Furniture Cruising @ Bayi Bertateh: Perkembangan Penting Untuk Tumbesaran Anak

Wah, anak anda sudah pandai bertateh dan berjalan? Pelajari panduan mengenai furniture cruising untuk bayi dan bagaimana anda boleh bantu anak anda disini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah ibu bapa mendengar mengenai furniture cruising untuk bayi? Tidak? Bagaimana pula dengan bayi yang cruising?

Bagi ibu bapa yang tidak mengetahui maksud furniture cruising, kami nak kongsikan sesuatu yang menarik untuk ibu bapa. Pertama sekali, mari kita lihat apa maksud cruising

Cruising adalah satu terma yang menggambarkan perbuatan bayi berjalan sambil berpegang pada satu-satu objek. Anak anda akan menggunakan apa sahaja objek untuk membantunya berdiri dan berjalan. Ini menunjukkan anak anda sedang belajar mengimbangkan diri dengan bantuan objek. Nama lain untuk cruising juga adalah tateh. Biasa dengar kan?

Jika ibu bapa sudah mempunyai anak yang baru mula untuk belajar berjalan, perasan tak bila anak anda cuba untuk berjalan, mereka akan mula memegang perabot sebagai sokongan sewaktu berdiri? Itulah yang dinamakan furniture cruising.

Furniture cruising untuk bayi adalah salah satu daripada tahap perkembangan anak untuk berjalan. Daripada saat anak anda cuba duduk, duduk tanpa bantuan, merangkak dan kemudiannya, berjalan. Furniture cruising adalah tahap terakhir untuk anak sebelum anak dapat berjalan. Ia seperti latihan berjalan dengan sokongan. 

Bila furniture cruising untuk bayi bermula?

Kredit: Unsplash

Apabila saat anak anda mula boleh berdiri dan memegang sesuatu, anak anda akan mula memegang perabot sebagai sokongan. Ia biasanya berlaku sekitar umur anak anda 8 bulan hingga 11 bulan. Anak anda akan mula perlahan-lahan cuba bangun dengan memegang perabot di rumah anda seperti meja, sofa atau pun kerusi. Kemudian, akan cuba bangun dan berdiri. 

Anak akan menggunakan kekuatan tangan dengan sentiasa mencapai perabot dan akan mula beransur-ansur bergerak dengan mencapai perabot. Jadi, kalau anda tengok anak anda fokus sahaja nak mencapai perabot, biarkan sahaja anak anda meneroka sesuatu yang baru baginya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau anak anda masih lagi merangkak dan masih belum lagi mula untuk cruising, ibu bapa janganlah terlalu bimbang. Perkembangan setiap bayi adalah tidak sama. Jangan cuba bandingkan dengan anak orang lain. Anak anda ada masanya yang tersendiri.

Nasihat buat ibu bapa 

Kredit: Unsplash

Apabila anak mula furniture cruising di dalam bilik, bukan sahaja anak yang teruja, mak bapak pun sama! Tapi ada beberapa perkara yang ibu bapa perlu ambil perhatian semasa anak mula belajar furniture cruising. Tak rugi anda ambil tahu tau!

#1 Perhatikan tanda anak mula nak cruising dengan furniture

Kalau anak anda sudah mula nak menggunakan tangan anda sebagai sokongan untuk berdiri dan sudah nampak tanda-tanda nak berjalan. Maksudnya, anak anda sudah mula nak cuba furniture cruising. Bila anak mula furniture cruising ini kebiasaannya anak anda tidak memerlukan pertolongan orang lain kerana anak anda lebih cuba untuk berdiri sendiri. Anak anda sudah mula berdikari!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Cuba susun perabot untuk keselamatan anak anda

Bila anak sudah mula berjalan dengan perabot ini, walaupun nampak macam selamat tapi keadaan rumah anda mungkin tidak. Untuk mengelakkan risiko anak anda terjatuh atau tercedera, anda boleh sediakan satu laluan selamat untuk anak anda berjalan.

Anda boleh cuba susun perabot yang mudah untuk anda pegang. Anda juga boleh sediakan satu ruang khusus untuk anak anda bebas berjalan dan memegang perabot yang selamat. Kalau anda boleh susun ruang tamu dan perabot anda untuk memudahkan anak anda bergerak, susun sahaja. Janji, anak anda boleh memegang perabot tersebut dan berjalan dengan mudah tanpa sekatan.

#3 Tunjuk anak cara untuk bertateh

Kredit: Unsplash

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak anda pada awalnya mungkin tidak pandai untuk memegang perabot. Maklumlah benda baru kan. Maka, apa kata anda cuba ajar anak anda cara untuk memegang perabot dengan betul. Dari mana nak mula berjalan, bagaimana nak pegang perabot dari satu perabot yang lain dan anda sendiri boleh tunjuk atau demo kepada anak anda cara yang selamat.

Anak anda baru sahaja mula bergerak, jadi mungkin pergerakannya mula takut-takut. Anda boleh tunjukkan kepada anak perabot yang mana anak anda boleh pegang menggunakan kedua belah tangannya.

#4 Pastikan keselamatan perabot

Nama sahaja perabot tetapi tidak semestinya ia kukuh. Ini yang kami paling hendak titik beratkan kepada anda. Walaupun perabot anda nampak seperti kuat tapi ia sebenarnya boleh menjadi bahaya. Anak anda yang mula berjalan akan bergantung sepenuhnya kepada perabot ini. Sekiranya perabot ini longgar, tidak kukuh apabila dipegang atau mudah jatuh, bukan sahaja ianya tidak selamat untuk anak anda. Ia juga bermaksud dah sampai masanya untuk anda beli perabot baru.

#5 Ajak anak berlatih

Kunci kepada setiap kejayaan adalah latihan yang berterusan! Jadi bila anak anda sudah mula memegang perabot, berdiri dan berjalan, anak anda akan sentiasa cuba untuk berlatih kemahiran yang baru dipelajarinya.

Kemahiran motor adalah kemahiran yang memerlukan masa bagi bayi untuk memahirkan diri mereka. Jangan paksa anak anda. Biarkan anak anda belajar mengikut masa mereka sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang paling penting sekali anda sendiri kenalah beri dorongan dan galakan kepada anda dan jangan sesekali tinggalkan anak anda untuk cruising tanpa pengawasan tau ibu bapa!

Sumber: Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Rangsang Anak Cepat Berjalan Dengan 4 Mainan Ini, Pasti Dia Lebih Seronok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman