Kesihatan anda sebenarnya dalam BAHAYA kerana garam yang dibeli di kedai!

Kajian baru mendedahkan yang garam laut telah dicemari oleh plastik akibat dari pencemaran laut. Garam laut di Asia mempunyai bilangan plastik tertinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerana kemudahannya, plastik telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat moden. Ia digunakan untuk membungkus makanan dan minuman serta dibuat sebagai peralatan harian.

Tapi, apabila plastik dibuang ke persekitaran, ia boleh mencemarkan segalanya termasuklah badan kita - seperti garam laut yang dicemari plastik.

Kajian: Garam laut dicemari plastik yang tak boleh dilihat dari mata kasar

Kajian terbaru dari Greenpeace menemui 90% garam yang digunakan oleh semua orang di seluruh dunia dicemari oleh mikroplastik - lebih-lebih lagi garam yang dibeli di Asia.

Menurut kajian, umumnya orang dewasa mencerna 10 gram garam setiap hari. Jumlah ini bersamaan dengan 2,000 mikroplastik setahun!

Jika anda tak tahu apa itu mikroplastik, ia didefinisikan sebagai "kepingan plastik kecil kurang dari 5 milimeter panjang dan boleh membahayakan laut dan kehidupan laut."

Ia juga boleh datang dalam bentuk "kepingan kecil yang ditambah ke dalam produk kecantikan dan kesihatan seperti pembersih dan ubat gigi."

Kajian yang mengejutkan ini telah diterbitkan oleh jurnal Environmental Science & Technologydengan melihat 39 jenama garam laut berbeza yang dijual di negara seperti di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Saintis telah menemui mikroplastik dalam 36 dari 39 jenama dengan kepekatan mikroplastik.

Setiap jenama mempunyai jumlah mikroplastik yang berbeza. Jenama garam yang paling banyak dicemari mikroplastik adalah dari sampel garam laut dari Indonesia.

Hasil kajian juga mengatakan, Asia paling bertanggungjawab dalam pencemaran plastik di Bumi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Mikyoung Kim, salah seorang yang berkempen untuk Greenpeace East Asia, penemuan ini mengatakan yang kesihatan dan ekosistem penduduk asia adalah dalam bahaya oleh kerana "pencemaran mikroplatik yang teruk di maritim."

"Kajian baru menemui plastik di dalam makanan laut, kehidupan liar, air paip dan kini garam. Jelas sekali kita tak boleh lari dari krisis plastik, lebih-lebih lagi bila ia berterusan dicemarkan ke dalam laut dan sumber air," tambah Kim.

Di Malaysia, beberapa kerajaan negeri telah cuba mengelakkan penggunaan plastik bagi mengelakkan pencemaran laut yang semakin membimbangkan.

Diharapkan anda juga dapat mengurangkan penggunaan plastik bagi menyokong usaha baik kerajaan serta menyelamatkan kehidupan laut.

Jenis garam apa yang perlu dipilih selepas garam laut terbukti telah tercemar

Kajian mendapati, antara 39 jenama garam, tiga jenama berikut adalah bebas dari mikroplastik:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Garam laut halus Taiwan
  • Garam batu halus Tanah Besar China
  • Garam laut kasar yang dijemur Perancis 

Pengkaji juga menemui jenis garam yang paling banyak dicemari mengikut turutan adalah:

  • Garam laut
  • Garam tasik
  • Garam batu

Laporan kajian juga mengatakan, untuk mengetahui sebanyak masa garam telah dicemar adalah dengan mengukur pencemaran pada sumber garam.

Bagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu dikaji saintis seperti bagaimana mikroplastik ini beri kesan pada tubuh dan kesan pada kesihatan dalam jangka panjang.

Harapnya lepas ini anda akan lebih berhati-hati ketika membeli garam kerana anda mungkin menambah plastik dalam hidangan anda.

Peringatan untuk ibu bapa

Kita sebagai ibu bapa memang akan berhati-hati dengan makanan yang dimakan oleh anak-anak. Jadi ini adalah beberapa peringatan tentang garam yang perlu anda tahu;

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bayi bawah 12 bulan tak boleh diberikan garam atau gula langsung.
  • Garam adalah bahan yang penting dalam setiap hidangan dan tanpanya, makanan akan jadi tawar. Tapi, anda boleh gantikannya dengan bahan lain untuk menjadikan makanan anda sedap seperti halia, bawang dan cili. Rempah dan herba juga boleh digunakan untuk memberi rasa pada makanan.
  • Pengambilan garam yang berlebihan adalah sebab biasa banyak penyakit dan boleh menyebabkan komplikasi seperti tekanan darah tinggi. 

Jadi, kurangkan jumlah garam dalam makanan anda kerana ia akan memberikan kebaikan kepada kesihatan anda dan anak-anak.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Srtikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar