Lepas 16 Kali Keguguran, Ibu Ini Akhirnya Hilang Anak Sekali Lagi Akibat Meningitis! Sedihnya...

Tahukah anda meningitis boleh menyebabkan maut? Ketahui gejala meningitis bayi supaya orang ramai akan lebih berjaga-jaga terhadap penyakit berbahaya ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gejala meningitis bayi sememangnya boleh membawa maut! Ini merupakan kisah menyayat hati tentang seorang ibu yang telah mengalami keguguran sebanyak 16 kali, namun akhirnya kehilangan ‘anak keajaiban’ beliau akibat meningitis dalam masa 14 jam

Gejala Meningitis Bayi: Kisah Seorang Ibu Yang Kehilangan Anak Kepada Meningitis

Kehadiran seorang cahaya mata yang dinantikan akhirnya tercapai, namun apa yang berlaku sebaliknya telah menghancurkan hati ibu ini. Ikuti kisah Lizzie ini.

***

Jantung Terhenti 4 Kali

Baby Fleur-Rose Allen dilahirkan 2 setengah bulan lebih awal sebagai bayi pramatang. Walau bagaimanapun, dia masih merupakan satu anugerah terindah kepada keluarganya terutamanya apabila ibunya, Lizzie Allen, telah mengalami 16 keguguran dalam tempoh 6 tahun sebelum melahirkannya.

Malangnya, kegembiraan mereka hanyalah sementara sahaja.

Sumber: Screenshot Youtube

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada mulanya, Lizzie ingatkan anaknya hanya mengalami demam biasa lalu, dia berikan calpol namun demamnya masih tidak baik.

Lizzie membawa anaknya ke hospital untuk menjalani rawatan, dan di sana baby Fleur kelihatan lebih baik, malah bermain dengan baik walaupun mengalami kesukaran untuk makan.

 “Pada waktu makan tengah hari dia nampak ceria, tetapi sebenarnya dia dibunuh dari dalam.”

Pada satu ketika, ibunya mendapati ruam kecil di leher bayi kesayangannya, yang merupakan tanda gejala meningitis bayi. Doktor segera memberi antibiotik untuk memerangi meningitis, namun baby Fleur tidak sempat diselamatkan dan meninggal dalam masa lima jam selepas 4 kali jantungnya terhenti!

Saya Mahu Kisah Ini Diingati!

Walaupun kehilangan anak tersayamg, Lizzie memastikan kematian anaknya bukan sesuatu yang sia-sia. Dia telah mengumpul derma sebanyak £ 12,000 untuk akaun Meningitis Now di bawah nama Baby Fleur-Rose.

“Saya mahu orang ramai mengenangnya,” katanya. “Semakin masa berlalu, hati saya semakin retak…akhirnya anak saya berjaya dilahirkan, malah kehamilan saya tidak mudah. Mereka ada mengatakan risiko bayi akan lumpuh kerana imbasan menunjukkan kandungan cecair di lehernya.” “Dia dilahirkan lebih awal dengan berat hanya 2kg, namun dia merupakan satu keajaiban. Apabila dia keluar dari hospital dengan saya, saya akhirnya merasa menjadi seorang ibu!” “…dan kemudian dia pergi. Ini sangat menyayatkan hati…”

Sejak hari itu, Lizzie telah berkempen secara aktif untuk memastikan tiada ibu bapa menderita dan melalui apa yang mereka alami.

Dia mahu ibu bapa mengetahui tanda-tanda meningitis dan segera membawa bayi mereka ke hospital jika mereka mengesyaki bahawa anak mereka mempunyai demam demi untuk langkah keselamatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah Gejala Meningitis Bayi?

Mengetahui tanda-tanda awal meningitis adalah penting apabila bercakap tentang kesihatan bayi anda kerana ia boleh membawa kepada risiko kematian. Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang perlu anda perhatikan:

  • Demam panas.
  • Kerap mengantuk dan susah bangun tidur.
  • Menggigil yang tidak boleh dikawal atau terlampau penat.
  • Tangan dan kaki sejuk.
  • Keengganan makan; muntah.
  • Kesakitan otot dan sendi.

Tanda yang paling jelas mengenai meningitis adalah jika anak anda mempunyai bintik merah atau ruam.

Anda akan tahu ia meningitis apabila anda mencuba dan menekan gelas kaca yang jelas di atas ruam dan anda masih boleh melihat ruam tersebut melalui kaca. Ini bermakna anda perlu segera mendapatkan bantuan.

Walau bagaimanapun, anda tidak boleh tunggu untuk melihat sama ada bayi anda mendapat ruam sebelum dibawa ke hospital. Jika anda mengesyaki ia adalah gejala meningitis, segera bawa anak anda ke hospital supaya mereka dapat menerima rawatan yang sesuai.
 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berapa lama masa diambil untuk bayi 7 bulan sihat dari muntah?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nasreen Majid dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga

Jangan Keliru Antara Selesema Biasa Dengan Penyakit Meningitis Meningokokus

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman