15 Gambar Yang Menyentuh Hati Saat Ibu Lahirkan Bayi, Sangat Menakjubkan

Jelas terpancar perasaan ibu yang cukup gembira saat melahirkan si jantung hati melalui gambar yang dirakam!

Hampir lima tahun, jurugambar yang bernama Leilani Rogers merakam gambar ibu melahirkan dengan jelas yang sungguh menakjubkan tidak kira bersalin secara normal, ceaseran, kelahiran dalam air dan banyak lagi. 

Menurut Rogers, gambar yang dirakam itu dapat mengembalikan semula nostalgia tentang kelahiran anak dan boleh dilihat semula apabila mereka besar nanti. 

Jom kita lihat gambar ibu melahirkan dengan jelas daripada hasil kerja seni jurugambar ini. 

15 gambar ibu melahirkan dengan jelas yang sungguh menakjubkan!

1) Gambar ibu melahirkan dengan jelas – En caul 

Bayi ini dilahirkan dengan kantung amniotik atau air ketuban! 

2) Gambar ibu melahirkan dengan jelas – Anak perempuan beri sokongan pada ibu ketika bersalin 

Anak perempuan ini dilihat tenang memberi sokongan kepada ibunya ketika melahirkan adiknya. 

3) Gambar ibu melahirkan dengan jelas – Bersalin pembedahan czer 

Momen kelahiran secara pembedahan czer yang cukup indah. 

4) Polydactyl

Kejadian yang jarang berlaku di mana bayi yang dilahirkan dengan enam jari. Malah tiada tulang dalam jari namun mempunyai kuku. 

5) Bersalin dalam air 

Momen indah saat melahirkan bayi dalam air yang perlu dirakam melalui gambar. 

6) Tali pusat bayi 

Tali pusat bayi baru lahir yang masih belum dipotong. 

7) Bayi baru lahir 

Bayi baru lahir yang kelihatan tenang dan dia dilihat seolah baru keluar dari syurga. Ketika si kecil membuka mata, perasaan gembira dan bersyukur terus menyelubungi sang ibu. 

8) Kedudukan ibu ketika bersalin guna lutut dan tangan 

Imej ini menunjukkan seorang wanita yang boleh lahirkan bayi dalam posisi yang berbeza. 

9) Mandian herba dan bunga-bungaan

Mandi herba boleh dilakukan selepas beberapa jam bersalin dan ia membantu dalam penyembuhan perineum dan menggalakkan bonding antara ibu dan bayi. 

10) Kelahiran normal di hospital 

Gambar ini memperlihatkan seorang bayi yang selamat dilahirkan lalu disambut oleh seorang doktor. 

11) Memeluk tubuh si kecil yang baru lahir 

Kini, si kecil berada dalam dakapan dan dia merasa aman dalam pelukan ibu tercinta. 

12) Bapa yang memberi sokongan 

Gambar ini viral di pinterest di mana memperlihatkan seorang suami yang sedang berdoa disamping isteri ketika menahan rasa sakit kontraksi. 

13) Uri / plasenta 

Inilah sahabat baik bayi ketika berada dalam kandungan ibu yang menyampaikan nutrien, melawan jangkitan dalaman dan menghasilkan hormon yang mencukupi selama kehamilan. 

14) Penyusuan pertama kali

Penyusuan susu ibu mempunyai tempat yang istimewa kerana inilah saat yang paling ditunggu-tunggu untuk meraikan kehadiran si kecil itu. 

15) Sokongan daripada dua ibu 

Wanita ini mendapatkan sokongan daripada doula yang berpengalaman ketika menantikan kelahiran bayi. 

Walaupun perit dengan pelbagai kesakitan yang ditanggung ibu namun mereka tetap bersemangat untuk melahirkan zuriat tercinta. Maka hargailah pengorbanan ibu ini. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Huffpost 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comgambar-bersalin-ditemani-ibu/