Bagi ibu-ibu yang sedang hamil sentiasalah peka dengan gerak bayi dalam kandungan. Terutama sekali apabila perut mengeras, kontraksi yang terlalu menyakitkan sebelum tarikh EDD, dan macam-macam abnormaliti.
Sekiranya anda mengalami perut yang mengeras secara tiba-tiba dan rasa terlalu sakit segeralah ke doktor. Jadikan kisah seorang ibu yang berkongsi di Facebook baru-baru ini sebagai iktibar.
Seorang ibu yang dikenali sebagai Eyra ini menceritakan kisah melahirkan bayi syurga bernama Aisya. Dia tidak menyangka gerak bayi dirasakan selepas perut mengeras itu adalah gerakan yang terakhir.
Gerak bayi semakin lemah selepas perut mengeras
Assalamualaikum.
Salam 8 Ramadhan Al Mubarak
Cukup seminggu sayang mama dah ke syurga. Rasa macam baru kelmarin peluk cium aisya. Nanti tahun depan facebook rewind balik posting ni.
Jangan salah faham. ra bukan nak menagih simpati, bukan nak meroyan kesedihan cuma nak berkongsi pengalaman dan memori. Cukup Sekadar mengubati rindu pd anak syurga mama yg comel ni.
Baru baru ini ada satu artikel viral ibu mengandung kematian anaknya akibat daripada perut mengeras dan after few hours pergi check baby dah tak bergerak. Kes yg sama dgn eyra.
*Terasa sakit mengeras di bahagian perut dan pinggang
Due Aisya 15/4
tapi perut ra dah start mengeras dari malam 8/4. tetapi masih boleh rasa tendangannya, sikunya, memusing musing sungguh aktif baby masa tu. Papa siap main main sentuh lagi dgn aisya masa ni. Tapi siapa sangka ini kali terakhir utk papa.
Tiba2 malam 9/4 perut ra sakit, perut ngeras skali lagi dan keluar sedikit lendir. Cuba mencari posisi yg selesa dengan meletakkan bantal di bawah perut. Tapi malam ni ra dah tak rasa sebarang gerak bayi. ra tertidur dengan sendiri selepas lama duk tahan sakit.
*Tak bunyi degupan jantung aisya*
Bangun je keesokannya 10/4 kalut pergi ke hospital kat sana, awal tu jumpa misi dulu. masa tengah periksa bunyi jantung tu memang dh tak dgr sebarang bunyi. Panggil la seorang jururawat buat benda yang sama. Tak dgr juga. Lastly, suruh doktor scan. Waktu scan tu memang hati berdebar debar….dan sah mmg dah tak ada gerak bayi. Memang tak ada sebarang pergerakan kat jantung baby. Masa tu mengalir air mata cakap dkt doktor jangan buat cmni check la sekali lagi. Tak tahu nak rasa apa…. sedih, kecewa marah pada diri sendiri. macam macam yang rasa. lps tu doktor check ra dah buka 3cm , tapi scan baby Aisya dah tak bergerak…ya Allah masa ni tuhan je tahu macam mana perasaan ra. Memang air mata tu tak berhenti mengalir…
*Call papa sambil menangis…..anak kita dah tak ada*
Keluar dari wad, ternampak papa senyum je mengharapkan berita yang baik. Bila dengar suara papa je, terasa mcm orang gila masa tu. tak boleh cakap, menangis je. Hari ni sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia sbb hari jadi papa dan kami memang menjangka akan deliver hari ni tetapi disebaliknya.. pa cuba tenangkan ra, hari tu juga buat keputusan untuk teran kuarkan aisya so duduk semalaman di wad….
*Bersalin secara normal….peluk cium aisya buat kali terakhir*
Disebabkan baby dalam perut dah tak bergerak, terpaksa la ra teran sampai terbuka 10cm dgn contraction. Ingat boleh buat cpt lagi tapi contraction lama juga.. Ambil masa 24jam… Baby aisya keluar berat 3.2kg, besar juga….51cm…ya Allah tingginya tak mcm mak dia….mcm papa dia….cukup sifat. tak bengkak. tak gelupas, putih kemerah merahan. geram mama tgk. Masa tgh jahit, peluk cium sambil tak berhenti menangis. ya Allah….berat sungguh ujian Mu Ya Allah..
*Jumpa nanti di syurga sayang*
Pada yang masih mengandung jagalah sebaik mungkin, sila peka dengan kandungan. Bagi kes ra, perut mengeras tu sangat bahaya. walaupun sesetengah org cakap tak.
Al Fatihah untuk baby Nur Aisyah Humaira…berlari larilah ecah di sana. tariklah tangan mama, papa dan kami sekeluarga semua masuk syurga sama sama ye. Aisya tetap dalam ingatan mama dan papa.
Sudah ditakdirkan Aisya hanya bersama dgn mama sehingga 39minggu 5 hari….
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya tiada ibu sanggup melihat kematian anaknya. Lagi-lagi seorang bayi.
Tapi perangkaan Allah swt itu adalah sebaik-baiknya. Ingatlah di syurga tempat bayi itu, berganda-ganda nikmatnya dari dunia sementara ini.
Moga si anak syurga dapat memimpin ibu bapanya masuk ke jannah akhirat nanti. InshaAllah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Eyra
Baca juga: Tipu Nurse Time Minum Air Gula, Sudahnya Bayi Meninggal Dalam Perut