Fungsi Suntikan Vitamin K Penting Untuk Newborn, Tanpanya Nyawa Bayi Boleh Terancam!

Ramai yang mungkin tak tahu fungsi vitamin K kepada bayi baru lahir. Malah golongan antivaksin menganggapnya sebagai racun yang disuntik kepada bayi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai yang mungkin tak tahu fungsi vitamin K kepada bayi baru lahir. Malah golongan antivaksin menganggapnya sebagai racun yang disuntik ke dalam badan bayi.

Tanpa usul periksa dan tanpa merujuk kepada yang pakar, mereka ini terus menolak bayi baru lahir untuk diberikan suntikan vitamin K kerana kononnya akan meracuni badan anak mereka.

Apalah salah bayi berkenaan dinafikan hak untuk mendapatkan hidup sihat hanya kerana beribu bapakan golongan antivaksin.

Baca juga: Anak Anda Berisiko Tulang Bermasalah, Lemah Jika Kekurangan Vitamin D!

Fungsi vitamin K untuk bayi baru lahir amat penting

Menurut Dr Rusyainie Ramli, beliau menyangkal keras dakwaan yang mengatakan alkohol dalam vitamin K membahayakan bayi.

Katanya, sebut saja alkohol semua terus tertumpu ingat kepada arak sedangkan ia bukan hanya setakat dalam arak. Alkohol dalam suntikan Vitamin K itu tujuannya sebagai pengawet, dan jumlahnya terlalu sedikit untuk menyebabkan sebarang keracunan kepada bayi. 

Beliau menjelaskan, Vitamin K adalah sejenis vitamn bukan vaksin. Itu adalah fakta pertama yang perlu difahami oleh masyarakat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vitamin K, huruf K itu berasal daripada perkataan Jerman untuk pembekuan darah iaitu Kaogulation (K). Ia sangat penting sebab tanpanya bahan-bahan yang terlibat dalam pembekuan darah yang dipanggil clotting factors takkan boleh dibuat oleh badan. 

Pendarahan secara spontan boleh berlaku jika bayi tidak cukup vitamin K

Seterusnya pendarahan secara spontan boleh berlaku sehinggalah pesakit itu mati keranan darah tidak mampu membeku. Keadaan inilah yang disebut sebagai  Vitamin K Deficiency Bleeding (VKDB). Dulu ia dikenali sebagai Haemorrhagic Disease of Newborn.

Sebaik saja bayi lahir, kandungan Vitamin K mereka terus turun ke paras yang terlalu rendah sebab Vitamin K yang datang dari ibu tak boleh melintasi uri dengan mudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi walaupun ibu ada Vitamin K yang banyak, bayi masih tidak mendapat bekalan yang sama. Walaupun dengan penyusuan susu badan dari ibu pun, Vitamin K yang boleh pergi ke bayi pun masih sangat sedikit.

Ditambah pula, usus bayi dari dia lahir sehinggalah hampir umur 6 bulan, masih belum cukup matang untuk menghasilkan Vitamin K. Nak beri bayi makan suplemen pun tidak boleh kerana sistem penghadaman mereka masih belum bagus.

Kenapa vitamin K diberi secara suntikan kepada bayi baru lahir?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan usus bayi masih belum matang untuk menghasilkan vitamin K, ditambah pula mereka tidak boleh diberikan suplemen kerana sistem penghadaman masih belum bagus, disebabkan itu ia diberikan secara suntikan. 

Bekalan vitamin K secara suntikan akan masuk terus ke dalam badan bayi dan memberi bekalan yang cukup bukan hanya untuk saat itu tetapi sehingga tempoh enam bulan. Selepas enam bulan usus bayi boleh menghasilkan Vitamin K sendiri dan bayi juga mendapatkannya dari diet disebabkan dia sudah mula makan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vitamin K yang disuntik itu, selain hanya berada dalam aliran darah, ia juga disimpan dalam hati untuk digunakan oleh sistem pembekuan darah dan bagi memastikan untuk beberapa bulan seterusnya memang ada bekalan vitamin K berterusan untuk bayi. 

VKDB juga boleh serang bayi selepas beberapa bulan lahir

VKDB bukan boleh hanya berlaku beberapa hari selepas bayi lahir, tapi ia boleh terjadi sampai bayi itu sudah beberapa bulan. Jangan terlalu yakin jika bayi itu tidak mendapat VKDB ketika dalam pantang ia bererti sudah selamat.

Jangan lupa, apabila vitamin K tidak cukup, pendarahan boleh berlaku pada organ bayi tanpa sebarang sebab pun. Ia boleh jadi di usus, perut atau otak sekalipun. Pendarahan terjadi secara tiba-tiba tetapi mak ayah tidak nampak kerana ia bukan boleh dilihat, bukan seperti jari luka. 

Jika terjadi begini, bayi perlu segera jalani pembedahan untuk mengawal pendarahan dan mendapatkan transfusi darah. Ia akan menyebabkan bayi perlu menjalani pelbagai prosedur termasuk CT scan, mesti dibiuas untuk dibedah dan macam-macam lagi.

Nyawa bayi pun dah tinggal di hujung-hujung, sedangkan dengan hanya satu suntikan semua itu boleh dielak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan suntikan itulah, bayi tu dilindungi dari 81 kali ganda dari VKDB. Jika mak ayah yang menolak Vitamin K untuk bayi mereka, 1 dalam 5 yang mendapat VKDB, meninggal dunia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dr Rusyainie Ramli

Penulis

Lala Annuar