Gigitan Anjing Bawa Padah, Kanak-Kanak Ini Cedera Di Kepala Akibat Digigit Anjing Liar

Gigitan anjing liar bukan main-main, kanak-kanak ini cedera di kepala dan badan akibat digigit anjing liar, ibu ayah kena tahu bagaimana untuk hadapinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dulu pernah tular seorang bayi digigit anjing sehingga putus alat sulitnya di luar negara, kini kejadian gigitan anjing berlaku lagi tetapi kali ini di Wangsa Maju. 

Mengikut laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak cedera di badan dan kepala akibat gigitan anjing liar yang berkeliaran di kawasan rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju pada petang kemarin. 

Kejadian berlaku  ketika kanak-kanak itu pulang dari sekolah agama sesi petang kira-kira jam 5.30 petang.

Gigitan anjing di kepala, akibat menyelamatkan arnab peliharaan 

Ibu kanak-kanak malang itu, Norhafizah Abdul Ghafar menceritakan bahawa anaknya Syauqina Rifqa Sarnizam yang baru berusia 11 tahun digigit anjing liar selepas dia pergi menghalau anjing yang menghampiri kawasan arnab peliharaannya.

“Anak saya sudah sampai di depan rumah selepas balik sekolah dan pada masa sama saya terdengar bunyi anjing menyalak.

“Anak saya memberitahu dia ingin pergi menghalau anjing yang datang ke kawasan sangkar arnab peliharaan kami. Saya tidak benarkan dan meminta dia tunggu saya datang sekali, tapi dia tetap pergi sendiri. Tidak sampai beberapa saat kemudian, saya dengar dia menjerit,” katanya.

Norhafizah juga menceritakan adegan cemas selepas itu, dia melihat anaknya dalam keadaan tertiarap dengan dua ekor anjing liar sedang memandang ke arahnya.

“Saya cuba halau, tetapi anjing itu tetap berada di situ dan hanya pergi selepas suami saya menghalau dan mengejar anjing-anjing berkenaan,” katanya.

Ibu kanak-kanak itu menjelaskan anaknya mengalami kecederaan di bahagian kepala, lengan kiri, betis kaki kanan dan bahagian belakang badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Selepas kejadian, jiran saya membantu membawa Syauqina ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan sebelum kemudiannya dipindahkan ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut,” tambah ibu kanak-kanak malang itu.

Menurut ibu kanak-kanak itu, memang banyak anjing liar di kawasan perumahannya dan dia sudah pun membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak tahun lalu untuk menangkap haiwan liar ini.

Tambahnya lagi, suaminya akan membuat laporan kepada DBKL mengenai perkara ini bagi membolehkan tindakan lanjut diambil dengan segera, sekaligus mengelakkan perkara sama berulang.

Ibu ayah semua, ambil iktibar dan berikan panduan jelas kepada anak-anak, bagaimana sekiranya berdepan dengan situasi cemas sebegitu. Orang kata ambil batu dan tunjuk pada anjing liar, mungkin berkesan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang perlu dilakukan sekiranya digigit anjing

Foto: Avma

Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Ahmad, seseorang individu yang digigit anjing atau binatang peliharaan lain, dinasihatkan untuk ambil langkah terbabit:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Basuh luka gigitan dengan sabun dan air selama 10 minit dan sapukan ubat antiseptik seperti ubat kuning Flavin.
  • Balut luka itu dengan pembalut yang bersih.
  • Segera bawa ke klinik atau jabatan kecemasan berhampiran.
  • Memberitahu pihak berkuasa seperti majlis perbandaran dan Jabatan Kesihatan Negeri bagi membantu mencari anjing atau haiwan itu kerana haiwan itu selalunya akan ditangkap dan dikurung untuk pemerhatian bagi melihat tanda penyakit rabies.
  • Jika pemilik anjing atau haiwan yang menggigit itu diketahui mohon kerjasama pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat mengenai haiwan itu termasuk status vaksin dan nama pemilik serta alamat.
  • Pembasuh luka dengan sempurna akan menghalang virus memasuki saluran darah. Jangan panik dan pastikan luka sudah dicuci sehingga bersih sebelum ke klinik atau hospital berhampiran.

Tanda-tanda dan gejala penyakit rabies

  • sakit kepala
  • demam
  • lesu
  • perubahan deria di sekitar tempat gigitan.
  • mudah terangsang
  • berhalusinasi dan berasa takut pada tiup­an angin (aerophobia)
  • berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. 
  • mengalami sawan sehingga boleh membawa maut
  • Apabila dijangkit, tempoh pengeraman virus ini diantara 3 – 8 minggu dan pesakit hanya akan menunjukkan tanda-tanda 20-60 hari selepas gigitan haiwan.

Bahayanya penyakit rabies dan kanak-kanak

Disebabkan saiz badan kanak-kanak yang lebih kecil, mereka lebih cenderung untuk menjadi mangsa gigitan kerana tidak dapat mengelak dari gigitan.

Bahagian-bahagian yang senang cedera pada kanak-kanak adalah bahagian muka, kepala dan badan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat gigitan anjing liar kerana mereka selalu didapati berbasikal di tepi jalan dan bermain di taman atau kawasan yang terbuka.

Disamping itu, kanak-kanak biasanya tidak akan laporkan dengan segera jika mereka telah digigit atau telah sentuh haiwan jangkitan.

Malah dianggarkan 40-60% mangsa gigitan haiwan adalah kanak-kanak dibawah umur 15 tahun.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Muka, Mata Budak Ini Digigit Anjing Liar