Bagaimana Dengan Ketinggian Anak Saya?
Sebagai ibu bapa, kita sememangnya risau tentang berapa tinggi anak kita akan tumbuh bila dewasa nanti.
Sudah pasti, kita mengharapkan buah hati pengarang jantung kita itu mampu untuk tumbuh dan mencapai ketinggian yang ideal dan maksima.
Kalau anda hendak tahu, ketinggian badan anak kita tidaklah bergantung 100% kepada genetik atau akan mengikut ketinggian badan orang tuanya semata-mata.
Ada beberapa faktor lain dapat mempengaruhi ketinggian si kecil anda itu nanti. Maka, ketinggiannya masih boleh diramal.
Jom kita guna gambar grafik di bawah ini sebagai panduan dan meramal ketinggian anak kita kelak.
Ramai pakar kanak-kanak telah menggunakan formula ini!
Cara Meramal Ketinggian Anak Lelaki
Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu mengumpulkan beberapa maklumat penting ini: tinggi ibu, tinggi ayah, dan jantina anak.
Kemudian, guna formula mudah ini untuk ramal tinggi anak lelaki anda.
Hasil kiraan yang anda perolehi mungkin boleh tersasar sebanyak 5cm lebih tinggi atau 5cm lebih pendek.
Bagaimana dengan anak perempuan pula? Okay jom kita semak bagaimana ingin meramal ketinggian anak perempuan anda kelak pula. Caranya mudah juga!
Cara Mengira Ketinggian Anak Perempuan
Untuk ramal tinggi anak perempuan anda apabila dia besar kelak, anda boleh menggunakan formula kiraan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah ini pula.
Mari kita cuba sama-sama, okay?
Jadi bagaimana? Tinggi tak anak anda mengikut kiraan yang telah anda buat? Kongsikan hasil anda dengan kami di ruangan komen ya!
Baca juga:
5 Tip Makanan Untuk Tambat Selera Anak Yang Kurang Berat Badan