Setiap masa, anda mungkin akan memikirkan cara terbaik dalam menambat hati suami agar rumah tangga kekal harmoni. Namun mengapa tidak menaikkan kembali kehangatan gaya hubungan di ranjang menjadi salah satu daripadanya?
Siapa pun tidak akan menafikan bahawa kepuasan seks mampu menjana mood dan perasaan yang baik kepada diri setiap individu. Dengan gaya bercinta yang sesuai, ia berupaya meningkatkan perasaan gembira untuk suami isteri.
Gaya hubungan bagi mengelakkan orang ketiga
Menurut pengkaji dari University of Colorado di Boulder menyatakan bahawa pasangan yang melakukan hubungan seks seminggu sekali memiliki kemungkinan sehingga 44 peratus lebih bahagia berbanding dengan pasangan yang jarang bersama.
Bukan itu sahaja, penelitian baru dari University of Toronto turut menyatakan setiap pasangan perlu sentiasa berusaha menguatkan lagi hubungan suami isteri. Justeru, tidak ada salahnya jika anda mencuba 12 gaya hubungan badan ini ketika sesi bercinta.
#1. Coital Alignment Technique (CAT)
Menurut peneliti seks, Nicole Prause, gaya seks pada posisi misionary ini dapat meningkatkan stimulasi klitoris (biji kelentit) terhadap isteri.
Di samping itu, posisi CAT ini turut berkesan dalam membantu isteri yang mengalami kesulitan mencapai orgasme dengan mudah.
Caranya adalah dengan mulakan posisi misionary dan gunakan kaki anda untuk memeluk punggung suami. Lakukan goyangan ke hadapan dan belakang, bukan atas dan bawah untuk membantu merangsang bahagian klitoris.
#2. The Ottoman empire
Menurut penulis Mastering Multiple Position Sex, Eric M. Garrison, gaya hubungan suami isteri ini dapat membuatkan pasangan mengawal kedalaman penetrasi dan kelajuan pergerakan yang diinginkan.
Selain itu, gaya ini turut memungkinkan tangan bebas ”merayap” ke mana sahaja sehingga dapat merangsang zon sensitif seksual yang lain.
Caranya adalah dengan meminta pasangan berbaring di kerusi dan pastikan anda mampu menahan berat badan suami. Kemudian beri laluan kepadanya untuk duduk di atas dan melakukan pergerakan naik dan turun.
#3. The chair
Posisi seks ini membolehkan anda dan pasangan menikmati seks yang sebenar. Caranya adalah membiarkan suami mencondongkan punggungnya dan duduk di atas kerusi. Kemudian, anda boleh meletakkan badan di atas kakinya dengan jarak yang cukup dekat.
Dengan posisi ini, suami dapat bebas memegang pinggul dan bermain dengan payudara anda. Namun sekiranya dia sudah kelihatan penat, anda mungkin boleh mengajaknya mencuba gaya seterusnya.
#4. The maypole
Garisson menyatakan teknik hubungan di ranjang ini dapat membuatkan pasangan berasa lebih gembira. Hal ini kerana klitoris anda mengalami geselan pada tulang kemaluan suami sehingga mampu menaikkan lagi keghairahan.
Caranya adalah mulakan dengan posisi duduk. Kemudian lingkarkan kaki ke dalam pangkulan dan bawa tangan suami ke bahagian punggung anda. Minta dia untuk bergerak ke posisi berdiri dan menghayunkan anda ke atas dan bawah.
#5. The twist and shout
Posisi ini memerlukan masa lebih lama dan dapat membantu suami melakukan penetrasi lebih dalam. Selain itu, ia juga dapat mendekatkan anda bersama pasangan dan melihat reaksinya ketika beraksi di ranjang.
Caranya adalah dengan minta pasangan berbaring seolah-olah dia melakukan sit-up. Buat salah satu kakinya menjulur dan sebelah lagi berada di bahagian tengkuk. Kemudian, angkat kaki pasangan dan biarkan dia melakukan penetrasi ke atas dan ke bawah.
#6. Variasi doggy style
Posisi ini dapat memberikan kesan yang lebih menyenangkan berbanding doggy style biasa. Namun ia memerlukan lebih banyak tenaga dan fleksibiliti anda dan pasangan.
Caranya adalah berbaring dengan punggung sedikit tertunggeng ke atas, angkatkan kedua-dua kaki dan perut untuk memudahkan suami menembusi lubang faraj. Bukan itu sahaja, anda mungkin boleh meletakkan bantal di bawah perut bagi meningkatkan sokongan tubuh.
Untuk meningkatkan sensasi nikmat, letakkan tangan suami di punggung dan minta dia melakukan aksi dengan lebih kuat.
Sumber: Penulis asal Fadhila. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkenikmatan-seks