Cara Berkesan & Cepat Hilangkan Bekas GIGITAN CINTA Berahi!

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu hilangkan kesan gigitan cinta berahi terutama di kawasan leher dengan segera. Cuba tips ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pasti pernah ada pengalaman bagaimana mahu hilangkan bekas gigitan cinta berahi. Jadi malu pula ingin ke pejabat jika tanda gigitan cinta jelas kelihatan.

Kawasan paling selalu dan paling menonjol tentulah di kawasan leher yang mana kawasan yang mudah terlihat oleh sesiapa saja. Jadi bagaimana untuk menghilagkan kesan ini yang sering jelas kelihatan? 

Segan pula jika ke pejabat atau ke mana-mana kesan gigitan cinta itu jelas kelihatan, kadang kala ada yang terpaksa gunakan concealer atau foundation untuk menutupi kesan gigitan cinta itu. 

Jadi kami bantu anda kali ini untuk hilangkan kesan gigitan cinta itu dengan cepat dan berkesan!

Gigitan cinta berahi hilang dengan cepat dan mudah dengan cara ini!

Anda boleh cuba cara-cara yang kami kongsikan ini, mana tahu ia berkesan kan? Bahan-bahan semulajadi ini kadang kala anda boleh dapatkan di rumah saja.

Jangan risau, bahan-bahan ini adalah di rumah saja dan anda mungkin tidak pernah terfikir bahan ini sebenarnya boleh membantu anda menghilangkan kesan gigitan cinta berahi.

Bagaimana cara ini boleh hilangkan kesan gigitan cinta berahi?

Percaya atau tidak, kesan ini memang terbukti menghilangkan kesan gigitan cinta berahi dengan segera. Cubalah!

#1. Tuam dengan ais

Kredit: timemagazine

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tuam dengan ais dikatakan boleh menghilangkan kesan gigitan cinta dengan cepat dan tanpa kesan. Anda boleh cuba masukkan ais ke dalam plastik dengan bungkus dengan kain.

Kemudian tuam pada kesan gigitan cinta itu dalam kira-kira 15 minit. Jika boleh elakkan ais terus terkena permukaan kulit pastikan ia berlapik dengan kain dan sebagainya. 

#2. Guna senduk logam yang disejukkan

Sejukkan senduk logam yang disejukkan dalam freezer. Letakkan senduk berkenaan di bahagian kulit yang ada kesan gigitan cinta dan tekan dengan lembut.

Lakukan perkara ini beberapa jam sekali sehingga bekas gigitan cinta berahi itu hilang. 

#3. Tuam dengan air panas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tuam dengan air panas memang biasa dilakukan untuk menghilangkan bekas gigitan cinta yang sudah memerah. Ini boleh dilakukan selepas dua hari anda gunakan cara menuam dengan ais.

Tuam dengan air panas bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit dan kesan lebam pada bahagian gigitan cinta. Anda boleh lakukan beberapa kali dalam sehari bagi menghilangkan kesan gigitan.

#4. Aloe vera

Kredit: medicalnewstoday

Aloe vera boleh dijadikan alternatif untuk menghilangkan bekas gigitan cinta sama ada di bahagian leher atau bahagian tubuh yang lain.Ia dapat mengurangkan radang serta mempercepatkan proses penyembuhan luka. 

Anda boleh sapu aloe vera pada bekas gigitan cinta dan biarkan beberapa saat sehingga ia kering. Cara ini dikatakan sangat berkesan menghilangkan bekas gigitan cinta oleh pasangan anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Minyak lavender

Minyak pati yang diperbuat daripada bahan semula jadi sangat terkenal untuk manfaat kesihatan. Salah satunya termasuklah minyak lavender yang dikatakan dapat menghilangkan kesan lebam.

#6. Minyak peppermint

Ini satu lagi jenis minyak pati yang dikatkan mampu menghilangkan kesan lebam akibat daripada gigitan cinta yang mungkin sukar untuk dihilangkan dalam masa yang singkat.

Jika anda ada minyak peppermint di rumah mungkin boleh cuba sapukan pada bahagian yang ada kesan gigitan cinta. 

#7. Ubat gigi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: wikipedia

Ubat gigi dikatakan boleh menghilangkan kesan gigitan cinta. Sapukan ubat gigi pada bahagian yang terkesan dan anda boleh lihat perubahannya selepas itu. 

#8. Kulit pisang

Kulit pisang antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian kulit yang ada kesan gigitan cinta. Kulit pisang mengandungi beberapa vitamin, nutrisi dan antioksidan yang memberi kesan relaks pada kulit. 

#9. Alat solek/make up

Sudah pasti ini penyelamat paling cepat. Concealer dan foundation antara alat solek yang sangat membantu dengan cepat menghilangkan kesan gigitan cinta yang buat anda runsing.

Boleh gunakan cara ini jika anda terlalu terdesak atau perlukan kesan gigitan cinta berahi tersebut hilang dengan serta-merta dan boleh dilindungi daripada pandangan mata kasar dengan serta merta dan segera

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: ruangmom

Baca juga: Kerap Ketap Gigi Ketika Tidur, Benarkah Ada Kaitan Dengan Gangguan Makhluk Halus?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar