Setelah sampai pada waktunya untuk bersalin pasti ibu akan melakukan pelbagai persiapan untuk menyambut bayi baru lahir itu kan? Kemudian setelah sampai di hospital doktor akan memantau gerakan bayi dan denyutan
jantung sama ada dalam keadaan baik atau sebaliknya.
Sebenarnya, sebelum dilahirkan bayi juga melalui pelbagai persiapan sebagai salah satu bentuk perjuangan untuk sambut hari kelahirannya.
Ini merupakan langkah semulajadi untuk menyokong perjuangan ibu bagi memudahkan dirinya dikeluarkan dari dalam kandungan.
Ini gerakan bayi semasa menjelangnya hari kelahiran
#1. Degupan jantung bayi menurun dan menaik
Seperti ibu, bayi juga akan melalui detak jantung yang laju sebelum menjelangnya hari persalinan.
Di mana kenaikan dan penurunan degupan jantung bayi ini bergantung pada fasa aktif dan semasa ibu sedang berehat.
Malah sebelum cek bukaan pintu serviks doktor akan memeriksa detak jantung bayi dahulu di antara 110 hingga 160 per minit.
#2. Bayi sudah mula menurun ke bawah
Selain daripada degupan jantung, gerakan bayi semasa menjelang hari bersalin juga ialah posisi bayi yang mula menurun ke bawah sebagai tanda sudah bersedia untuk dilahirkan ke dunia.
Ini kerana beberapa minggu sebelum dilahirkan, bayi akan bergerak perlahan-lahan menurun sehinggalah menjelangnya hari yang dinantikan.
Oleh sebab itu, bayi akan nampak berada di bawah perut ibu sampai sering rasa nak terkencing dan sulit untuk berjalan seperti selalu.
#3. Bayi menggerakkan kepala
Setelah bergerak ke bawah, bayi juga akan memulakan beberapa gerakan yang lain seperti menggerakkan kepalanya sehingga memberi tekanan kepada pintu servik ibu.
Dalam fasa ini, leher rahim ibu akan membesar seterusnya menjadi jalan lahir untuk bayi keluar dengan aman.
#4. Berlatih untuk bernafas
Perjuangan bayi yang lain dalam kandungan ibu juga adalah berlatih bernafas sebelum menjelangnya hari persalinan.
Ahli perubatan mengatakan, jika ibu mengalami kontraksi di waktu ini, itu tandanya bayi sedang berlatih bernafas.
Si comel itu biasanya akan membuat gerakan dengan menghirup cairan ketuban di hidung dan mulutnya.
Namun proses ini tidak mendatangkan bahaya cuma bayi sedang melatih sistem pernafasannya sahaja.
#5. Boleh mendengar suara ibu
Perkembangan pendengaran bayi semakin jelas semasa dalam kandungan terutama bila ibu sudah masuk ke trimester ketiga.
Inilah sebabnya doktor menyarankan ibu dan ayah selalu berkomunikasi dengan janin sejak di awal kehamilan lagi.
Bayi yang sering diajak berinteraksi akan menoleh ke arah suara itu dan menunjukkan gerakan tertentu dari dalam perut.
Kajian juga menunjukkan, bayi dapat membezakan suara ibuya lebih baik berbanding suara orang lain yang belum pernah didengari sejak dari dalam kandungan lagi.
#6. Hilang alat pelindungan
Dari dalam kandungan lagi, bayi akan dilindungi dengan cairan ketuban yang mengelilingi keseluruhan tubuhnya sehinggalah ia berkurang supaya mudahkan proses bersalin.
Untuk memudahkan dan melancarkan proses bersalin, ibu disarankan untuk selalu berfikiran positif.
Selain selalulah berkomunikasi dengan janin dalam kandungan.
Juga menguatkan kasih sayang dan harapan sehingga kehadirannya ke dunia. Sekaligus dapat meningkatkan ikatan bonding antara ibu dan anak.
Walaubagaimanapun, jangan lupa untuk selalu melibatkan kehadiran ayah dan keluarga terdekat bagi mengatasi ketakutan semasa bersalin.
Cara mengira gerakan bayi
1) Boleh mula mengira semasa jam 9 pagi ia perlu sama setiap hari.
2) Ibu disyorkan memantau pergerakan bayi setiap tempoh 12 jam. Maksudnya bermula dari 9 pagi sehingga 9 malam. Dalam tempoh 12 jam itu, ibu kena kira 10 tendangan dan gerakan bayi yang kuat.
3) Dalam buku pink, terdapat carta pergerakan janin yang ditulis tarikh dan tandakan (right) pada kotok kecil tersebut bermula dari nombor 1 hingga 10.
4) Gerakan bayi yang kuat saja akan dikira. Jika bayi berpusing atau gerakan kecil itu juga dikira.
5) Ibu perlu jujur semasa menanda gerakan si kecil kerana ia peting untuk melihat pola pergerakan bayi dalam kandungan.
6) Rutin ini wajib dilakukan setiap hari sehingga ibu selamat melahirkan.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk di terjemahkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comperjuangan-seorang-ibu-melahirkan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!