8 Gejala HIV Pada Kanak-Kanak, Orang Sekeliling Tolong Jangan Sisih Mereka!

Parents, sila ambil tahu tanda-tanda gejala HIV pada anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada posting artikel theAsianparent Malaysia sebelum ini, kami ada berkongsi tentang berita mengejutkan yang berlaku di Pakistan apabila 900 kanak-kanak telah dipercayai positif dengan HIV. Penyakit ini dikesan oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut setelah mendapati terdapat beberapa gejala HIV pada anak mereka.

Ia terjadi disebabkan tiada rasa tanggungjawab oleh seorang doktor yang merawat kanak-kanak di sana kerana menggunakan semula jarum yang telah digunakan berkali-kali.

Meskipun di Malaysia mungkin anak-anak kita tidak terdedah dengan gejala HIV, namun tidak ada salahnya untuk ibu bapa ambil tahu tentang simptom penyakit ini seterusnya anda boleh tahu rawatan yang patut diberikan sekiranya mendapati kesihatan anak merosot secara tiba-tiba.

HIV pada anak, apa yang ibu bapa perlu tahu?

Dipetik dari laman webMD, HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah virus yang menyerang sistem imun tubuh yang menyebabkan kekebalan tubuh jadi lemah, sukar melawan infeksi hingga muncul beberapa jenis kanser yang lain.

HIV ini tersebar apabila ada darah atau cairan tubuh yang dijangkiti seperti air mani atau cairan vagina yang masuk ke dalam tubuh orang lain. Malah, penyebaran virus ini yang paling utama adalah melalui hubungan seksual tanpa kondom atau jarum suntikan yang telah dijangkiti dan kemudiannya digunakan berkali-kali.

Walau bagaimanapun, ingin diingatkan bahawa virus ini tidak hidup dalam air liur, air mata, kencing atau peluh. Selain itu, virus ini juga tidak boleh bertahan lama di kawasan luar tubuh manusia kerana ia akan mati dengan cepat ketika cairan tubuh sudah mengering.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh sebab itu, virus ini tidak akan tersebar dengan sentuhan, pelukan dan lain-lain. HIV juga tidak dapat ditemui pada permukaan tertentu seperti tombol pintu, alat makanan, kerusi tandas dan sebagainya. Jadi anda tidak perlu terlalu risau tentang hal ini.

Gejala HIV pada anak

Anda perlu tahu, infeksi HIV pada anak boleh tular daripada ibu sewaktu dalam kandungan atau selepas bersalin yang biasanya gejala dapat dilihat pada 12 ke 18 bulan usia anak. Bahkan, ada sesetengah kes kanak-kanak ini tidak menunjukkan sebarang simptom sehingga berumur lebih dari lima tahun.

Apatah lagi, tidak semua anak dengan HIV ini mempunyai simptom tertentu dan ibu bapa juga tidak menyedari sebarang perubahan pada anak yang menghidap HIV positif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di samping itu, setiap anak juga secara umumnya mempunyai gejala yang berbeza antara satu sama lain bergantung pada umur mereka.

Berikut ini adalah beberapa gejala HIV pada anak yang boleh diperhatikan:

  • Tidak mengalami penambahan berat badan yang sesuai mengikut umurnya.
  • Tidak memiliki perkembangan yang seiring dengan umurnya.
  • Memiliki masalah otak atau sistem saraf seperti selalu kejang, sukar untuk berjalan, tahap pembelajaran yang lemah dan lain-lain.
  • Selalu jatuh sakit, jangkitan telinga, sakit kepala, sakit perut, cirit- birit
  • Demam
  • Pembengkakan kalenjar
  • Ruam dan kemerahan
  • Sakit otot dan sendi

Sekiranya mendapati anak mempunyai beberapa gejala seperti di atas sebaiknya segera bawa mereka berjumpa doktor untuk didiagnosis melalui ujian darah.

Namun begitu sehingga ke hari ini, HIV belum dapat disembuhkan namun jika sedari lebih awal maka pemberian ubat dan rawatan dapat dilakukan dengan lebih cepat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hidup bersama anak HIV

Sekiranya anda memiliki anak dengan HIV, selalulah berbicara dengan mereka tentang penyakit ini mengikut cara yang sesuai seiring dengan umur mereka. Dengan cara ini, anak-anak tidak akan berasa takut.

Bahkan, anak perlu tahu penyakit yang mereka dapat itu bukanlah disebabkan kesalahannya sendiri dan si kecil itu perlu makan ubat untuk terus hidup secara sihat seperti mana kanak-kanak yang lain.

Dengan sokongan dari segi sosial, kewangan dan emosi dapat memberi keyakinan kepada anak yang menghidap HIV positif ini agar mereka tetap rasa disayangi sampai bila-bila.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak dengan HIV positif ini juga boleh pergi ke sekolah seperti biasa namun jika penyakit ini diketahui umum mungkin dia dipulaukan sekaligus menganggu perasaan emosinya kelak.

Jika ini berlaku, berbincang dengan guru dan rakan-rakannya serta kongsikan informasi tentang HIV tentang bagaimana ia tersebar supaya orang terdekat dengannya tidak berasa takut atau menjauhkan diri.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Penulis asal Fadhila Auliya Widia Putri. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comjangkitan-hiv

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan