Baru-baru ini, seorang instafamous telah memuat naik gambar dirinya “berjemur” dengan mendakwa aktiviti menjemur alat sulit tersebut telah memberi pelbagai manfaat kepada dirinya seperti menjadikan waktu tidurnya lebih berkualiti dan meningkatkan ghairah seks apabila bersama pasangan!
Ternyata posting yang dimuat naik berkenaan menarik perhatian netizen sehingga memperoleh tentangan hebat dalam kalangan pakar kesihatan.
Mereka menolak kepercayaan ini kerana risiko yang bakal dihadapi adalah lebih banyak berbanding manfaatnya.
Risiko bahaya bagi meningkatkan ghairah seks
Perbuatan Perineum Sunning menjadi viral apabila seorang influencer bernama Meagan telah memuat naik beberapa keping gambar ke akaun Istagram personalnya.
Perineum adalah ruang yang terletak di antara lubang dubur dengan vagina bagi wanita.
Untuk melakukan aktiviti ini, seseorang perlu menjemurkan alat sulit mereka dalam keadaan bertelanjang.
Melalui posting Meagan, dia mendakwa aktiviti menjemur vagina mendatangkan kebaikan terhadap kualiti tidurnya, menjadi dia lebih kreatif dan boleh meningkatkan ghairah seks.
Kongsinya lagi, menjemur alat kemaluan di bawah cahaya matahari hanya memerlukan masa selama 5 minit sahaja.
Walaupun masa ini sangat pendek, seseorang sudah boleh merasakan manfaat yang seakan-akan sama dengan berjemur sepanjang hari dengan memakai pakaian yang lengkap.
“Hasilnya, saya tidak lagi bergantung pada kopi untuk memulakan hari saya, tubuh saya sentiasa bertenaga kerana memperoleh tenaga optimal dari cahaya semulajadi,” kongsi Maegan dalam caption gambarnya.
Setelah menerima perhatian netizen pada posting yang pertama, Maegan memuat naik gambar sekali lagi untuk memberikan penjelasan yang lebih mendalam mengenai perineum sunning.
Wanita yang berasal dari Amerika Syarikat ini menyatakan amalan menjemur perinium ini sebenarnya berasal dari kepercayaan Taoisme kuno.
Dalam kepercayaan tersebut, perineum atau Hui Yin dikenali sebagai gerbang antara hidup dan mati (Gate of Life and Death).
Bahagian ini dipercayai sebagai pintu masuk terbaik untuk tenaga yang bermanfaat untuk tubuh manusia.
Bukan itu sahaja, Meagan turut berkongsi bahawa tenaga cahaya matahari dapat menguatkan organ-organ badan.
Inilah sebabnya mengapa dia berani mengatakan bahawa perineum sunning adalah amalan yang memberikan banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental.
“Pengalaman saya melakukan perineum sunning ini sangat mendalam. Saya sendiri sudah merasakan manfaat,” kata Meagan.
Tidak cukup dengan cadangan menjemurkan diri dalam keadaan tanpa seurat benang, bahkan Meagan juga tidak menyarankan untuk menyapu krim pelindung matahari. Baginya, aktiviti ini tidak akan menjadikan tubuh atau bahagian sulit menjadi hitam.
Selain Meagan, terdapat juga pelakon Hollywood bernama Shailene Woodley turut menjadi perbualan yang hangat atas sebab yang sama.
Pelakon filem Divergent, pernah berjemur dalam keadaan berbogel bagi membekalkan vitamin semula jadi untuk organ intimnya supaya dapat bertahan pada musim sejuk.
“Perineum sunning tidak memberikan sebarang manfaat kesihatan”- Pakar
Perkongsian Meagan yang tular tersebut amat bercanggah dengan pendapat pakar kesihatan.
Ini kerana aktiviti menjemur secara bertelanjang dan tidak memakai krim perlindungan matahari berpotensi menjejaskan kesihatan kulit.
