5 cara betul untuk gaduh depan anak, barulah anak tak dapat kesan negatif!

Suami isteri bergaduh dan berselisih pendapat adalah normal. Tapi bagaimana kalau ia berlaku depan anak? Apa yang anda harus lakukan? Baca untuk ketahui.

Bak kata P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Bergaduh memang perkara yang normal. Tapi kalau gaduh depan anak normal ke? 

Kita sebagai ibu bapa sudah tentu tak mahu menunjukkan masalah kita, lebih-lebih lagi bergaduh depan anak-anak. Tapi kadang-kadang susah nak elak!

Pakar kanak-kanak bersetuju yang menyembunyikan masalah dan gaduh depan anak adalah tidak baik. Tapi sebenarnya gaduh depan anak boleh membantu mereka untuk menjadi lebih konfiden dan belajar bagaimana untuk mengatasi masalah.

Tapi gaduh depan anak ada caranya yang betul, anda boleh cuba 4 cara ini jika anda bergaduh depan anak.

5 cara yang betul untuk gaduh depan anak

1. Bergaduh dengan cara yang baik

Jika anda bergaduh depan anak, ia bukanlah masa yang sesuai untuk melemparkan kata-kata kesat dan merendah-rendahkan pasangan anda. Juga, jangan ungkit tentang kesalahan yang mereka pernah lakukan dulu. Jangan biarkan anak nampak anda menghina orang yang anda semua sayang.
 
Bergaduh tidak semestinya anda perlu gunakan kata-kata kesat atau merendahkan pasangan anda, lebih-lebih lagi jika si kecil sedang melihat.

2. Bergaduh secara adil

Beri peluang kepada pasangan untuk bercakap. Jangan menjerit. Jangan baling barang. Ini adalah peluang untuk anda tunjukkan pada anak anda bagaimana orang dewasa bergaduh atau menyelesaikan masalah.

Gunakan masa ini untuk tunjukkan pada anak anda apa yang anda selalu larang mereka buat. Bergaduh dengan lemah-lembut dan penuh rasa hormat.

3. Jika anda salah, mengaku salah dan minta maaf

Susah kan nak mengaku kesalahan? Tak ada apa yang lebih pahit dari mengetepikan ego dan mengaku salah. Tapi, anda adalah contoh yang terbaik untuk anak anda belajar yang mereka perlu meminta maaf jika mereka melakukan kesalahan.

Tunjukkan pada anak, perkara terbaik yang perlu anda lakukan adalah jadi orang yang lebih besar dengan meminta maaf.

4. Jika anda tidak bersalah, maafkan pasangan anda dan teruskan kehidupan seperti biasa

Biarkan semua orang lihat anda maafkan pasangan anda. Ia bukan perkara yang mudah. Fikirkan apa yang anda mahu anak anda lakukan jika mereka berada di tempat anda dan buat.

Memaafkan memang susah tapi ia satu perasaan yang bagus setelah anda lakukannya. Lebih banyak anda buat, anda akan rasa lebih tenang. 

Tunjukkan pada anak anda bagaimana untuk memaafkan orang tanpa menyimpan dendam.

5. Jujur

Anak-anak mungkin akan bertanya beberapa soalan selepas mereka lihat anda bergaduh. Tak mengapa! Ini adalah peluang yang baik untuk anda beritahu mereka yang semua orang bergaduh, rasa marah dan sedih.

Itu tak bermakna yang ibu bapa mereka tidak sayang, hormat dan kisah pada satu sama lain.

Kita tak selalunya setuju dalam semua perkara. Ia adalah perkara biasa dan merupakan sebahagia daripada hidup. Tunjukkan pada mereka yang menyelesaikan masalah dengan cara yang betul adalah penting dalam sesuatu perhubungan.

Cuba amalkan 5 cara ini ketika anda gaduh depan anak. Mungkin anda akan belajar sesuatu yang anda tak sangka anda boleh lakukan selama ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan : lies about parenting

Baca juga

Penulis

Nadia Ghafar