6 Gaya Tidur Menggambarkan Personaliti Unik - Anda Yang Mana Satu?

undefined

Tahukah anda yang gaya tidur dan personaliti anda saling berkait rapat? Ha... kalau tak percaya, jom semak apa gaya tidur dan apa personaliti anda.

Wah, daripada posisi gaya tidur sahaja kita boleh tahu personaliti seseorang? Ya, betul! Pakar psikologi mendedahkan gaya tidur dan personaliti saling berkaitan.

Ketika kita tidur, pemikiran bawah sedar akan mengambil alih tubuh kita dan semua pergerakan semasa tidur. Oleh itu, posisi gaya tidur yang paling sering anda lakukan boleh mencerminkan keperibadian anda!

Tak percaya? Jom baca betul ke personaliti anda sama dengan gaya tidur anda ini melalui 6 perkongsian gaya tidur dan personaliti yang kami sediakan di bawah.

1. Gaya tidur dan personaliti: Meringkuk seperti bayi dalam kandungan

gaya tidur dan personaliti

Untuk sesetengah orang, tidur paling selesa adalah dengan posisi meringkuk seperti ini. Sayangnya, mereka yang suka tidur meringkuk ini sebenarnya memiliki personaliti cepat cemas dan selalu memikirkan perkara-perkara negatif dan selalu risau.

Namun, apa yang mengejutkan adalah kajian mengatakan posisi ini adalah posisi yang paling sering dilakukan!

Tak hairanlah ramai orang tidur gaya ini selepas fikir banyak perkara, mereka nak tidur yang tenang seperti bayi.

2. Gaya tidur dan personaliti: Satu kaki bengkok ke atas

gaya tidur dan personaliti

Orang yang tidur dengan gaya begini adalah orang yang cerewet dan hendak orang lain mengikut kemahuan mereka.

Mereka juga sering mengeluh dan tak ingin menyesuaikan diri. 

Orang dengan gaya tidur ini juga sering nervous dan fikir sejuta kali sebelum membuat keputusan. Tapi jika dia sudah membuat keputusan, dia tidak akan mengubah pendiriannya walau apa yang terjadi.

3. Gaya tidur dan personaliti: Meniarap

gaya tidur dan personaliti

Gaya tidur ini merupakan gaya tidur yang tidak selesa. Orang yang tidur gaya ini selalunya orang yang mempunyai ego yang tinggi dan keras kepala.

Dia juga suka menguruskan semua benda serta sensitif dan tidak boleh menerima kritikan.

4. Gaya tidur dan personaliti: Posisi gaya tidur telentang

Anda pernah tidur telentang dengan kedua tangan dan kaki seperti ini, dan hampir menguasai seluruh permukaan tempat tidur?

Orang yang suka tidur dalam posisi ini, adalah pendengar yang baik dan teman yang sangat baik.

Orang ini juga boleh membuat orang lain merasa tenang dengan karakternya yang periang dan berjiwa bebas. Mereka juga suka berada di tempat yang tersorok kerana tidak sukakan perhatian.

5. Posisi gaya tidur menegak seperti pokok

Mereka yang tidur dengan gaya ini akan menjaga badannya supaya kekal dalam posisi ini sehingga mereka bangun.

Orang yang tidur gaya ini adalah seorang yang ceria dan mudah bergaul. Tetapi, mereka juga senang percaya pada orang dan mudah ditipu. Jadi, berhati-hati ya?

6. Tidur dengan menutup selimut dari hujung rambut sampai hujung kaki

Gaya tidur ini mencerminkan seseorang yang berani walaupun dalam situasi yang sukar. Mereka juga suka menyelesaikan masalah sendiri tanpa bantuan orang lain. 

Orang ini juga biasanya pemalu dan banyak menyimpan rahsia.

Ha… apa gaya tidur dan personaliti anda “kena” dengan apa yang kami kongsikan ini?

Elak tidur meniarap

Tahu tak tidur meniarap boleh mengganggu kesihatan tulang belakang anda! Menurut Dr. Hooman Melamed, seorang pakar tulang belakang ortopedik di DISC Sport & Spine Center, Los Angeles, 

“80% manusia akan mengalami masalah sakit belakang dan sakit pinggang dalam hidup mereka. Ia berpunca dan diterukkan oleh cara kita tidur.”

Jadi, cara tidur meniarap ini mampu menjadi penyebab sakit belakang, sakit leher, masalah perut dan nampak tua dari usia.

Apa posisi tidur yang terbaik?

Kalau tidur meniarap itu tidak bagus, apa pula gaya tidur yang bagus untuk jadi cara menghilangkan kedutan di pipi dan menjaga kesihatan tulang belakang?

Dr. Melamed mengesyorkan kita tidur terlentang

“Dalam posisi ini, anda meletakkan tulang belakang anda dalam keadaan semula jadi yang paling sihat dan natural.”

Posisi tidur terlentang juga akan menghilangkan tekanan tambahan atau mana-mana lekuk yang ada pada tulang belakang. Malah, ia juga boleh melawan dari terjadinya asid reflux!

Dalam posisi ini, kepala anda akan sedikit tinggi, maka, perut dapat duduk di bawah esofagus – mengelakkan kemungkinan bahan yang ingin dicerna terkeluar balik.

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Anak lahir waktu pagi atau malam? Ketahui peribadi anak ikut waktu lahir

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!