Curi Rakam Gambar Perut Ibu Mengandung, Waspada Terhadap Golongan Ini!

undefined

Gambar perut ibu mengandung sering menjadi 'santapan' kepada golongan lelaki yang bernafsu kotor. Sentiasa waspada walau dimana anda berada

Proses kehamilan sememangnya mengubah fizikal seseorang. Dari hari ke hari, bahagian perut akan kelihatan semakin membesar. Justeru anda disaran untuk berpada-pada dalam berkongsi gambar perut di media sosial kerana boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri.

Meskipun segelintir mengatakan baby bump kelihatan comel, namun ia dikira sebagai aurat yang perlu dijaga.

Curi rakam gambar perut ibu mengandung untuk simpan dalam galeri

Siapa sangka dengan hanya sekeping gambar sahaja, ia sudah mampu meningkatkan keghairahan golongan lelaki yang bernafsu jijik.

Baru-baru ini, tular satu video di Tiktok yang memaparkan seorang lelaki warga emas kantoi apabila dilihat mencuri rakam gambar seorang wanita yang juga ibu mengandung.

Apa yang lagi mengejutkan, galeri telefon bimbit lelaki berkenaan dipenuhi dengan gambar baby bump‘ ibu hamil yang lain!

gambar perut

Ia memaparkan koleksi gambar perut ibu mengandung yang diambil secara diam-diam dari kebanyakan tempat seperti pusat membeli-belah, kedai pakaian atau tempat percutian.

Apa itu fetishisme atau pregnancy fetishism/maiesiophilia

Cuba tanya pada diri sendiri, adakah anda memiliki kecenderungan untuk tertarik dengan sesuatu yang spesifik misalnya suka melihat wanita memakai kasut tinggi atau tangan lelaki berurat? Kesemua ini mungkin berkait dengan fetishisme iaitu keinginan individu yang memiliki nafsu untuk tertarik pada sesuatu.

Jika sebelum ini negara dikejutkan dengan adanya golongan pedofilia (iaitu lelaki mempunyai nafsu terhadap kanak-kanak), kini para ibu hamil dinasihatkan untuk lebih berwaspada terhadap golongan maiesiofilia.

Ia merupakan satu penyakit gangguan psikologi individu dewasa yang memiliki nafsu terhadap wanita mengandung atau erti kata lainnya ialah pregnancy fetishism.

Mereka yang mempunyai masalah ini cenderung melihat gambar perut ibu mengandung dan memiliki fantasi kotor. 

Perkongsian itu telah meraih perhatian netizen dan mengundang kemarahan, rata-ratanya mengecam tindakan jijik dan kotor si pelaku.

Dalam pada itu, ada yang turut berkongsi beberapa pengalaman berkaitan dengan insiden berkenaan.

perbualan gambar perut

gambar perut

Sehubungan itu, mangsa juga sempat berpesan kepada ibu mengandung di luar sana agar sentiasa berhati-hati dengan kejadian seperti ini. Susulan kes ini, dia telah pun membuat laporan polis terhadap perbuatan ‘curi rakam’ lelaki tua itu.

“Saya yang memakai jubah ni pun boleh terkena padahal kita memang dengan suami. Rasa tak selamat sangat. Still trauma dan takut.

“Semalam pun saya menggigil dan menangis,” katanya.

Individu dewasa miliki nafsu terhadap ibu hamil

Seorang jururawat, Bel Nawhen, memberi pandangan akan adanya golongan lelaki yang suka melihat ibu-ibu mengenakan dress hamil atau apa-apa pakaian yang jelas menunjukkan baby bump.

Mereka beranggapan wanita dengan perut yang menonjol ke hadapan ini adalah sangat seksi sehingga mampu meningkatkan nafsu syawat.

Meremang rasanya apabila mendapat salinan channel Telegram seperti ini suatu ketika dahulu di mana ia menjadi medium perkongsian video seks bersama ibu mengandung serta paparan gambar yang menjadi objek pemuas nafsu.

Ya. Saya marah dan tersangat marah kepada mereka:

  • Yang suka mempamerkan baby bump dengan alasan berkongsi kehamilan dengan rakan-rakan terutama yang bila ditegur, tidak boleh terima.
  • Kepada mereka yang menjadi hamba nafsu serakah sehingga mencari modal sabun di bilik mandi menggunakan gambar entah siapa-siapa.
  • Kepada mereka yang tidak segan silu mengambil gambar bukan milik sendiri sebagai modal fantasi seksual.

Tidak dinafikan memang ada ramai ibu mengandung mengambil mudah akan hal ini. Ada yang seronok berkongsi gambar perut, mengenakan pakaian ketat untuk tujuan sengaja menunjukkan kecomelan baby bump masing-masing.

Apabila gambar dicuri oleh individu tertentu, barulah rasa menyesal dan trauma.

Cara elak gangguan seksual di kalangan ibu hamil

Fantasi fetisy ini adalah normal tetapi boleh dianggap sebagai gangguan mental sekiranya boleh menjejaskan fungsi normal atau menyebabkan kesusahan.

Lebih merisaukan, golongan ini juga mendedahkan identiti mereka dalam gambar sehingga ada antara mereka menjejaki mangsa selepas tergoda melihat ‘aset’ wanita.

Mengunci mulut dan berdiam diri setiap kali berhadapan dengan gangguan seksual bukanlah cara penyelesaian yang terbaik.

Ia hanya menjadikan golongan ini berasa selamat, malah bangga dengannya.

baby bump

Antara tips elak gangguan seksual dalam kalangan ibu hamil:

1. Elak muat naik gambar mengandung seksi.

Buat bakal ibu, berhati-hati ketika membuat perkongsian gambar di media sosial tanpa sebarang privasi. Ia hanya mengundang mata-mata golongan fetishisme menjadikannya sebagai bahan pemuas nafsu di kemudian hari.

2. Memakai pakaian yang longgar dan menutup aurat.

Perubahan perut ibu mengandung dari bulan ke bulan semakin membesar, tidak salah sekiranya mengenakan pakaian yang labuh dan longgar untuk menutup ‘baby bump’ yang semakin kelihatan.

Ibu juga lebih selesa menggayakan pakaian sedemikian kerana pakaian yang terlalu ketat boleh mewujudkan risiko kepada kandungan.

3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Jika anda ingin keluar berjalan, pastikan sentiasa ditemani oleh orang terdekat seperti suami, ahli keluarga atau kenalan rapat. 

Elakkan keluar bersendirian kerana pasti ada mata-mata yang mencuri rakam dalam diam. Kalau boleh, utamakan pengangkutan awam yang mesra wanita dan ibu mengandung.

Jika anda dapati kelakuan individu yang tidak menyenangkan yang membuatkan anda terganggu, jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan orang ramai dan buatlah tindakan yang sewajarnya. 

Sebenarnya, ini bukanlah kejadian pertama yang melibatkan gangguan seksual. Namun, ia tidak bermakna pelaku-pelaku seperti ini boleh berasa selesa dan selamat menjalankan perbuatan tidak bermoral seperti ini.

Oleh itu, kerjasama dari semua pihak sangat penting dalam membendung perkara ini daripada terus berulang!

Siakap Keli, Free Malaysia Today, mStar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Gambar Orang Mengandung Sering Menjadi Bahan Pemuas Nafsu, Ibu Sila Waspada!

Baca juga: Waspada Jenayah Seks Kanak-Kanak Media Sosial, Jangan Post Gambar Anak Sesuka Hati!

Baca juga: Penting Untuk Beri Penerapan Mengenai Gangguan Seksual Kepada Anak, Ini Sebabnya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!