Kecewa Tak Dapat Beli Susu Anak Semasa Krisis Covid-19, Ibu Tekad Gantung Diri

Seorang ibu tekad menggantung diri apabila tidak dapat membeli susu anak ekoran penularan wabak covid-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh meremang bulu roma kalau tertengok gambar orang gantung diri dengan keadaan yang menakutkan, betul tak?

Sebab itu, biasanya polis akan menutup wajah individu tersebut untuk tidak menunjukkan aib si mangsa.

Seperti kejadian baru-baru ini apabila seorang ibu tekad menggantung diri atau perkataan yang lebih mudah bunuh diri gara-gara tidak dapat membeli susu buat anaknya ekoran penularan wabak covid-19.

Gambar orang gantung diri

Menurut laporan The Nation, ibu kepada dua anak itu dipercayai membunuh diri dengan cara menggantung dirinya di dalam bilik mandi di kediamannya.

Ia berlaku disebabkan mangsa berasa sedih dan kecewa akibat tidak dapat menyediakan kelengkapan untuk makanan anaknya iaitu susu bayi.

Mangsa yang bernama Irada Lordpet, 26 tahun ditemui abangnya di bilik mandi dengan keadaan dirinya tergantung.

Susulan melihat kejadian itu, abangnya bergegas menghantar mangsa ke hospital tapi malangnya sudah terlambat kerana dia disahkan telah meninggal dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hidup dalam keluarga serba kekurangan

Menurut Ketua Wanita Kampung Pao, Somjit Siwai, mangsa tinggal dalam keadaan keluarga yang serba kekurangan dan mempunyai dua orang anak lelaki yang berumur enam tahun dan enam bulan.

Lebih-lebih lagi, mangsa dipercayai telah berpisah dengan suaminya dan mungkin kerana tertekan dengan keadaan yang berlaku lantas dia bertindak sedemikian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut keluarganya, mangsa memperolehi pendapatan hanya dengan menjual yogurt.

Tapi disebabkan penularan wabak covid-19, jadi dia tidak dapat meneruskan perniagaannya itu. Seterusnya berlaku kesempitan hidup akibat tidak cukup wang untuk membayar bil-bil rumah hatta susu anaknya juga tidak mampu dibeli.

Minta bank tangguh bayaran ansuran pinjaman

Disebabkan tidak mampu menyara hidupnya buat masa sekarang, mangsa menghubungi pihak bank untuk melanjutkan tempoh ansuran pinjaman bank supaya dapat meringankan bebannya sepanjang krisis covid-19 ini.

Kemudian tidak lama selepas itu, mangsa menerima perkhabaran bahawa anaknya sudah meninggal dunia dan ia diberitahu oleh ibu mangsa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi membantu keluarga ini, Ketua Wanita kampung berkenaan meminta keprihatinan penduduk untuk menghulurkan wang atau makanan kepada keluarga tersebut.

Bunuh diri dan masalah kesihatan mental

Berdasarkan info daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, kemurungan adalah salah satu penyebab tercetusnya idea untuk membunuh diri.

Ia dialami apabila individu merasakan ada gangguan perasaan dan gangguan jiwa hingga tidak dapat berfikir secara waras.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Misalnya pesakit akan merasakan dirinya tidak berguna, mudah marah, tertekan, cepat berasa cemas dan jiwanya rasa kosong.

Lantas perasaan yang muncul itu akan membuatkan dirinya rasa nak bunuh diri.

Berikut adalah punca-punca seseorang itu bertindak membunuh diri

1) Muncul gangguan perasaan dalam diri
2) Mengalami kemurungan yang teruk hingga tidak dapat dikawal
3) Merasakan trauma dengan masa yang lalu
4) Sering kali di buli oleh rakan-rakan
5) Masalah peribadi tidak kira dengan diri sendiri, keluarga, rakan sepejabat dan orang sekeliling
6) Mengalami tekanan perasaan
7) Hati dan jiwa sudah rasa kosong
8) Cepat cemas dan rasa sunyi
9) Merasakan diri tidak lagi berguna untuk meneruskan hidup
10) Tidak lagi berminat untuk meneruskan kehidupan dan sebagainya.

Cara untuk menangani

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika merasakan diri cenderung untuk membunuh diri, anda boleh meminta bantuan dengan cara seperti di bawah ini:

#1. Befrienders

Befrienders merupakan badan yang membantu individu yang mempunyai masalah kemurungan dan tekanan perasaan.

Talian Befrienders juga dibuka 24 jam untuk sesiapa saja tidak kira masa supaya anda dapat meluahkan perasaan terutamanya jika cenderung untuk menggantung diri atau bunuh diri.

Berdasarkan penelitian Befrienders, individu yang ingin membunuh diri tidak mahu jawapan kepada penyelesaian masalah yang dihadapi.

Tetapi mereka mahu meluahkan rasa takut atau kebimbangan yang muncul dalam hati.

#2. Pakar pasikiatri dan kaunselor

Anda juga boleh berjumpa dengan kaunselor yang sentiasa menjadi pendengar setia kepada apa jua masalah yang dihadapi seseorang. Sememangnya mereka ini sangat terlatih dan profesional.

Selain itu, anda juga boleh berjumpa dengan pakar psikiatri dari Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: The Nation 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comsusu-untuk-bayi