Bersedialah Ibu, Gejala Kurang Tidur Ibu Akan Terjadi Hingga Anak Usia 6 Tahun! - Kajian

Sebaik bersalin, ibu akan melalui pengalaman baru dalam kehidupannya. Ini termasuklah mengalami gejala kurang tidur yang berlangsung sehingga 6 tahun!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gejala kurang tidur atau tidak cukup tidur berlaku kepada majoriti para ibu pada hari pertama kelahiran bayi. Wanita yang baru menjadi ibu khususnya akan mengalami rehat yang tidak cukup kerana sibuk menyusukan, menguruskan dan menenangkan anak yang menangis.

Walaupun ibu ini mungkin terfikir “bilalah gejala kurang tidur ini akan berakhir?”, hakikatnya akan datang waktu di mana mereka sendiri yang tidak mahu tidur kerana si comel! Mungkin ada yang berfikir ia akan berlalu selepas 1-3 tahun. Namun tahukah anda, menurut kajian, ini akan berlaku sehingga anak mencecah umur 6 tahun!

Gejala Kurang Tidur Sebaik Menjadi Ibu Bapa

Ujikaji yang dilakukan di Universiti Warwick mendapati gejala kurang tidur berlaku kepada ibu berbanding golongan bapa. Wanita yang menjadi ibu buat pertama kali akan mengalami gejala kurang tidur selama 22 minit setiap malam walaupun anak-anak belum mula bersekolah.

Kajian ini juga mendapati, gejala kurang tidur ibu masih berlaku walaupun anak-anak tidur dan tidak terganggu sepanjang malam. Hal ini adalah kerana ibu tidak terus tidur sebaik anak-anak melelapkan mata, sebaliknya berjaga kerana rasa risau dan memikirkan banyak perkara yang perlu dilakukan!

Para ibu dikatakan lebih membuat kerja di rumah sambil menjaga anak, jadi mereka selalu kepenatan dan mengantuk apabila menjelang malam hari.

“Walaupun mempunyai anak adalah sumber kegembiraan utama bagi kebanyakan ibu bapa, ia juga boleh membawa kebimbangan, tekanan dan kerisauan yang membuatkan ibu lebih susah tidur pada waktu malam.” “Selepas anak berusia 6 tahun, ibu dijangka akan mendapat tidur yang cukup. Tetapi yang pasti, anak-anak akan mengalami keadaan tidak sihat pada waktu malam, dan keperluan pada masa tertentu.” katanya.

Gejala & Ciri Kurang Tidur: Apa Pola Tidur Ibu?

Penyelidik telah membuat tinjauan terhadap 2,541 para ibu dan 2,119 bapa yang mempunyai anak-anak yang dilahirkan pada tahun 2008 hingga 2015. Golongan ibu bapa ini telah mengenali corak tidur masing-masing dan ini adalah keputusan kajian tersebut:

  • Golongan ibu akan tidur kurang dari 62 minit pada 3 bulan pertama kelahiran bayi, berbanding semasa mengandung. Ini adalah kerana tempoh masa tersebut merupakan waktu puncak bayi yang dikenali sebagai ‘tempoh paling teruk’ pada 3 bulan pertama.
  • 14 minit dari masa tidur ibu adalah semasa melakukan penyusuan anak.
  • Semasa usia anak pertama 4-5 tahun, 41 minit dari masa tidur ibu akan hilang setiap malam manakala golongan bapa hanya kekurangan 14 minit masa tidur.

Hasil kajian juga menunjukkan yang lebih banyak masa tidur yang tersisa dalam masa tidur ibu bekerja daripada bapa yang bekerja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

“Dalam masyarakat kita, masih terbukti bahawa wanita lebih kerap menjadi penjaga utama, ini kerana ibu sering menguruskan anak ketika mereka menangis, dan membuat lebih banyak pengorbanan,” kata Dr. Lemola. “Sudah tentu ada pasangan di mana ia adalah sebaliknya, tetapi realitinya adalah mereka masih dalam golongan minoriti, dan ini mungkin menjelaskan mengapa wanita kehilangan tidur lebih banyak.”

Efek Ibu Bapa Kurang Tidur

Tidak dinafikan bahawa tidur adalah satu aktiviti yang menenangkan dan diperlukan pada tubuh setiap manusia. Apabila anda kurang tidur, badan anda akan menghantar isyarat sebelum keadaan itu memberi kesan kepada kesihatan anda. Anda disarankan untuk memberi perhatian kepada tanda-tanda badan tidak cukup tidur.

Antaranya adalah seperti di bawah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Mudah Lupa

Tidur bukan sahaja dapat memulihkan tenaga anda, tetapi juga memainkan peranan dalam proses pembelajaran. Kurang tidur boleh menjejaskan kebolehan kognitif, termasuk dalam proses pembelajaran, pemikiran, dan penyelesaian masalah. Oleh itu, kekurangan tidur boleh menyukarkan anda untuk belajar dengan berkesan. Dan kekurangan waktu tidur tidur juga boleh menyukarkan anda untuk mengingati sesuatu yang telah dipelajari.

