Pelik tapi benar, seekor haiwan dikatakan menjadi pesaing para lelaki apabila membuatkan ramai gadis berpusu-pusu ke sebuah zoo di Jepun hanya untuk melihat ketampanannya.
Fenomena gorila kacak tersebut mula tersebar melalui Twitter, dan gambarnya semakin kerap disebar, menjadikannya semakin mendapat perhatian!
Shabani, Gorila Kacak Menjadi Perhatian Di Jepun
Gorila yang yang diberi nama Shabani tersebut dibesarkan di sebuah zoo Australia telah menjadi satu fenomena di kalangan wanita di Jepun.
Kini Shabani yang kini tinggal di Higashiyama dan Botanical Gardens di Nagoya, telah menarik ramai pengunjung yang datang untuk melawatnya kerana dia begitu ‘kacak’.
Gorila kacak itu yang berbadan sasa itu asalnya dibesarkan di Zoo Taronga di Sydney tetapi berpindah ke Jepun pada tahun 2007. Pegawai zoo berkata sejak pemindahannya ke sana, terdapat peningkatan yang ketara dalam pelawat wanita muda, terima kasih kepada Shabani.
Pengguna Twitter rata-rata menyebarkan gambarnya dan memberi gelaran ‘ikemen’ yang bermaksud ‘si kacak’.
Malah dikatakan bukan para gadis sahaja yang menyukai Shabani, malah dia juga diminati lelaki kerana gayanya yang bersahaja dan nampak sophisticated.
Pengunjung Zoo Semakin Bertambah Dengan Kehadiran Gorila Kacak Ini!
Jurucakap zoo Takayuki Ishikawa mengatakan gorila sentiasa popular di kalangan pelawat zoo biasa, dengan beberapa pasangan tua datang untuk datang hampir setiap hari untuk melihat mereka.
Encik Ishikawa berkata kakitangan zoo tidak melihat Shabani sebagai gorila kacak yang sangat baik tetapi gorila itu sememangnya mempunyai ciri-ciri menarik.
“Mungkin kerana lebih ramai orang telah mengambil masa untuk melihatnya, mereka baru menyedari ia merupakan seekor gorila yang menarik.”
Personaliti Istimewa Si Gorila Kacak
Shabani dibesarkan dalam sebuah keluarga yang stabil termasuk bapa dan ibu serta banyak adik beradik.
Gorila secara amnya sensitif, tetapi Shabani mungkin agak lebih sensitif berbanding kebanyakan gorila lain.
Semasa dia mula-mula tiba di Nagoya, dia merasakan tekanan dan berada di kalangan gorila asing yang lain menyebabkan dia mendapat nama panggilan “si kejam” di kalangan kakitangan zoo. Walau bagaimanapun, selepas anak-anaknya Kiyomasa dan Annie dilahirkan, dia telah menjadi lebih baik berbanding awalnya.
Apabila Shabani mula menarik perhatian orang ramai terutamanya pengunjung wanita, dia mula menjauhkan diri dari kawasan luar dan mula menghabiskan lebih banyak masa di dalam rumah.
Zoo itu kemudian terpaksa meletakkan tanda amaran yang meminta para pengunjung untuk menahan diri daripada berteriak “Shabani” kerana membuatnya tidak selesa.
Wah! Sampai begitu sekali penangan si gorila kacak ini! Jika anda ingin melihat Shabani, beratur dulu ya!
Saya seorang bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak saya.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: