TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Mari Didik Anak Lelaki dan Perempuan Kita Tanpa Sebarang Stereotaip

4 min bacaan
Mari Didik Anak Lelaki dan Perempuan Kita Tanpa Sebarang Stereotaip

Ibu bapa hari ini lebih bersikap terbuka untuk membiarkan anak perempuan mereka untuk menjadi apa sahaja yang mereka mahu - seorang angkasawan, mahupun seorang ibu. Tetapi adakah anda perasan bahawa anak lelaki biasanya tidak mempunyai fleksibiliti yang sama?

Apakah itu stereotaip? Stereotaip adalah “tanggapan” atau “penilaian seseorang terhadap orang lain.”

Sejak beberapa tahun lalu, stereotaip di antara kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki telah banyak berubah.

Ibu bapa hari ini lebih bersikap terbuka untuk membiarkan anak perempuan mereka untuk menjadi apa sahaja yang mereka mahu – seorang angkasawan, mahupun seorang ibu.

Mereka juga tidak terlalu kisah kalau gadis mereka sedikit tomboyish atau sukakan kecantikan, ala princess.

Tetapi adakah anda perasan bahawa anak lelaki biasanya tidak mempunyai fleksibiliti yang sama?

Meskipun anak-anak perempuan kini diberi lebih banyak pilihan untuk memegang pelbagai jawatan yang setaraf dengan lelaki, dunia kanak-kanak lelaki masih terhad, kata ahli sains sosial.

Kanak-kanak lelaki tidak digalakkan untuk bermain, mengetahui atau mempelajari apa sahaja yang dianggap feminin.

Dari kecil, mereka diajar untuk bersikap keras dan tabah, dan untuk mengikut apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki normal yang lain.

Bolehkah kanak-kanak lelaki membesar dengan baik, yakin dan bebas untuk meneruskan impian mereka?

Menangis itu tidak salah
Mari Didik Anak Lelaki dan Perempuan Kita Tanpa Sebarang Stereotaip

Sumber gambar : EverydayFamily

“Kajian menunjukkan bahawa jumlah tangisan kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah sama apabila mereka masih kecil. Tetapi sekitar umur 5 tahun, kanak-kanak lelaki menukarkan perasaan sedih kepada perasaan marah dan tiba-tiba mereka tidak menunjukkan perasaan lain, seperti kelemahan.”

Itu kata Tony Porter, pengasas bersama A Call to Men, sebuah kumpulan pendidikan dan sokongan untuk lelaki.

Masalahnya?

“Anak perempuan dibenarkan untuk mempunyai perasaan seperti manusia, tetapi anak lelaki pula diajar untuk menjadi robot,” katanya.

Sebagai ibu bapa kita perlu mengajar kedua-dua anak bahawa mereka mempunyai pelbagai emosi.

Anak lelaki perlu memahami perasaannya sendiri dan meluahkannya dengan betul: “Sebenarnya saya tidak marah”, “saya takut”, “hati saya sedih”, atau “saya memerlukan bantuan.”

Dia perlu tahu bahawa ia adalah OK untuk mengakui perasaan-perasaan ini dan ia tidak semestinya menunjukkan kelemahannya.

Biar anak mencari identiti mereka sendiri
Mari Didik Anak Lelaki dan Perempuan Kita Tanpa Sebarang Stereotaip

Budak lelaki main dress-up. Sumber gambar: www.slate,com

Walaupun peranan kedua-dua jantina telah bergabung untuk orang dewasa, produk kanak-kanak pula semakin terbahagi mengikut jantina berbanding 50 tahun lalu.

Hari ini, kita selalu melihat patung princess yang memakai baju merah jambu dan permainan lori yang biru. Tetapi perbelahan ini tidak terhad pada mainan sahaja.

Cawan, berus gigi dan produk lain diberi warna tertentu untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan!

Bagi menggalakkan kanak-kanak untuk mencapai potensi sepenuhnya, mereka perlu mengikut hati dan minat mereka sendiri; tak kira tradisional mahupun tidak.

Ini bukan untuk membuat andaian bahawa semua kanak-kanak ingin melakukan perkara yang sama, tetapi untuk memastikan pilihan mereka tidak terhad disebabkan oleh stereotaip.

Ibu bapa patut tawarkan aktiviti terbuka, seperti bermain dengan blok atau playdoh, dan membiarkan anak lelaki untuk mencuba aktiviti seperti dress-up atau kelas seni, kata saintis sosial.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Kebanyakan ibu bapa tidak takut untuk menggalakkan anak perempuan untuk bermain bola sepak atau menjadi doktor.

Tetapi mereka akan berfikir dua kali sebelum meminta anak lelaki mereka untuk belajar tarian balet atau belajar untuk menjadi pereka fesyen: takut nanti pondan.

Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti yang dianggap “feminin” masih disamakan dengan status yang lebih rendah.

Ajar mereka untuk menjaga diri mereka sendiri, orang lain, dan untuk berkerjasama
Mari Didik Anak Lelaki dan Perempuan Kita Tanpa Sebarang Stereotaip

Budak lelaki yang mengemaskan bilik. Sumber gambar: autismsocietyofnc.wordpress.com

Ada ibu yang cuma mendidik anak perempuan, tetapi terlalu sayang anak lelaki.

Maka anak perempuan disuruh belajar dengan baik, menjaga adik dan membersihkan rumah, tetapi anak lelaki tak payah.

Kajian di Amerika menunjukkan gadis berumur 10 hingga 17 menghabiskan dua jam untuk membuat kerja rumah setiap minggu, berbanding remaja lelaki.

Tambahan pula, 15 peratus dari anak lelaki ini akan diberi ganjaran kerana membuat kerja rumah, menurut University di Michigan.

Ibu bapa perlu mengajar anak lelaki untuk memasak, bersih dan menjaga diri mereka sendiri – agar sama-sama cekap di rumah sama seperti harapan kita untuk anak perempuan yang bekerja di pejabat.

Ajar anak untuk bekerjasama, kerana tugas membersihkan rumah dan menjaga anak bukan tugas wanita sahaja.

Dengan kemahiran ini, anak lelaki boleh menjadi seorang suami dan bapa yang mempunyai hubungan yang erat dengan isteri dan anak.

Dia akan belajar untuk bersikap empati dan mengurangkan ciri-ciri agressif.

Sumber: NYTimes 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Mari Didik Anak Lelaki dan Perempuan Kita Tanpa Sebarang Stereotaip
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham