Tangkap Sendiri Gambar Pasport Anak Di Rumah, Sekali Print Dapat 32 Keping Gambar

Gambar pasport DIY sendiri. Ibu ayah boleh guna cara ini untuk persediaan persekolahan anak. Lebih mudah dan sungguh menjimatkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesi persekolahan bakal bermula minggu depan, namun kami percaya mungkin masih ada ibu dan ayah belum sempat mengambil gambar ukuran pasport anak.

Banyak perkara lain perlu dibuat sampaikan terlupa urusan yang diminta guru. Tak perlu bimbang ibu ayah, boleh guna cara ibu ini untuk mengambil gambar anak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • DIY gambar pasport anak sendiri, ini yang ibu perlukan
  • Persediaan barangan anak darjah 1

Seperti yang dikongsikan seorang ibu, Nana Ruzanna pada akaun Facebook beliau, cara ini lebih menjimatkan kerana 32 keping gambar tidak sampai RM2 berbanding menangkap gambar di kedai iaitu RM16 untuk 4 keping. Bagaimana pula kalau anda mempunyai ramai anak yang bersekolah, sudah tentu memerlukan perbelanjaan banyak, kan?

DIY gambar pasport anak sendiri, ini yang diperlukan

  • Telefon pintar

Apa sahaja jenama pun boleh asalkan mampu mengambil gambar dengan resolusi yang cantik.

  • Aplikasi ID photo di telefon atau komputer

Penggunaan aplikasi ini lebih mudah untuk mendapatkan latar belakang dan saiz yang pelbagai pilihan. Tidak perlu bersusah-susah mencari kain berwarna biru diletakkan di belakang.

  • Mesin pencetak dengan dakwat berwarna

Jenama apa pun tidak kisah asalkan mempunyai tetapan untuk glossy paper.

  • Photo glossy paper

Banyak juga dijual melalui platform beli-belah dalam talian malah, yang berharga bawah RM10 juga boleh didapati untuk 20 keping.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kesabaran dan kerajinan

Kesabaran sangat diperlukan sewaktu mengambil gambar pasport anak. Bonus sekiranya anak anda memang suka bergambar dan boleh memberikan kerjasama.

Tips ialah ambil gambar mereka pada waktu yang berbeza, bergantung kepada mood ketika itu. Jika tidak puas hati dengan hasil tersebut, boleh dipadam semula.

Persediaan anak yang bakal memasuki tahun 1

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak masuk darjah 1, tapi cukupkah persediaan barangan untuk dia? Itu mungkin persoalan ibu dan ayah yang baru pertama kali anak sulung mereka memulakan sesi pembelajaran di sekolah rendah.

Sudah semestinya, persediaan di sekolah rendah berbeza sewaktu mereka dimasukkan ke tadika ketika usia bawah 7 tahun.

Menurut seorang ibu, Siti Awadah yang berpengalaman melalui kelima-lima anaknya memasuki persekolahan di tahun 1, dia berkongsi serba sedikit persediaan barangan yang boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa sekali gus mengelakkan kelam-kabut ketika diperlukan.

Maklumlah, kadang-kadang anak kecil ini suka bawa berita 'tergempar' di rumah. Saat akhir malam esoknya nak ke sekolah, baru dia beritahu cikgu minta bawa ke sekolah alat seni untuk sesi pelajaran. Mana ada kedai buka sudah lewat malam. 

Barang keperluan untuk dibawa ke sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Beg sekolah
  • Botol minuman untuk air masak
  • Alat tulis asas seperti pensel, pembaris, pemadam, pengasah pensel dan kotak pensel
  • Alat mewarna asas
  • Buku tulis (beli di koperasi sekolah selepas dimaklumkan oleh guru)
  • Gam, gunting dan sellotape
  • Pelitup muka dan sanitizer tangan
  • Tuala kecil saiz sapu tangan

Barangan stok di rumah untuk memudahkan ibu ayah

  • Buku lukisan
  • Kertas manila card
  • Kertas warna size A4 pelbagai warna
  • Warna air, crayon, berus dan bekas warna
  • Double sided tape untuk lekat jadual pelajaran
  • Pinggan dan cawan kertas
  • Alatan seni seperti riben, sticker, tali dan apa sahaja barangan yang comel
  • Tisu basah
  • Straw
  • Apron atau baju lama

Tips tambahan

Ibu ayah juga boleh menempah sticker nama anak dan lekatkan pada buku sekolah supaya tidak perlu bersusah payah menulis nama anak, tambahan lagi untuk anak yang memiliki nama panjang. Pasti penat menulis bukan.

Sediakan dua kotak khas di rumah iaitu satu kotak untuk mengisi barangan keperluan subjek seni dan satu lagi kotak untuk hasil kerja seni anak-anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga:  Tiada Ubat Batuk & Selesema Bayi Bawah 6 Bulan, Teknik Chest Physio Berkesan Cairkan Kahak

Baca juga: Tanda-Tanda Amaran Dalam Pembesaran Anak-Anak, Semak Senarai Ini Ibu!

Baca juga: Anak Juga Terdedah Dengan Risiko Kemalangan Di Rumah, Ibu Ayah Awasi Si Manja Anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan