Bagaimana ibu bapa membetulkan tingkah laku kanak-kanak adalah topik yang selalu dibincangkan, terutama cara disiplin yang salah dan kesannya kepada anak.
Baru-baru ini seorang ayah dari Dallas telah ditangkap kerana membahayakan nyawa anaknya yang menghidap cacat perkembangan.
Wesley Mathews, 37, didakwa telah menghukum Sherin (anaknya) untuk berdiri di lorong belakang rumah mereka pada pukul 3 pagi atas sebab tidak mahu minum susu.
Mathews keluar kira-kira 15 minit kemudian, tapi tiba-tiba Sherin telah hilang.
Cara disiplin yang tidak munasabah
Yang paling pelik, “ayahnya hanya membuat laporan tentang kejadian itu, kira-kira 5 jam kemudian,” kata Sarjan Kevin Perlich, jurucakap Jabatan Polis Richardson.
“Itu bukan tindak balas normal apabila ibu bapa kehilangan anak.“
Sherin yang dilahirkan di India, telah mengalami malnutrisi sebelum diambil sebagai anak angkat oleh Mathews.
Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Texas telah merampas hak menjaga dari Mathews dan pasangannya untuk anak seorang lagi iaitu anak kandung Mathews yang berumur 4 tahun.
Ramai yang marah dengan perbuatan Mathews. Wajar ke cara disiplin seperti ini?
Mendisiplin anak yang lambat/cacat berkembang
Menurut Dr. Patrick J. McGrath, ahli psikologi dan Profesor Psikologi, Pediatrik, dan Psikiatri di Universiti Dalhousie, kanak-kanak dengan masalah perkembangan adalah 3-4 kali lebih cenderung mempunyai masalah tingkah laku daripada kanak-kanak lain.
Ini kerana mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk belajar cara disiplin yang betul.
Di samping itu mereka juga memerlukan lebih banyak kesabaran, kasih sayang, serta dorongan dari ibu bapa.
Sudah pasti setiap ibu bapa menaruh harapan anak mereka sentiasa berkelakuan baik, tapi pastikan harapan itu haruslah sesuai dengan perkembangan anak.
Cuba strategi yang berbeza-beza untuk mengurangkan tingkah laku anak yang negatif, contohnya penggunaan carta ganjaran.
Gunakan stiker yang boleh ditukar dengan ganjaran khas. Apabila kelakuan anak bertambah baik, ibu bapa bolehlah menaikkan taraf disiplin anak mereka secara beransur-ansur.
Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak dengan kecacatan/masalah perkembangan selalu dalam keadaan tertekan.
Mendidik mereka memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan, jadi pastikan anda mendapat bantuan dan sokongan yang secukupnya.
Jangan tunggu sehingga anda terlalu tertekan dan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan anak.
Sumber: Kidspot dan Aboutkidshealth
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Anak Tak Dengar Cakap Kerana Ibu Bapa Guna 8 Cara Disiplin Yang Salah