''Genggaman Tangannya Kuat Kerana Terlalu Sakit,'' Suami Sebak Isteri Hamil 3 Bulan Meninggal Dalam Perjalanan Ke Hospital

Genggaman tangan yang kuat dan kemudiannya rasa sejuk menjadi petunjuk isteri telah pergi buat selama-lamanya tanpa sempat sampai hospital

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada siapa yang sanggup menerima kehilangan pasangan tercinta, lebih-lebih lagi ketika sedang menantikan kehadiran cahaya mata. Seperti kisah dilalui seorang bapa ini yang menceritakan genggaman tangan terakhir isterinya ketika dalam perjalanan ke hospital.

Difahamkan Muhammad Fadzli Ahmad, 33, dan isterinya, Farha Mohd Sabri, 34, bakal menimang cahaya mata mereka yang kedua. Walau bagaimanapun hasrat mereka tidak kesampaian.

Genggaman tangan terakhir isteri sebelum dijemput Ilahi

Menurut laporan Harian Metro, isteri dan bayi dalam kandungan telah meninggal dunia pada Jumaat yang lalu. Lebih menyedihkan apabila Muhammad Fadzli sempat melihat isterinya bertarung nyawa sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisinya.

Kini, hanya anaknya, Falisha yang baru berusia empat bulan menjadi peneman Muhammad Fadzli. Malah dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan ibu kepada puteri sulungnya.

Berkongsi kisah berkenaan, Muhammad Fadzli berkata isterinya tidak menunjukkan sebarang tanda akan meninggalkannya. Malah mereka sempat keluar bersama sehari sebelum pemergian mengejutkan itu.

Walau bagaimanapun beberapa hari sebelum kejadian, isterinya yang sedang mengandung tiga bulan 28 hari ada mengadu sakit perut. Dia sudah dibawa ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

”Saya tidak berlengah dan terus membawanya ke klinik setelah dia mengadu sakit. Pertama kali kami ke klinik pada Selasa minggu lalu (2 Ogos) serta dimaklum oleh doktor bahawa isteri mengalami kencing kotor sahaja.”

”Manakala kali kedua ke klinik pada Khamis (4 Ogos) yang mana doktor ketika itu beritahu ada angin dalam badan. Bayi dalam kandungan juga dalam keadaan baik,” ceritanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi penjelasan doktor tersebut hanya melegakan mereka buat seketika. Pada keesokan harinya, Farha tiba-tiba mengalami pendarahan. Tanpa berlengah, Muhammad Fadzli terus membawa isteri dan anak sulungnya ke Hospital Pontian.

Isteri genggam tangan kuat, lama-kelamaan rasa sejuk

Namun takdir Allah S.W.T menetapkan wanita kesayangan itu meninggal dunia sebelum mereka sempat tiba di hospital.

”Saya masih ingat lagi, saya pegang tangan isteri ketika dalam perjalanan ke hospital. Pada mulanya genggaman tangan itu kuat.”

”Tapi lama-kelamaan, tangannya terasa sejuk. Dan ketika itu saya tahu isteri sudah tiada lagi. Saya tetap membawanya ke hospital untuk tujuan pengesahan.”

”Semuanya terjadi dengan begitu pantas. Dia tidak sempat mengungkap sepatah kata pun sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana dalam kesakitan yang teramat,” kongsi Muhammad Fadzli.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jenazah Farha Mohd Sabri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Pengkalan Raja, kira-kira jam 6 petang hari Jumaat.

Sehingga kini, dia tidak kuat untuk menziarahi pusara isteri kerana kehilangannya sangat dirasai. Malah tidak sanggup pulang ke rumah mereka di Taman Pulau Hijauan, Kangkar, Pulai disebabkan kenangan indah bersama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak dalam kandungan isteri sudah cukup sifat. Sebelum ini kami bakal berempat, namun kini hanya tinggal saya dan Falisha sahaja,” kata Muhammad Fadzli yang menetap sementara di rumah mentuanya.

Kelebihan wanita meninggal ketika mengandung

Bagi wanita meninggal dunia ketika mengandung atau sewaktu melahirkan anak, kematian mereka adalah satu kematian yang mulia di sisi Islam iaitu mendapat pahala mati syahid:

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
الشُّهَدَاءُ سَبْعَةٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ : الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ ، وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ ، وَالْحَرِقُ شَهِيدٌ ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ ،
وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيد.
 
”Syuhada’ (orang-orang mati syahid) yang selain terbunuh di jalan Allah itu ada tujuh: mati kerana wabak taun adalah syahid, mati lemas adalah syahid, penderita penyakit bengkak yang panas pada selaput dada adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati kerana kebakaran adalah syahid, yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid, dan seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan adalah syahid.” (HR. Malik (16/558), Abu Dawud (20/3105), An-Nasai (21/1847), juga Ibnu Majah (24/2909)

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: “Sayang Rehatlah, Jaga Anak Kita Di Syurga,” Suami Reda Isteri & Anak Meninggal Ketika Bersalin

Baca juga: ‘Syurga Buatmu Sayang, Baba Janji Jaga Anak Kita,’- Suami Redha Isteri Meninggal Ketika Bersalin

Baca juga: ”Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Dia Mati,” Kisah Sedih Anak Saksikan Ibu Meninggal Dunia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan