Siapa saja yang tidak suka reward atau ganjaran untuk anak atas kelakuan baik yang mereka buat. Jadi tak salah bila kita bagi ganjaran kepada anak-anak jika mereka lakukan perkara baik. Apa maklumat lanjut anda boleh baca dalam artikel ini?
- Jenis ganjaran yang boleh diberi kepada anak
- Ganjaran fizikal
- Ganjaran verbal
- Ganjaran makanan
- Ganjaran muzik atau aktiviti kegemaran
- Ganjaran carta token, bintang, pelekat ganjaran
Jangan terlalu kedekut atau rasa ego untuk beri reward kepada anak-anak kerana ia boleh dibuat dengan pelbagai cara tidak semestinya dengan hanya wang ringgit saja.
Anak boleh diberi ganjaran dalam pelbagai cara dan mereka tidak kisah pun sebenarnya asalkan ada perkara yang menghargai mereka atas perbuatan baik yang dilakukan.
Jenis ganjaran untuk anak yang anda boleh buat
Perkara ini dikongsikan oleh terapis cara kerja, Mahfuzah Zainol yang berpengalaman mengendalikan pelbagai isu berkaitan kanak-kanak terutama yang berkeperluan khas.
Katanya, jika ibu bapa gabungkan teknik modifikasi tingkah laku dan reward, ada kemungkinan akan lebih berkesan kepada anak-anak untuk meneruskan tabiat dan kelakuan baik mereka.
Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan dorongan untuk mereka terus lakukan kebaikan. Jadi tidak salah pun untuk anda beri anak-anak reward, jika mereka lakukan kebaikan bonusnya untuk anda juga kan?
Beliau berkata antara ganjaran yang boleh ibu ayah, guru atau ahli terapis gunakan untuk membentuk tingkah laku baik adalah:
#1. Ganjaran fizikal
Contohnya memeluk, menggeletek dan ciuman
Simple dan mudah. Tapi perhatikan jugak, mana tau anak itu ada sensori isu (tactile defensive), dia tak suka dipeluk atau disentuh, maka tak boleh guna reward jenis ini.
#2. Ganjaran verbal
Contohnya seperti kata-kata pujian yang baik.
“Well done.”
“Pandainyaaa….”
“Solehahnya anak mama.”
Yang ini juga perlu berhati-hati sebab saya ada pengalaman seorang klien yang apabila dipuji, lagi dia menangis. Ya, setiap anak-anak ini berbeza. It is an art to learn to know them.
#3. Ganjaran makanan
Contohnya seperti ais krim atau coklat atau makanan yang anak suka.
Bab makanan ni, ada ibu bapa yang memang say NO to junk food. Yes, teruskan usaha untuk itu. Saya salute!! Saya support!
Tapi kalau nak anak merasa sekali-sekala, tak salah. Ala-ala cheat meal.
Nak guna makanan as reward, pastikan faham diet dan perubahan tingkah laku anak-anak anda.
#4. Ganjaran muzik atau aktiviti kegemaran
Contohnya suka dengar muzik video ‘Didi and friends’ or ‘Omar and Hana’ or lagu ‘Shark dudududu’ or ‘Frozen’ or lagu-lagu yang ibu ayah pilih untuk anak-anak dengar.
Sebenarnya menyanyi sambil menari ini adalah satu bentuk ‘action song’ yang sangat baik untuk menambah vocabulary anak-anak.
Try this at home. Highly recommended.
#5. Ganjaran carta token, bintang, pelekat ganjaran
Contohnya ibu bapa buat carta bintang, bila dah buat itu, satu bintang. And tambah lagi bintang tersebut jika ada tingkah laku yang baik dilakukan.
Bila sudah kumpul banyak-banyak bintang, let say dah dapat 20 bintang, boleh redeem dapat satu hadiah ‘besar’ atau satu mainan idaman. Hadiah ‘besar’ ni boleh jadi seperti trip ke tempat idaman or makanan kegemaran yang jarang sangat boleh dapat.
Jika anda malas nak buat carta, boleh saja beli reward sticker yang boleh di beli di kedai alat tulis dan kedai serbaneka malah secara dalam talian pun anda boleh mendapatkannya.
Reward sticker ini ada pelbagai jenis dan sekiranya anak sudah boleh membaca lebih baik kerana mereka boleh memilih sendiri pelekat apa yang mereka mahu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Wanita Jepun Ini Beri Ganjaran Pada Suaminya Kerana Menjadi Seorang Ayah Yang Baik, Wah!
Baca juga: Anak Sukar Dikawal Ketika PKP, Ibu Cuba Sistem Ganjaran Ini, Pasti Mereka Mudah Dengar Kata
Baca juga: Sertai Peraduan & Rebut Pelbagai Ganjaran Di Aplikasi TAP Sepanjang Bulan Mac Ini!