#2. Berat Badan Semakin Bertambah

Jika anda tidak cukup tidur, badan anda akan cenderung untuk menghasilkan lebih banyak hormon ghrelin yang menyebabkan rasa lapar. Dan kekurangan hormon leptin yang menyebabkan rasa kenyang.

Selain itu, kurang tidur akan membuatkan anda berasa letih. Apabila anda letih, anda tidak mempedulikan apa yang anda makan atau kuantiti makanan tersebut. Ini juga boleh meningkatkan risiko kenaikan berat badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kurang tidur bukan sahaja membuatkan anda berasa lapar, tetapi juga membuatkan anda ingin makan makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat. Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang tidur kurang daripada 6 jam sehari lebih berkemungkinan mengalami obesiti berbanding mereka yang tidur lebih daripada 6 jam sehari.

#3. Lebih Mudah Jatuh Sakit

Apabila anda mendapat tidur yang cukup, sistem imun anda menghasilkan sitokin, protein yang membantu melindungi tubuh daripada sebarang jangkitan. Jadi, kurang tidur boleh memburukkan sistem imun yang memberi kesan kepada penghasilan hormon sitokin ini. Akibatnya, kurang tidur boleh memudahkan anda untuk jatuh sakit.

Satu kajian mendapati bahawa orang yang tidur kurang daripada 7 jam sehari adalah tiga kali lebih berkemungkinan mendapat selsema atau selesema berbanding mereka yang tidur lebih daripada 8 jam sehari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Mudah Mendapat Stres, Emosi Tidak Menentu & Depresi

Kajian mendapati bahawa kekurangan tidur memudahkan seseorang mengalami tekanan dan emosi menjadi tidak terkawal. Emosi yang tidak terkawal ini selalunya akan membuatkan manusia bertindak tanpa berfikir atau melakukan sesuatu yang tidak baik tanpa berniat untuk melakukannya.

Masalah tidur biasanya disebabkan oleh kemurungan, manakala kekurangan tidur juga boleh menyebabkan anda lebih terdedah kepada kemurungan. Dua perkara ini sememangnya berkait rapat di antara satu sama lain.

#5. Kulit Menjadi Kusam & Berjerawat

Tidur yang cukup boleh menjadikan kulit melakukan penjanaan semula yang optimum. Masalah kurang tidur juga boleh memberi kepada kesihatan kulit anda, di antaranya seperti di bawah:

  • Meningkatkan pengeluaran hormon kortisol. Hormon kortisol dalam kuantiti yang banyak boleh memecahkan kolagen, sejenis protein berperanan dalam mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit anda. Akibatnya, kulit anda akan lebih mudah berkedut dan kelihatan lebih tua.
  • Mengurangkan pengeluaran hormon pertumbuhan yang berperanan dalam proses pertumbuhan dan meningkatkan jisim otot, ketebalan kulit, dan menguatkan tulang.
  • Mengganggu keseimbangan hormon dan meningkatkan tahap estrogen dalam badan. Sehingga boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat pada kulit.
  • Menjadikan mata anda kelihatan letih dan meningkatkan risiko garis halus, menegangkan kulit, dan lingkaran hitam di bawah mata yang juga dikenali sebagai mata panda.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan

Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan cukup, ibu bapa di luar sana boleh mencuba beberapa tips yang kami berikan di bawah ini. Cuba dulu, lihat keputusannya nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Selaraskan jadual tidur anda. Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari (termasuk hujung minggu). Jangan anggap boleh menggantikan kekurangan tidur anda dengan masa tidur yang lebih panjang pada masa anda tidak bekerja. Tidur tambahan pada hari cuti mungkin boleh mambantu anda berasa lebih baik, tetapi, ia boleh merosakkan rithma bangun-tidur badan sendiri.
  • Sediakan badan untuk tidur. Gunakan satu jam sebelum tidur untuk masa senyap tanpa televisyen, telefon bimbit, kerja).
  • Elakkan hidangan yang besar beberapa jam sebelum tidur (snek ringan boleh diambil).
  • Elakkan nikotin (rokok), kafeina (teh, kopi, coklat) dan minuman alkohol.
  • Beraktiviti fisikal sepanjang hari seperti bersenam (tidak disarankan untuk melakukan senaman kuat 2–3 jam sebelum tidur).
  • Elakkan ubat yang boleh menangguhkan atau mengganggu tidur anda. Jika anda mengambil ubat, bincang dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada ubat-ubat itu yang penyebab anda kekurangan tidur.
  • Pastikan suasana sesuai untuk tidur. Pastikan bilik tidur senyap, dingin dan gelap.
  • Mandi air panas sebelum tidur.
  • Bersantai sebelum tidur (membaca buku atau mendengar musik yang menenangkan).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Yddette Civ Alonzo-Cruz dan mendapat keizinan theAsianparent Philippines untuk diterjemah.

Penulis

Beto Rahman