Seorang doktor British, Diana Gall menjelaskan tiada langsung bukti saintifik yang mengatakan perbuatan menjemur perineum boleh menyihatkan fizikal, apatah lagi meningkatkan ghairah seks.
Anggota badan yang terdedah dengan cahaya matahari sememangnya bagus untuk mendapatkan bekalan vitamin D semulajadi.
Sebenarnya walaupun kita mengenakan pakaian penuh dan hanya berjalan sekitar luar rumah, Vitamin D dari pancaran matahari sudah dapat diserap dengan baik oleh badan.
Berjemur menggunakan krim pelindung matahari juga tidak akan mengurangkan manfaat cahaya matahari yang diperlukan oleh badan.
Tegasnya lagi, berjemur dengan kulit terdedah tanpa sebarang perlindungan tidak mendatangkan kebaikan. Malah ia boleh merosakkan kulit serta meningkatkan risiko terhadap kanser kulit.
Ahli dermatologi, Jeremy Fenton pula menjelaskan perineum merupakan kawasan sensitif yang jarang terdedah kepada cahaya matahari.
“Perineum dan sekitar alat kemaluan sangat sensitif. Anda berisiko tinggi terkena luka terbakar jika terdedah terus kepada cahaya matahari, terutamanya jika tidak memakai sebarang perlindungan, “jelasnya.
Ada cara yang lebih selamat
Hakikatnya, ada cara yang lebih baik untuk mendapatkan manfaat kesihatan dari cahaya matahari.
Seorang pakar kesihatan, Shamir Patel menjelaskan berjalan kaki sekejap pada waktu pagi mempunyai lebih banyak manfaat daripada menjemur alat sulit selama 5 minit tersebut.
Aktiviti menjemur perineum juga tidak membuatkan anda lebih terangsang dalam aktiviti seks. Apa yang diperlukan adalah dengan semua orang perlu sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Sentiasa bersenam dan kerap berinteraksi dengan pasangan adalah cara yang lebih baik dan selamat bagi memberikan rangsangan untuk melakukan seks.
“Menjemur perineum mengambil masa yang singkat. Namun, ia memberikan kesan yang cukup tinggi terhadap kesihatan kulit bagi jangka masa yang lama. Ini adalah perkongsian ilmu perubatan yang salah dan cukup bahaya kepada orang ramai,’’ jelasnya.
Maklumat perubatan di media sosial perlu disahkan terlebih dahulu oleh pakar
Dr Stephanie Ooi dari Clinical Care My London telah meluahkan rasa kecewa terhadap penyebaran maklumat perubatan yang tidak disahkan oleh mana-mana pihak kesihatan.
“Tiada bukti saintifik mengenai perkara ini. Jangan terus percaya sepenuhnya maklumat yang diperoleh melalui media sosial,” katanya.
“Mereka perlu berbincang terlebih dahulu dengan pakar seperti doktor, jururawat atau golongan profesional yang berkaitan sebelum membuat aktiviti berkaitan dengan kesihatan.’’
Ahli masyarakat perlu menyedari amalan menjemur perineum telah tersebar dan orang lain tidak terpengaruh untuk mencuba.
Seorang pelakon filem Avenger , Josh Brolin telah berkongsi pengalaman dia secara personal bahawa dia mendapat kesan buruk apabila mencuba perineum sunning.
“Kawasan di sekeliling punggung saya menjadi terbakar teruk. Aktiviti bersama keluarga terganggu kerana saya sibuk merawat punggung dengan ais dan lidah buaya. Ia sungguh menyakitkan!’’ katanya.
Hal ini telah membuktikan bahawa menjemur alat sulit mendatangkan risiko kepada kesihatan.
Menerusi pengalamannya, Josh berharap agar semua sering berhati-hati dalam menerima maklumat secara atas talian agar kejadian yang sama berulang kepada orang lain.
Sumber: Penulis asal Shafa Nurnafisa. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
Seks Buat Wanita Makin Cantik Dengan 13 Bukti Ini