Filem Frozen 2 Akan Ditayangkan Lebih Awal Dari Jangkaan!

Produksi Frozen telah membuat pengumuman yang sekuel Frozen 2 Malaysia akan dipercepatkan tarikh tayangannya. Anak-anak pasti teruja! Jom ibu, kita get ready...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun Frozen sudah keluar lima tahun lepas, demam Queen Elsa masih belum habis. Anak-anak masih nak buat birthday party dengan tema Frozen.

Jangan kata anak, kita sendiri pun tak berhenti-henti menyanyi lagu Let It Go sampai nak terkeluar tekak, hah!

Jadi, ini berita baik untuk semua... Frozen 2 akan ditayangkan di Malaysia lagi awal dari jangkaan, iaitu pada 22 November 2019 ini!

Frozen 2 Malaysia: Umumkan tarikh keluar panggung

Sebelum ini, Frozen 2 dijangkakan akan keluar panggung pada 27 November, tapi produksi filem tersebut telah membuat pengumuman yang masa tayangan akan dipercepatkan.

Pasti anda tak sabar nak dengar suara Idina Manzel dan Kristen Bell sebagai suara untuk dua karakter kegemaran semua, Elsa dan Anna ini kan.

Peminat di seluruh dunia meletakkan harapan yang besar untuk filem ini semenjak sekuelnya diumumkan pada April lalu.

Frozen 2 akan diarahkan oleh Jennifer Lee dan Chris Buck, pengarah asal Frozen. Filem Frozen yang pertama telah memenangi dua Oscars dan merupakan filem animasi yang menerima kutipan terbanyak sepanjang masa.

Jeniffer berkata yang mereka telah bekerja untuk soundtrack filem terbaru ini selama DUA tahun sekarang.

Khabar mengatakan, sekurang-kurangnya, empat lagu baru akan buat anak-anak anda teruja dan salah satu darinya adalah adaptasi dari Let It Go.

Frozen 2 Malaysia - Khabar angin tentang filem yang bakal keluar ini

 
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak pengumuman sekual tersebut dibuat, banyak spekulasi telah dibuat oleh peminat-peminat. Salah satunya adalah Elsa akan mempunyai minat terhadap wanita.

TAPI, pengarah-pengarah belum mengesahkan khabar ini lagi.

Jennifer bercakap dalam satu temu ramah yang dia suka bila orang bercakap dan memikirkan tentang fikem ini.

"Elsa adalah karakter yang mengagumkan dan memberi inspirasi kepada ramai orang," katanya sambil menambah yang mereka sangat berbesar hati untuk menjadi sebahagian dari perbualan orang.

Jadi, apa pendapat anda? Adakah anda tak sabar nak tunggu filem ini keluar?

Jika khabar angin ini betul, anda sebagai ibu bapa perlu tahu bagaimana untuk menjawab soalan yang akan anak anda tanya selepas menonton filem ini.

Frozen 2 Malaysia: Soalan yang mungkin anak anda akan tanya

  1. Boleh ke lelaki/perempuan kawin dengan satu sama lain?
  2. Apa maksud gay/lesbian? 
  3. Boleh ke lelaki bertukar menjadi perempuan?
  4. Perlu ke ada ibu dan ayah untuk dapat anak?
  5. Kenapa lelaki tak boleh pakai pink?
  6. Apa maksudnya kalau dua lelaki/perempuan bercium?

Ini beberapa cara untuk cakap dengan anak tentang LGBT

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

1. Jangan stereotaip

Banyak salah faham yang boleh berlaku bila ibu bapa ajar anak untuk stereotaip jantina seseorang. Mulakan dari mereka kecil.

Jangan asingkan permainan anak lelaki dan perempuan. Biasakan anak untuk main semua permainan tak kira jantina. Perkara kecil seperti ini boleh mengajar mereka yang dunia ini bukan sekadar hitam dan putih.

2. Jangan ajar anak untuk cakap benda yang berunsurkan benci. 

Dalam Islam, LGBT memang adalah perkara yang dilarang. Tapi, Islam juga mengajar kita untuk menghormati satu sama lain dan tak membeza-bezakan orang.

Jadi, jangan ajar anak untuk bercakap buruk tentang seseorang. Caranya, anda perlu tunjukkan pada anak dengan layan semua orang dengan baik. Anak anda pasti akan ikut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Rasional

Anda mungkin boleh elak dari menonton filem yang berunsurkan isu LGBT ini, tapi soalan-soalan seperti di atas mungkin akan ditanya oleh anak anda satu hari nanti.

Walau apa pun pendekatan anda tentang isu ini, bertindaklah dengan rasional dan cuba dekati isu ini dengan bijak tanpa menggunakan kemarahan dan kebencian.

Pemikiran anak anda akan terbentuk melalui cara anda mengajar mereka. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Tak sabarnya nak tengok filem Frozen ini kelak!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Sarah Voon dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga: 

Penulis

Nadia Ghafar