Anak Anda Ada 3 Tanda Ini? Ia Mungkin Sebab Ketagih Gajet, Bertindak Segera Sebelum Terlambat!

Ketagihan terhadap gajet di kalangan anak kecil semakin membimbangkan. Malah lebih teruk ada ibu bapa yang anggap ia perkara biasa.

Ketagihan kepada gajet ibarat satu perkara biasa yang kita dengar pada zaman kini. Malah mungkin ada ibu bapa yang menganggapnya sebagai perkara biasa saja.

Tetapi, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak berfikir begitu kerana kesan ketagihan gajet pada anak akan membuatkan anda menyesal tak sudah di kemudian hari nanti.

Bukan perkara biasa jika anak ketagihan gajet. Anda tidak boleh menganggapnya sebagai perkara biasa kerana ia akan memberi kesan tidak baik kepada anak.

Gajet dan ketagihan terhadapnya tidak boleh dipandang ringan

Kredit: int3tree

Jangan sekali-kali anda pandang ringan jika ada tanda ketagihan gajet pada anak anda. Jangan sampai anda menyesal di kemudian hari ya ibu ayah.

Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, tiga kerosakan dasyat ini mungkin berlaku pada anak anda jika mereka berterusan dibiarkan ketagihan gajet.

#1. Perkembangan minda terganggu

Perkara ini tidak mustahil dan ia akan jadi perkara yang paling buatkan kita menyesal. Kita boleh nampak sendiri ramai saja yang sewenang-wenangnya berikan anak telefon pintar dan hadapkan ke televisyen sejak mereka bayi lagi. 

Sedangkan perkembangan minda si kecil itu berlaku dengan pesat semasa usia 0 hingga dua tahun. Akhirnya tak pasal pasal sedikit demi sedikit si comel tu mula mengalami cognitive problem, lack of focus dan yang paling tak best bila dia tidak boleh nak kawal diri atau lack of self regulation.

Ia juga salah satu punca ibu ayah susah hati sebab anak sukar untuk dikawal bila dia mula mengamuk.

#2. Anak mula jadi kurang ajar

Ini pandangan biasa orang sekeliling pada anak yang ketagihan gajet. Mereka ini kadang kala dan biasanya tidak pandai bergaul, tidak pandai menjaga perasaan orang lain dan tidak pandai berkongsi mainan atau barang.

Asalnya mereka tidak begitu, tetapi apabila setiap masa menghadap skrin smartphone dan internet, dia tidak mampu untuk kembangkan kemahiran untuk bergaul dengan orang lain.

Interpersonal skill jadi lemah dan sampai satu tahap orang mula melabel anak ini sebagai budak biadap. 

#3. Hilang bonding dengan keluarga

Masalah ketagihan ini selalu bermula daripada ibu ayah juga. Jika setiap hari nampak ibu ayah berkepit dengan gajet, mulalah minda si kecil itu merakam apa yang mereka nampak.

Hasilnya, emotional connection antara ibu ayah dan anak menjadi semakin renggang. Anak makin membesar tetapi jika dan emosinya mungkin kosong. 

Ibu ayah buat hal sendiri anak pun sama buat hal sendiri

Menurut doktor ini, beliau percaya tidak ada ibu ayah yang sanggup melihat anak kesayangan mengalami ketagihan gajet tetapi dalam masa sama tidak perasan benda ini awal-awal.

Jadi adalah lebih baik jika boleh elak dari awal eloklah kita mulakan. 

Cara atasi anak ketagihan gajet

Kredit: cikgushare

Sebelum terlambat, mungkin ada baiknya kita mulakan langkah elak anak ketagihan gajet. Antara uang boleh dilakukan termasuklah:

#1. Hadkan penggunaan gajet di rumah

Kita sendiri berhenti dari menggunakan gajet di dalam rumah sehingga anak tidur. Buat jadual, tetapkan had penggunaan telefon pada masa-masa yang kita tentukan. Sebab anak-anak akan terikut perlakuan kita sepanjang di rumah.

Anak-anak punya kuasa visual yang sangat luar biasa. Mereka tidak akan dengar apa yang kita cakap, dia akan ikut apa yang kita buat.Libatkan diri anda dengan acara santai atau hobi alternatif bersama anak-anak.

#2. Ubah rutin harian

Apabila kita mula jarakkan penggunaan iphone atau tablet di rumah, kita kena isi dengan sesuatu supaya anak kita tidak rasa kosong.

Kena wujudkan aktiviti atau cipta hobi untuk anak lakukan. Bila ada hobi baru masa tertumpu ke situ.Ini semua boleh membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.

#3. Banyakkan aktiviti di luar rumah

Kredit: pa&ma

Banyakkan aktiviti di luar rumah. Jangan biarkan anaka-anak terperap dalam rumah. Bermain di luar akan membantu perkembangan sel-sel otak mereka.

Ketika membesar, mereka memerlukan sentuhan ataupun rangsangan kepada sensori seperti melihat, mendengar, merasa, menyentuh. Tetapi zaman pandemik ini agak berisiko untuk anda selalu bawa mereka keluar, jadi mungkin boleh berkebun bersama-sama di halaman rumah dan sebagainya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari, neuroversiti

Kredit foto: vocket

Baca juga: Panduan Penggunaan Gajet Untuk Anak di Bawah Usia 5 Tahun

Penulis

Lala Annuar