Meskipun pantauan telah dibuat ketika anak ligat bermain, risiko kemalangan tetap boleh terjadi dalam sekelip mata sehingga menyebabkan gegaran otak.
Melihat sahaja anak sedang membesar dan boleh berlari ke sana ke mari menjadi detik yang tidak akan dilupakan oleh semua ibu bapa.
Baru-baru ini tular kisah seorang pengguna Facebook, Nuna Razak, dia berdepan dengan detik yang mencemaskan apabila anak perempuan, Awliya telah terjatuh ketika bermain sehingga dikejarkan ke hospital.
Pagi sebelum kejadian Awliya bangun seperti biasa, ceria dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik.
‘’Usai sahaja makan, dia terus bermain di halaman rumah. Beberapa minit kemudian terdengar dia menangis dan mengadu bahawa dia terjatuh.’’ Ujar Nuna.
Seperti kanak-kanak yang lain, ia adalah perkara biasa kerana tiada luka yang berlaku.
Wanita berkenaan hanya menganggap anak perempuannya hanya jatuh ringan kerana dia tidak melihat bagaimana anaknya boleh terjatuh.
Namun, siapa sangka kemalangan kecil ini menjadi mimpi ngeri buat Nuna sekeluarga.
Usai sahaja solat jumaat, Nuna telah mengajak anak perempuannya untuk tidur. Namun, Awliya enggan dan merengek manja.
‘’Awliya tidur dalam pelukan saya. Tak sampai 5 minit, dia kembali merengek dan berbaring dalam keadaan seperti orang sujud,’’ kata Nuna.
‘’Nuna baring sebelah Awliya dalam posisi mengiring sambil peluk dia, tapi time ni Awliya asyik pandang atas je. Bila tanya kakak ok tak? Dia jawab “takut” dengan sura seakan lemah.
Pada masa ini, barulah dia merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku kepada anak perempuannya.
Masalah gegaran otak
Siapa sangka, Awliya seperti tidak sedarkan diri tetapi matanya terbuka luas.
Lantas Nuna bangun dan membaringkan tubuh anak kecil ini secara terlentang, goyang-goyangkan badannya sambil memanggil nama Awliya agar dia memberikan tindak balas.
‘’Tuhan saja yang tahu, dia langsung tidak menyahut dan matanya masih terbuka luas dan pandang atas. Tubuhnya kaku dan lembik seperti orang pengsan.’’ Kongsinya.
Lantas wanita ini memanggil suaminya untuk memeriksa keadaan puteri kecil mereka.
‘’Suami memanggil nama Awliya tapi sama tidak ada sebarang respon. Terus dukung anak kami ke singki dapur dan basahkan mukanya beberapa kali tapi badannya jadi semakin lembik.’’
Dalam keadaan yang begitu kalut, Nuna dan suaminya mendapatkan pertolongan ibu Nuna untuk melihat keadaan Awliya.
‘’Ibu ambil Awliya, mendukung dan goyangkan badannya, tetapi masih tidak ada sebarang suara dari tubuh kecil ini. Lantas ibu meminta untuk segera dibawa ke klinik,’’ kata Nuna.
Difahamkan, Nuna terpaksa tunggu ayahnya pulang untuk sama-sama ke klinik. Manakala, suami dan ibunya sahaja ke klinik.
‘’Setibanya di klinik, Awliya kembali stabil. Dia hanya menangis kerana mengantuk. Pembantu perubatan juga merasakan pelik kerana membawa anak kecil yang kelihatan biasa sahaja,’’ ujarnya.
Setelah nenek Awliya menerangkan keseluruhan kejadian, pihak hospital telah mengeluarkan surat untuk merujuk ke bahagian pakar bagi memeriksa punca sebenar dia tidak sedarkan diri dengan mata yang terbuka.
Dugaan belum berakhir
Sementara menunggu surat rujuk pakar, ayah Awliya telah membawa anak perempuan mereka duduk menunggu di kerusi hadapan klinik.
‘’Tiba-tiba Awliya muntah-muntah dan dia terus pengsan. Pembantu hospital terus membaringkan dia secara mengiring dan seluruh badan Awliya diserang sawan menyebabkan badannya menjadi kejang,’’ ujar Nuna.
Tambahnya, tindakan pantas pihak perubatan terus mencapai tangki oksigen dan memberikan ubat kancing gigi kepada Awliya.
Syukur, tidak lama kemudian tubuh Awliya menjadi lembut. Disebabkan oleh paras oksigen amat rendah ketika ini, Awliya dibekalkan bantuan oksigen.
Sewaktu berada dalam ambulans menuju ke hospital, Awliya telah sedar namun dia bertindak agresif dan meronta-ronta.
‘’Awliya terus dimasukkan ke Zon Merah. Suami yang menemaninya mengatakan Awliya menangis kerana dia sakit pada bahagian kepala. Jururawat yang bertugas juga ada memasukkan ubat melalui punggung bagi meredakan sakit tersebut.
Kemudian, doktor terlebih dahulu melakukan ct scan untuk mengetahui masalah dan punca Awliya sakit.
Ditahan dalam wad
Anak kecil ini telah ditahan dalam wad untuk pemantauan 24 jam kerana berkemungkinan akan berlaku lagi gejala sawan, muntah dan pengsan.
Berdasarkan hasil ct scan, keadaan kepala dan otak Awliya adalah baik. Doktor mengesyaki bahawa mungkin kanak-kanak ini telah mengalami gegaran otak.
‘’Alhamdulillah, keadaan Awliya kembali normal dan tidak menunjukkan petanda yang meragukan. Dia juga seronok bermain gelongsor yang disediakan di hospital.’’
Sebelum discharge doktor bagitahu tentang keputusan darah dan ct scan semua normal tiada apa apa yang perlu dirisaukan. Alhamdulillah syukur Ya Allah.
Ibu ayah, beri perhatian jika anak anda mengadu bahawa dia telah terjatuh. Segera membawa mereka untuk rawatan lanjut di hospital bagi menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan risiko gegaran otak.
Sumber: Nuna Razak
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.combayi-jatuh-katil