Aksi Menggigit Leher & Tubuh Pasangan, Tanda Anda Terlalu Ghairah Ketika Seks

Aksi Menggigit Leher & Tubuh Pasangan, Tanda Anda Terlalu Ghairah Ketika Seks

Tahukah anda bahawa gigitan asmara mampu merancakkan lagi aktiviti seks dengan pasangan? Jom ketahui cara-cara yang terbaik untuk anda beraksi lebih hebat!

Love bite atau gigitan cinta merupakan teknik ciuman yang membuatkan pasangan menjadi semakin ghairah dan merasai lebih nikmat ketika melakukan seks.

Tidak seperti ciuman biasa, ia adalah gigitan cinta yang melibatkan ciuman menyedut bahagian tubuh tertentu sehingga meninggalkan kesan seolah-olah lebam.

Gigitan cinta pada pasangan

gigitan ghairah

foto: womennow

Parut sementara akibat gigitan asmara atau love bite terjadi kerana pembuluh darah yang pecah di bawah kulit. Ia timbul apabila lapisan kulit dihisap dengan cukup kuat. 

Bukan itu sahaja, sesetengah pendapat mengatakan love bite tercipta secara semula jadi kerana naluri manusia yang suka meninggalkan kesan terhadap ‘barangan’ yang dimiliki oleh mereka.

Oleh itu dengan melakukan gigitan ghairah ini adalah salah satu cara untuk mengatakan kepada umum bahawa pasangan berkenaan telah menjadi milik anda.

Gigitan cinta ini juga salah satu cara untuk mendominasi pasangan ketika berasmara. Tidak hairanlah ia sering dilakukan oleh lelaki berbanding wanita.

Walau bagaimanapun seiring dengan peredaran zaman, para isteri turut tidak ketinggalan untuk meninggalkan kesan asmara ini kerana ghairah menikmati seks bersama suami.

Cara melakukan love bite dengan penuh asmara

Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, ia adalah sesuatu yang normal jika anda tidak tahu bagaimana untuk melakukan gigitan cinta dengan betul.

Sebenarnya anda tidak perlu belajar teknik khusus untuk melakukan love bite ini kerana ia merupakan ciuman menyedut secara lebih agresif dan kuat bagi membangkitkan keghairahan ketika seks.

Antara langkah-langkah untuk menjadikan gigitan asmara terhadap pasangan anda lebih sempurna ialah:

#1. Bina keghairahan melalui foreplay

gigitan asmara

foto: imdb

Perkara yang paling penting sebelum anda melakukan love bite kepada pasangan anda adalah dengan memastikan pasangan anda benar-benar ghairah.

Kesilapan yang kebanyakan orang lakukan adalah terlalu tergesa-gesa menggigit serta menghisap bahagian tubuh pasangan.

Sebagai akibatnya, pasangan mula berasa geli atau lebih teruk lagi berasa sakit ketika menerima gigitan cinta berkenaan.

Justeru, anda perlu bijak membuatkan pasangan dalam keadaan ‘asyik’ terlebih dahulu dengan teknik ciuman lembut pada bibir terlebih dahulu, belai dan usap pasangan sehingga dia menunjukkan telah bersedia untuk aksi seterusnya.

#2. Memilih bahagian tubuh yang sesuai

Perkara yang dianggap penting adalah menentukan lokasi yang sesuai pada tubuh pasangan untuk melakukan love bite.

Dalam hal ini, anda tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri dengan menjaga aib pasangan untuk berhadapan dengan orang sekeliling kerana kesan love bite yang begitu banyak.

Sekiranya pasangan malu dengan kesan gigitan ghairah yang timbul pada tubuh mereka, anda boleh lakukannya pada kawasan yang tersembunyi seperti payudara, perut, paha atau punggung.

#3. Basahkan kawasan yang hendak dicium

Apabila anda menjumpai lokasi yang sesuai, jangan terus menyedut kulit pasangan dengan gelojoh.

Anda disarankan untuk mencium secara lembut terlebih dahulu pada kawasan tersebut, jilat dan basahkannya dengan lidah.

Cara ini dapat memudahkan anda untuk melakukan gigitan cinta dan isyarat kepada pasangan bahawa anda ingin melakukan ‘sesuatu’ pada kawasan tersebut.

#4. Sedut dan gigit

teknik gigitan cinta

credit to sources

Mulakan dengan menyedut dengan lembut dan penuh romantis. Anda perlu mengawal nafsu agar tidak terlalu agresif untuk menghisap.

Kebiasaannya, tempoh masa yang cukup untuk meninggalkan kesan gigitan cinta ini adalah antara 20 hingga 30 saat. Ia sangat berkesan bagi membuatkan pasangan anda mengeluarkan bunyi-bunyi yang penuh kenikmatan.

Namun, pada kawasan yang berkulit tebal seperti paha atau perut, anda mungkin memerlukan masa yang lebih lama bagi menimbulkan kesan gigitan.

#5. Ubah kawasan yang ingin digigit

Elakkan hanya tertumpu pada satu lokasi tubuh pasangan sahaja. ‘Jelajah’ seluruh tubuhnya agar dia bertambah ghairah dengan setiap aksi yang dilakukan.

Anda juga boleh melakukan ciuman manja pada kawasan tersebut sebelum anda mengubah ke lokasi yang lain. Hal ini secara tak langsung menunjukkan bahawa diri anda lebih romantik dan hebat memenuhi kehendak nafsu pasangan.

Sumber: Info Seks Melayu

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Aksi Menggigit Leher & Tubuh Pasangan, Tanda Anda Terlalu Ghairah Ketika Seks

Baca juga:

Main 'Biji Vagina' Sebelum Mula Seks Buatkan Isteri Menggeliat TAK TAHAN

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner