Hukum Suami Melihat Gambar Bogel Isteri Ketika Berjauhan, Adakah Dibenarkan Dalam Islam?

Apabila suami meminta gambar bogel isteri dan melihatnya ketika sedang berjauhan atas alasan rindu, adakah haram atau dibenarkan dalam islam?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan kisah mengenai hubungan suami isteri seolah-olah jadi trend selepas berkahwin untuk berlumba-lumba memuat naik aksi mesra masing-masing di media sosial. Tak kurang juga, ada pasangan jarak jauh yang tidak segan silu berkongsi tangkap layar perbualan Whatsapp dengan suami yang meminta gambar bogel isteri atas alasan rindu.

Tetapi, pernahkah anda terfikir apakah hukum apabila suami melihat gambar isteri tanpa seurat benang?

Berdasarkan perkongsian Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, perbuatan melihat gambar bogel isteri tidak boleh dilakukan atas sebab-sebab tertentu kerana boleh mendatangkan mudarat di kemudian hari. 

Hukum suami melihat gambar bogel isteri

Aurat antara seorang lelaki dan wanita tiada lagi batasan selepas akad nikah yang sah. Ini berdasarkan hadis:

“احْفَظْ عَوْرَتَكَ إِلا مِنْ زَوْجَتِكَ أَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُك”

Maksudnya: “Jagalah aurat kamu kecuali daripada isteri kamu atau hamba yang kamu miliki”(Sunan Abu Daud, hadis: 4017)

Para ulama bersepakat bahawa seorang suami tidak haram melihat seluruh tubuh isterinya dan begitu juga sebaliknya. Namun begitu, tindakan suami isteri yang berkongsi gambar dengan mendedahkan aurat masing-masing di dalam Whatsapp dan media sosial yang lain, bimbang ia terdedah kepada orang lain dan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar. 

Jadi, ada baiknya jika perbuatan tersebut dielakkan, bertepatan dengan beberapa kaedah fiqh iaitu: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

سَدُّ الذَّرِيعَةِ

MaksudnyaMenutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudaratan.

اتَّقُوا مَواضِعِ التُّهَمِ

MaksudnyaBerhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun melihat kepada pasangan (yang halal) sambil masing-masing menimbulkan keghairahan, kemudian diikuti dengan perbuatan onani pula mempunyai hukumnya yang tersendiri.

Hukum beronani bagi mereka yang tidak mampu bernikah

Hukum onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat adalah harus dan tidak berdosa. Ia berdasarkan kaedah fiqhiyah:

الضرورات تبيح المحظورات

Maksudnya: “Kemudaratan itu membolehkan apa yang terlarang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun apabila syahwat itu terlalu mendesak dan menggoda, tidak mengapa beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syahwat demi mencegah zina.

Walau bagaimanapun, hukumnya haram dan ditegah dalam islam jika beronani menggunakan gambar lucah atau menonton filem kotor atau berkhayal dengan wanita kerana ia bukan lagi untuk mencegah zina, sebaliknya untuk memuaskan nafsu dan mencari keseronokan. 

Bagi pasangan suami isteri juga tidak digalakkan memuaskan nafsu secara online walaupun dengan pasangan yang halal kerana akan timbulkan ketagihan sehingga terjebak dengan perkara diharamkan oleh syarak.

Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan menggunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokan.

Firman Allah SWT:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ

Maksudnya“Dan bertakwalah kamu kepada Allah semampu kamu.” (Surah al-Taghabun: 16).

Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila terdesak demi mencegah zina.

Kesimpulannya, diperbolehkan beronani jika terdesak untuk menurunkan tekanan seksual syahwat. Namun, tidak digalakkan mengghairahkannya melalui online, videocall dan sebagainya.

Pasangan suami isteri yang sedang 'PJJ' perlulah berusaha untuk tinggal bersama supaya matlamat perkahwinan yang telah dibina tercapai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika tidak boleh, usahakan diri untuk menjaga syahwat dengan berpuasa dan jauhkan diri daripada terus menerus memikirkan saat indah bersenggama dengan pasangan.

Semoga bermanfaat.

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Gambar Orang Mengandung Sering Menjadi Bahan Pemuas Nafsu, Ibu Sila Waspada!

Baca juga: Hukum Solat Tanpa Memakai Pakaian Dalam, Sebenarnya Sah Atau Tidak? Ini Jawapannya

Baca juga: Nak Sedekah Lampin Tapi Kena Share Gambar Kemaluan Anak, Hati-Hati Ini Operandi Si Pedofilia!

Penulis

Noorhidayah