Tersenarai 100 Wajah Terkacak Dunia 2019, Pelakon Lelaki Ini Pasti Buat Hati Anda Cair!

Sangat maskulin dan handsome! Tidak hairanlah gambar lelaki kacak, Henry Golding ini tercalon sekali lagi. Ayuh buat undian beramai-ramai, naikkan kedudukannya!

Melihat sahaja gambar lelaki kacak ini  menerusi akaun media sosialnya,  Henry Golding tidak hairanlah dia sekali lagi berjaya terpilih dalam 100 Lelaki Kacak untuk tahun 2019.

Apa yang membanggakan, hanya dia satu-satunya wakil lelaki dari negara Malaysia berjaya tercalon!

Bergelar  seorang pelakon, model dan pengacara televisyen, siapa sangka Henry Golding dilahirkan di Sri Aman, Sarawak.

Meskipun memiliki keturunan campuran Iban dan Inggeris, dia pernah dibesarkan di negeri Terengganu sehingga usianya 7 tahun sewaktu keluarganya telah berpindah ke England.

Memetik perjalanannya dalam dunia seni, dia telah menjadi pengacara The Travel Show BBC sejak tahun 2014.

Seterusnya, Henry Golding mengambil keputusan mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihannya iaitu seorang pengacara televisyen dan pengajar yoga, Liv Lo yang berketurunan Itali dan Taiwan pada Ogos 2016.

Pengumuman pencalonan ini telah dinyatakan secara rasmi di akaun Instagram rasmi @tccandler. Walau bagaimanapun, kedudukan sebenar bagi 100 lelaki kacak yang terpilih masih belum diputuskan.

Justeru, para peminat perlu menunjukkan tanda sokongan menyokong dengan membuat undian pada gambar lelaki kacak ini di TC Candler’s Youtube channel bagi menentukan ranking miliknya melonjak naik ke tempat teratas.

Sumber: D Marge

Berdasarkan keputusan tahun lalu, Henry Golding hanya berjaya berada pada kedudukan  ke-84, tempat pertama telah dimenangi oleh pelakon filem Aquaman, Jason Momoa.

Jutaan peminat dunia berharap rankingnya meningkat tahun ini seiring dengan popularitinya yang semakin berkembang apabila dia dilihat aktif menampilkan diri dalam filem Crazy Rich Asians dan drama Anna Kendrick iaitu A Simple Favor.

Sumber: D Marge

Manakala, bagi penglibatannya dalam dunia lakonan yang akan datang,  Henry Golding telah menjadi tunjang utama bagi filem Last Christmas yang turut memaparkan Emilia Clarke, Michelle Yeoh dan Emma Thompson.

Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan tahniah kepada Henry Golding kerana terpilih dalam 100 Wajah Paling Handsome 2019!

Sumber: World of Buzz

Baca juga:

Nampak Macho Dalam TV, Tapi 15 Selebriti Ini Juga Pernah Ada Masalah Depresi