Tanya Sis Min: Saya Ingin Tahu Apakah Diet Yang Perlu Diamalkan Oleh Ibu Menyusukan Anak GERD?

Gerd pada bayi tidak boleh diambil mudah. Ini diet yang ibu menyusu perlu amalkan untuk pastikan gerd pada bayi tidak berterusan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukan anda, penyakit gerd pada bayi sering membuatkannya tidak selesa. Bayi yang mengalami gerd akan kelihatan serba tak kena. Gerd atau refluks selepas bayi menyusu perlu diambil serius.

Jika bayi termuak sedikit selepas menyusu ia adalah normal, namun ibu ayah perlu ambil perhatian lebih jika bayi anda muntah atau muak dalam kadar yang banyak setiap kali selepas menyusu. Ini kerana situasi ini dipanggil refluks atau gerd. 

GERD pada bayi tidak mustahil, ia bahaya jika dibiarkan

Jangan sekali-kali ambil mudah jika anda perasan bayi anda seakan-akan sering mengeluarkan kembali apa yang dia minum. Jika jumlahnya dalam keadaan banyak, lagi anda perlu risau.

Disebabkan bayi tidak dapat memberitahu apa yang dia rasakan, sebagai ibu dan ayah anda perlu peka terhadap segala perubahan anak. Antara gejala gerd pada bayi termasuklah:

  • Selepas menyusu, dia kelihatan sering meludah dan muntah (kuantiti banyak)
  • Sering tersedu
  • Sering meragam/sering menangis secara tiba-tiba
  • Kerap batuk seperti tidak lepas
  • Bunyi nafas yang teruk, masalah pernafasan
  • Kerap terbangun dari tidur/tidak lena tidur
  • Sukar untuk menelan

Jadi pernah anda lihat anak anda ada kaitan dengan beberapa perkara di atas? Jika ya, ada baiknya anda merujuk segera kepada doktor bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku pada anak.

Diet sesuai ibu menyusu anak gerd

Selepas pemeriksaan doktor, dan disahkan memang bayi anda ada gerd, di pihak ibu dan ayah juga ada perkara yang perlu diambil perhatian terutama sekali bagi ibu yang menyusu badan. Jadi apakah diet yang perlu diamalkan ibu menyusu badan yang memilik anak gerd?

Ibu menyusu ini memang perlu jaga pemakanannya kerana apa yang dia makan akan turut diberikan kepada anak melalui susu yang dihasilkan. Jadi antara makanan yang perlu diamalkan dan dielakkan bagi ibu yang menyusu anak gerd?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu menyusu harus elakkan…

Untuk ibu yang menyusu dan memiliki anak gerd, anda harus elakkan makan terlalu banyak makanan berasid seperti buah-buahan yang berasid selain sayuran berubi seperti yang dicadangkan oleh dietitian. 

#1. Buah-buahan sitrus/ berasid

Buah-buahan memang berfungsi sebagai sumber vitamin dan fiber yang baik untuk sistem penghadaman ibu dan bayi. Namun, jika dimakan terlalu banyak ia akan menyebabkan bayi sakit perut dan mengundang kepada gerd atau refluks.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Sayur cruciferous dan berubi 

Sayur cruciferous dan berubi seperti brokoli, kobis bunga,ubi kentang, labu antara yang dikatakan perlu dielakkan kerana apabila dimakan ia dikatakan ibu akan mengeluarkan angin yang banyak atau kentut (flatulence).

#3. Elakkan kafein, coklat

Bagi ibu yang menggemari coklat, dalamnya juga ada kafein ya. Jadi berpada-padalah dalam pengambilannya kerana ia akan memberi kesan kepada keadaan gerd bayi anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan ada sukat jumlah kafein anda setiap hari.

#4. Produk tenusu

Walaupun susu membekalkan pelbagai khasiat untuk ibu, namun sebenarnya susu adalah salah satu punca masalah gerd pada bayi. Laktos ialah gula semulajadi yang terdapat pada produk tenusu dan menghasilkan banyak ‘angin’.

Bukan sekadar susu saja, malah produk-produk tenusu seperti keju, yogurt, aiskrim, atau apa-apa olahan makanan yang bersusu juga boleh menyebabkan sesetengah bayi mencetuskan reaksi alahan atau ketidakselesaan selepas pengambilannya.

#5. Telur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada yang mengakui, jika mereka kurangkan telur dalam diet, anak akan kurang mengalami gerd atau refluks. 

#6. Bawang putih

Bawang putih ini amat disarankan bagi pengambilan ibu dalam tempoh berpantang tetapi jika anda menyusu ia akan memberi kesan kepada bayi yang mempunyai gerd.

Ibu menyusu patut makan…

#1. Bijirin penuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bijirin penuh amat digalakkan untuk diambil bagi ibu yang sedang menyusu. Dengan mengambilnya pada waktu sarapan, ia mampu membekalkan tenaga secara mencukupi untuk ibu.

Ia juga kaya dengan asid folik yang penting untuk tumbesaran bayi sihat. Bijirin penuh boleh diambil dengan makan beras perang, bijirin sarapan, roti dan pasta. Ia membekalkan zat besi, serat dan vitamin penting untuk kesihatan ibu dan bayi.

#2. Avokado

Avokado ialah antara makanan terbaik bagi ibu menyusu kerana ia mengandungi 80% lemak berkhasia. Ia juga kaya dengan pelbagai vitamin penting untuk kesihatan seperti vitamin B,C, E dan folat.

#3. Kurma

Kurma memang antara makanan untuk ibu menyusu yang terbaik. Kandungan zat besi dan kalsium yang terdapat dalam kurma menggalakkan penghasilan susu badan yang berkualiti terutama untuk mereka yang memilik anak gerd.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ketahui Perbezaan Refluks GER dan GERD Pada Bayi, GERD Dikatakan Lebih Serius!

Baca juga: Penyakit Gerd Pada Bayi, Anak Menderita Kerana Muntah Kerap – Awas, Ibu Harus Ambil Tahu!

Baca juga: Hati-Hati Sendawa Semasa Perut Kosong, Ia Petanda Tak Baik Untuk Kesihatan Anda