Anda ingat tak bila waktu si kecil mula berjalan? Apakah mainan dorong untuk belajar jalan yang anda tahu dan praktiskan pada si kecil?
Sebelum itu, apa yang anda perlu tahu adalah, kemampuan setiap bayi berbeza-beza sama ada cepat atau lambat kerana ia bergantung oleh kemampuan fizikal, mental dan rangsangan ibu bapa supaya anak cepat berjalan.
Bagi membantu kalian, kami senaraikan beberapa mainan dorong untuk belajar jalan yang boleh membantu merangsang si kecil. Jom kita semak sama-sama!
4 mainan dorong untuk belajar jalan
Mainan dorong untuk belajar jalan #1 Fisher price walker to wagon
Kredit : Toyscity
Mainan ini dapat merangsang anak supaya cepat berjalan pada waktu yang sepatutnya. Ia juga dilengkapi dengan aksesori lain yang dapat memberikan stimulasi pada penglihatan dan pendengaran si manja.
Apa yang lebih menarik, mainan ini multifunction sekaligus melancarkan aktiviti berjalan anak.
Mainan dorong untuk belajar jalan #2 Baby moon walker
Kredit : Alexnld.com
Selain itu, kalian juga boleh mencuba baby moon walker bagi melatih kemampuan anak berjalan.
Alat ini bertujuan untuk seimbangkan kemampuan anak berdiri, tapi ada juga ibu bapa yang menjadikannya untuk mengayun bayi.
Meskipun begitu, fungsi utama adalah melatih bayi supaya cepat berjalan.
Mainan dorong untuk belajar jalan #3 2 in 1 Baby activity walker
Kredit : Amazon.com
Pasti anda biasa dengar tentang baby walker, kan? Mainan ini memiliki manfaat supaya dapat memancing anak kecil berjalan dan aksesori yang terdapat di sekitarnya memainkan peranan untuk melatih kemampuan pendengaran si kecil.
Namun begitu, ramai ibu bapa bimbang untuk memberi baby walker kepada anak kerana takut tercedera dan sebagainya. Apa kata anda cuba baby walker jenis ini.
Usah terlalu gusar kerana mainan ini mempunyai roda bertekstur dan tidak licin serta selamat digunakan.
Mainan dorong untuk belajar jalan #4 Plyskool step start walk and ride
Ha… kalau si kecil dapat yang satu ini tentu dia rasa sangat seronok untuk berjalan kerana dia boleh melangkah dengan cepat. Bahkan, mainan ini juga boleh menjadi mainan kereta yang sangat menyeronokkan.
Apa pendapat anda tetang mainan dorong untuk belajar jalan ini? Agak-agak mana satu yang secocok buat si kecil anda? Apapun, lepas baca jangan lupa tag pasangan masing-masing dan like FB theAsianparent Malaysia ya!
Semoga informasi ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar : K and K Creative Toys
Sumber: Mommyasia
Baca juga:
15 Cara Melatih Anak Berjalan Dengan Lebih Cepat Dan Paling Berkesan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!