedang mengalami kadar jantung yang berdebar-debar, berlumba-lumba, denyutan nadi yang berdebar-debar serta kesesakkan nafas walaupun dalam keadaan rehat.

Selalu rasa pitam, dan batuk berterusan juga gejala yang membimbangkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

10 Senaman Yang Patut Dielakkan Semasa Mengandung

 

Penulis

Rosanna Chio