Anak Suka Menjerit? Jangan Terus Melenting Ya Ibu Ayah, Ini Penjelasannya

Anak Suka Menjerit? Jangan Terus Melenting Ya Ibu Ayah, Ini Penjelasannya

Dalam keadaan tenang tiada ikan tiada buaya, tiba-tiba anak menjerit? Yang menarik tu bila ada sepupu atau rakan sebayanya di situ sama-sama pula menyahut jeritan itu. Normalkah bayi suka menjerit? 

Pernah tak dalam keadaan tenang tiada ikan tiada buaya, tiba-tiba anak menjerit? Yang menarik tu bila ada sepupu atau rakan sebayanya di situ sama-sama pula menyahut jeritan itu. Normalkah bayi suka menjerit? 

Pelik, tapi sebenarnya itu juga tanda otak mereka sedang berkembang. Mereka baru menerokai dunia, jadi apabila sudah tahu mereka boleh bersuara, mereka akan menjerit dan seronok mendengar suara mereka sendiri!

Ia bermula pada usia bayi seawal dua bulan, di mana mereka suka ‘cooing’ atau membuat bunyi lucu, kemudian meningkat tiga hingga empat bulan sudah pandai berceloteh dengan bunyi "bababa" diikuti dengan jeritan nyaring. 

Meningkat usia sembilan  hingga setahun lebih pula mereka sudah pandai membuat jeritan yang lebih kepada ‘test’ vokal. Jeritan bagaikan di konsert, kemudian disahut anak-anak lain seusia dengan mereka. Aduh! Bingit telinga. 

Mengapa bayi suka menjerit?

bayi suka menjerit

Ini antara sebab mengapa bayi suka menjerit dan berteriak seperti di konsert!

#1. Bayi suka mendengar suara mereka

Pertama kali mereka tahu bahawa mereka boleh menjerit tentu mereka akan tersenyum sendirian. Akhirnya dia akan cuba dan cuba lagi sehinggalah dia berasa puas. Malah dia akn lagi seronok jika ibu bapa atau kanak-kanak lain menyahut jeritannya. Mereka akan berasa itulah cara yang tepat untuk mendapat perhatian. 

#2. Dia suka melihat ekspresi orang ramai

Apabila mereka mula menjerit sudah tentu kita terus memandang mereka bukan? Malah kita terkejut dan mengerutkan dahi hingga ketawa. Jadi makin kuatlah jeritannya hanya untuk melihat ibu ayah ketawa. 

#3. Curi perhatian

Tidak hairanlah jika bayi menjerit hanya untuk mencuri perhatian kita. Memang ibu ayah pun tahu kan bayi memang sukakan perhatian anda sejak lahir lagi! Dia akan menjerit sehinggalah semua orang melihat dirinya. Seronok kan bila dapat perhatian?

#4. Apabila mereka inginkan sesuatu

Apabila anda melarang mereka naik tangga atau memanjat, memang menjeritlah jawabnya. Mereka sudah bosan merengek dan menangis jadi mereka akan lakukan sesuatu yang mereka baru belajar iaitu menjerit! Apabila ibu ayah dengar saja anak menjerit cepat-cepatlah mereka pergi ke anak mereka. Jaid ‘jackpot’ buat bayi anda!

Memang menjerit adalah satu tingkah laku yang normal, tapi ibu ayah jangan biasakan mereka untuk menjerit untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. 

Cara mengatasi anak suka menjerit

bayi suka menjerit

#1. Jangan layan 

Sekiranya mereka inginkan sesuatu dan menjerit untuk mendapatkannya jangan dilayan. Cakap perlahan-lahan dengan mereka, dan tunjukkan ia bukanlah perbuatan yang baik. 

#2. Alih perhatian mereka

Ketika mereka menjerit, terutama di tempat awam cepat-cepat alihkan perhatian mereka dengan menunjukkan sesuatu. Ya, itulah taktik turun temurun dari zaman mak ayah kita, tapi percayalah ia berkesan!

#3. Menari dan menyanyi

bayi suka menjerit

Apabila ibu ayah mereka mula saja menyanyi dan menara, anak-anak mula senyap dan terpegun. Pernah terjadi tak? Jika anda tak pernah cuba, anda bolehlah mula lakukannya selepas ini.

Ia berkesan untuk anak saya dan anak-anak buah, jadi tak rugi kalau mencuba! Di tempat awam? Apa ada hal, memang sebaik anda bergelar ibu bapa, tiada apa yang anda tak lakukan di tempat awam. Menyanyi, berjoget tu perkara biasa!

#4. Biar mereka sendirian
Sama macam orang dewasa juga. Mereka ini kadang-kadang memerlukan ruang mereka sendiri. Mereka nak bersendirian.

Anda boleh biar mereka bersendirian (tapi jangan dekat tempat awam!) apabila mereka mula crancky. Biar mereka "hiburkan" diri mereka sendiri.

Tapi janganlah biar mereka seorang diri betul-betul. Pantau apa mereka buat dari jauh. Elakkan daripada mereka mula nak baling dan pecahkan barang.

#5. Buat aktiviti di luar dengan mereka
Anda pun tahu kan yang aktiviti di luar bagus untuk tumbesaran anak-anak? Jadi apa tunggu lagi?

Bawalah si manja itu pergi berkelah ke, pergi main permainan atau sukan ke dan lain-lain. Mereka pasti akan terhibur dan lebih tenang. Lepas ini memang jarang mereka akan mengamuk dan buat perangai!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Kumparan

Baca juga:

my.theasianparent.com/mengapa-anak-kecil-menendang-dan-menjerit

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner